- - February 2011 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, February 28, 2011

SELAMAT TINGGAL SAYANG.. SOB3 !!

Ini adalah entri sedih.. sob3 !!

Kenapa nak buat entri sedih ni.. ingat orang suka ke baca kisah- kisah sedih ko ni wahai Fakhurudin Rosli.. orang x suka la baca kisah- kisah sedih ni.. orang suka baca kisah- kisah yang happy je tau.. apa daa..

Lantak la apa orang nak kata.. yang penting, aku nak tulis jugak.. huhu..

Ini kisah cinta aku dan si dia..

Ceritera cinta ni bermula pada Oktober 2009.. kira dah setahun lebih la kitorang melalui alam percintaan yang serba indah ni.. even kentut bau telur pon dikatakan harum bak kasturi.. itulah penangan apa yang dinamakan C I N T A .. dasat kan..

Dalam setahun tu semua nya happy.. cuma ada la sekali sekala si dia ni buat hal.. merajuk, meragam dan macam- macam imbuhan me lagi la.. tapi tak apa.. si dia ni merajuk kejap je.. x lama.. dalam sejam dia elok balik.. kalau paling lama pon, adalah dalam satu hari.. lepas tu dia elok balik la.. tengok la siapa yang pujuk kan.. hero malaya ni.. dah layak untuk join geng- geng hero malaya Pak Nil ni.. keh3..

Tapi masalah besar berlaku bila aku dah start pindah rumah.. hubungan kitorang dah takde.. memang susah gila nak contact si dia.. kadang- kadang dapat, kadang- kadang tak dapat.. fuhh, kecewa dan geram je yang ada dalam diri aku masa tu.. kenapa susah sangat nak contact.. bukan nya duduk kat pedalaman pon yang susah sangat nak contact ni.. menyirap je aku rasa.. tapi oleh kerana cinta aku yang menebal terhadap si dia.. aku sabar je la.. gentleman la katakan.. huhu..

Saturday, February 26, 2011

Gajah Ini Ketagih SEKS !!

Amaran keras pihak berkuasa.. entri ini mempunyai unsur lucah luar tabie dan batasan norma.. dapatkan nasihat ibu bapa anda sebelum membaca entri ini.. pesanan ini dibawakan khas oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar..

Seekor gajah horny telah bertindak dengan liar di Afrika.. gajah ini yang telah tersilap langkah dalam memilih pasangan seks nya.. ia yang telah memilih sebuah kereta sebagai pemuas nafsu telah merogol kereta ini habis- habisan.. mungkin sebelum ini ia telah memilih lori sebagai pasangan seks.. gajah memang mempunyai selera seks yang pelik2.. hahaa

Gajah ini telah menggunakan gading dalam usahanya untuk memuaskan nafsunya.. ia telah melanggar kereta itu dengan penuh keghairahan.. ia telah menggosok- gosokkan dirinya kat kereta ni dan telah menterbalikkan kereta tersebut.. mungkin ia nak tindih kereta ini.. man on top barangkali.. hehe

Pemandu kereta yang berbangsa Irish mengatakan mereka memang menghadapi " masalah besar ".. terpaksa berdepan dengan senjata sulit gajah itu yang memang diakui cukup2 besar.. korang bayangkan la kalau senjata sulit gajah yang besar tu ada kat depan mata korang.. apa agaknya perasaan korang?? ghairah atau takut?? kalau ghairah, anda memang diakui sebagai seorang yang bernafsu kuda.. kalau takut, tahniah.. anda seorang yang normal..

Inilah aksi2 yang sempat dirakam oleh mangsa..

Wednesday, February 23, 2011

Awan ini telah melepasi paras berjaga- jaga !!


Amaran dari Jabatan Kaji Cuaca.. ribut besar mungkin melanda seluruh Malaysia tidak lama lagi..

Menurut ramalan dari pihak Jabatan Kaji Cuaca.. satu gumpalan awan besar sedang bergerak dengan kelajuan 505 knot sejam.. awan ini bukanlah awan nano sepetimana diperkatakan oleh Hafiz AF7 mahupun awan komulonimbus yang anda semua belajar sewaktu mata pelajaran Geografi menengah rendah dahulu..

Awan ini telah dikesan sekitar bulan May tahun lepas.. disebabkan ancaman nya tidak jelas pada waktu itu, ramai pihak telah tidak mengendahkan kehadiran nya.. ramai yang menganggapnya sebagai satu fenomena alam yang normal sahaja..

Monday, February 21, 2011

" Aku Benci Perokok ".. bukan aku kata.. serious !!

Huhuhu.. tajuk gila ni.. huhuh.. bukan aku yang kata pasal tajuk tu.. tapi wanita- wanita berbudi pekerti tinggi kat Malaysia yang kata.. so, jangan bantai aku wahai perokok- perokok sekalian.. aku ok je dengan perokok.. hehe.. No hard feeling.. trust me..

Hasil dari kajian oleh AC Nielsen kat blog aku ni.. mereka telah mendapati bahawa ramai kaum hawa yang anti gila dengan golongan- golongan perokok macam Farid Kamil ni.. ops.. sori En. Farid.. jangan saman saya.. juz nak pinjam nama je.. hehe

Korang ingat tak lagi pasal entri aku tentang perempuan muka cun yang merokok tu.. kalau tak ingat, meh sini nak refresh.. KLIK NI..

GULLIVER MEMANG BOOSH.. YEAH!!

Fuhh.. kebas rasa punggung ni.. hehe.. bersila lama sangat depan laptop ni.. keh3.. kenapa bersila lama2?? sebab tengok movie.. hehe..

Baru je lepas tengok wayang tak berbayar dalam bilik ni.. sorang2 je layan wayang free.. tajuk wayang untuk hari ni.. The Gulliver's Travel.. perghh.. mantap jugak la citer dia.. boleh buat usus perut mengembang. hehe

Ni adalah filem terbaru lakonan orang gila Hollywood.. Jack Black.. filem dia memang sempoi.. layan kot tengok Jack Sparow Black ni berlakon.. heheh..

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF


Eh2.. ni segmen suai kenal terakhir abang Ben untuk minggu ni.. rugi ni kalau tak join.. lepas ni dah takdela semen macam ni.. ye x??

Ni syarat2 dia..


  1. Sila header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! dan linkkan ke entri dia ..
  3. Tu je ... tinggalkan url entri korang ke ruangan komen entri blog dia ..
Nak join?? klik ni ramai2.. SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF

Sumbat selagi boleh

Apa ni sumbat2 ni.. ada tauhu sumbat ke.. kalau ada, nak cket.. sedap tu tauhu sumbat.. hehe

Tak.. entri ni bukan lah berkaitan dengan tauhu sumbat.. tapi entri ni lebih terarah kepada komuter sumbat.. heheh..

Semalam, untuk kesekian kali nya setelah hampir setahun aku tak menggunakan kenderaan awam yang benama KTM Komuter, aku telah menaikinya untuk pergi ke Serdang.. hahaha.. rindu betol kat komuter ni.. aku biasanya kalau keluar naik moto je.. tapi semalam, aku nak menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan kenderaan awam.. korang tak tau ke yang perkapita rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan lebih tinggi dari Amrika tau.. so, kena kurangkan guna kenderaan sendiri dan pilihlah kenderaan awam.. haha

Saturday, February 19, 2011

CONTEST TEKA LIRIK LAGU

oleh kerana malam ni takde idea nak buat entri.. aku nak join contest je la.. kalau nasib baik boleh menang.. heheh

Contest ni adalah anjuran belog fyna


Ni lirik lagu yang perlu diteka..

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Ni syarat- syarat dia :

  • Buat satu entri " CONTEST TEKA LIRIK LAGU ".. copy dan paste sekali banner kat atas tu..
  • Jadi follower belog fyna
  • Teka lirik kat atas.. jawapn kena la tepat.. jangan hentam kromo
  • Jawapan yang diterima adalah sebelum atau pada tarikh tutup contest
  • Letak jawapan korang kat komen entri blog fyna..
  • Tag 3 kawan yang lain
Tarikh tutup: 28- 02- 2011 ( Isnin )

Aku nak tag 3 orang ni.. hehe
Harap2.. leh menang.. hehe

Keranamu Jalan Jem @ Jam @ Jame

JENG3.. Tora datang lagi.. heheh.. pernah dengar tak ayat tu.. femes tahap gaban ayat tu.. siap boleh masuk iklan TV lagi.. tapi zaman dulu la.. sekarang ni tak tau ada ke tak lagi iklan tu..

Hehe.. saja je nak ungkit kenangan lalu.. sandarkan pada kenangan la katakan.. heheh.. xde kaitan pon dengan tajuk entri tu.. hehe.. absolutely rubbish..

Kenapa banyak sangat perkataan jem tu?? hehe.. sebab aku tak reti nak eja la.. tu aku letak banyak2 tu.. kalau salah tak malu sangat kan.. hehe

Apsal jalan Jem @ Jam @ Jame?? siapa yang buat?? ce citer.. ce citer.. ( ayat famous dari Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah )

Meh sini nak citer.. yang jauh datang dekat.. yang dekat datang rapat.. yang rapat duduk je diam2.. jangan gerak..

Friday, February 18, 2011

SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

Wah2.. dua bloglist ko join dalam 5 minit yer Cloud9.. tamak haloba betol la ko ni.. hehe

Tadi dah join bloglist bro Izamir Rizwan kita.. sekarang nak join bloglist budak mata bulat macam bola tampar lak ni.. hehe.. siapa lagi kalau bukan si Yuyu Zulaikha ni..


Ni syarat2 dia :
  • Buat entry "SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA"
  • linkkan ke entry ni ke blog yuyu
  • copy banner yuyu dan paste kan ke entry korang
  • cerita sikit saja pasal belog yuyu, yang okay atau yang tak okay. tak kisah
  • paste kan Link entry korang ke komen entry ini
Kalau bagi Cloud9 la, aku suka singgah blog Yuyu ni sebab nak conteng gambar- gambar besar bapak yang dia selalu paste kan kalau buat entri.. hehe.. Copy gambar dia, pastu conteng puas2.. HAHAHA.. jahat giler kan..

Takde la buat camtu.. saje je nak gertak si Yuyu ni.. bagi takut cket.. blog yuyu ni memang best dan berinformasi.. macam slogan RTM1, saluran infotainmen anda.. hehe.. memang sedap hingga menjilat jari la kata KFC..

So, kalau korang bosan2, boleh singgah up traffic blog Yuyu ni.. x jauh pon.. depan simpang tu je.. hehe

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH



Heheheh.. barang baik ni bai.. ade lagi bloggers2 gila kentang buat bloglist.. korang tak terasa nak join ke.. masyuk ni beb kalau join.. pulangan traffic yang tinggi tu.. hehe..

Kalau korang nak tengok apa yang diperlukan untuk join mende alah ni.. terus aje berkunjung ke sini yerp..

Dalam syarat tu.. ada jugak yang bro IR ni mahukan kita buat review cket tentang blog dia tapi tak melebihi 100 patah perkataan.. so, ni review aku untuk blog dia..

" Blog Anda Memang Mantap"

Haa.. tak lebih 100 patah perkataan.. memenuhi syarat dah tu.. hehe..

So, moh le pakat join reramai..

Thursday, February 17, 2011

Dari Jamban Bermula Segalanya

Erk... apa punya tajuk ni.. dah la main kotor.. pasal jamban pon nak buat entri gak ke Fakhurudin Rosli oi.. dah tu, apa plak kaitan nya jamban dengan idea.. tak masuk dek akal langsung.. budak prasekolah yang pandai membaca pon boleh gelap gelak camni..

Sebenarnya.. inilah kisah hidup aku wei.. eh, dramatis sangat tu.. takde la sampai kisah hidup aku.. cuma ni la apa yang berlaku pada diri aku.. haa, ni baru betol.. ada ke kisah hidup plak.. melampau batasan norma betol..

Aku sebenarnya bukan banyak sangat idea nak buat entri ni.. blogger baru la katakan.. kosong je kepala otak ni.. biasanya kalau dapat idea, aku biar camtu je.. kenapa?? sebab xde tempat nak tulis.. so, aku biarkan ia berlalu dihembus angin malam yang dingin lagi syahdu membelai rambutku yang ikal mayang.. terima kasih pantene.. hehe.. iklan dari penaja syampu owner blog..

Tapi ada satu perkara yang aku perasan.. bila aku masuk je tempat ni.. idea mesti bergelegak dalam kepala otak aku ni.. dah macam nak banjir kepala otak aku ni.. macam- macam jenis idea ada.. tak kira tua muda.. semua datang bertandang dalam kepala otak aku ni..

Ada jugak masalah yang timbul bila idea datang kat tempat macam tu.. aku takde tempat nak curahkan idea ni.. bila masuk tempat tu.. aku jadi sehelai sepinggan/ sepinggang.. aku buat slash tu sebab aku tak tau mana yang betol.. hehehe.. dan bilamana aku menjejak kan kaki ke tempat tu jugak, aku jadi sebatang kara.. hanya berseorangan.. tiada seorang teman pon yang sanggup menemani aku yang khilaf ni.. tempat tu menyedarkan aku tentang siapa lawan dan siapa kawan..

Korang nak tau tak tempat tu?? mana la tau korang boleh jadi macam aku kan.. masuk je tempat tu, idea penuh.. hehe.. korang pon boleh try punya.. tempat ni ada di mana- mana sahaja.. ada yang free dan ada jugak yang di kenakan cukai pendapatan dan cukai pintu..

JENG.. JENG.. JENG..

Siapa yang memasak tengah malam buta ni!!!

Aduyai.. siapa pulak la yang tengah memasak malam- malam buta ni.. aduh..

Tolong lah hentikan perbuatan anda.. perbuatan anda ni telah menyeksa batin saya tau tak.. dah la bau nya menusuk ke paru- paru.. haaaa..

Tolong kasihani saya.. kalau dah masak, sila2 lah hulur ke rumah saya cket.. saya sedia menunggu masakan anda.. demi makanan saya rela.. waaaaaaaaa

Wednesday, February 16, 2011

Muka dah cun, TAPI.... spoil r

Ehem3.. nak berdehem cket.. hehe.. baru lepas makan la katakan.. makanan pon tak habis hadam lagi.. keh3..

Entri ni tak panjang pon.. ringkas je.. juz nak meluahkan kekecewaan hati nurani aku ni je.. hehe..

Tadi aku pergi la makan nasi ekonomi sorang2.. kalau ada sapa2 yang tak tau nasi ekonomi tu apa.. korang bolehlah bertanya kepada pelajar- pelajar universit atau kolej berhampiran anda.. nasi ini memang femes dalam kalangan mereka.. hehe

Aku ni kalau makan memang mata melilau aje.. semua benda nak tengok.. hehe.. tapi sebagai lelaki yang mempunyai hawa nafsu.. heheh.. ayat jahat sangat ni.. tukar2.. ok, sebagai lelaki yang normal.. sudah tentu aku nak tengok perempuan kan.. keh3.. normal la tu beb..

Awek sapa la ni.. heheh

Nak dijadikan cerita, ada la seorang awek ni makan depan meja aku.. dia lepak dengan membe2 dia.. dia sorang je perempuan.. membe dia semua lelaki.. aku pon sambil tunggu makanan, asyik la tengok dia.. hehe.. rancak nampak diorang sembang.. bincang krisis kat Mesir kot.. keh3

Muka awek tu boleh jatuh dalam kategori cute mute la katakan.. hehe.. rasa cam nak cubit aje.. ops!! kalau si dia baca ni mampos aku.. hehe.. harap2 dia tak baca

TAPI!!!!

Wajah baby face jangan disangka budak sekolah tau

apa ni baby face- baby face ni?? siapa yang muka cam baby ni.. heheh.. tak la.. entri ni aku buat khas untuk mereka- mereka yang sangka owner blog ni adalah seorang budak sekolah yang memakai baju putih berseluar hijau.. heheh

Aku sebenarnya terkejut berok gak la tadi.. aku ada join segmen gegar blog bersama Citarasa Rinduan .. aku memang suka kalau ada orang buat segmen ni.. rasa je berkenan terus join.. hehe.. lantak la orang ajak ke tak.. yang penting join dulu.. kalau penganjur takmo layan nasib la kan.. hehe

So, tiba la saat yang ditunggu- tunggu iaitu saat mana blog aku telah direviu oleh Kak Ayu.. huhu..

T A P I !!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

Selebriti Malaysia cabar Michael Jackson

Fuhh.. tajuk entri tak nak gempak je kan.. mesti saja nak bikin kontroversi ni.. heheh..

Tadi kan, masa duk khayal beronline ni.. aku singgah la kejap blog hiburan sensasi ni.. rotikaya.com .. sedang duk belek apa entri yang dia buat ni.. mata aku ni tiba- tiba je terpana kat satu entri dia ni.. nampak menarik... hehe

Aku pon layan la entri tu.. hehe.. menggelegak jugak darah jantan aku ni tengok video tu.. sungguh tak disangka- sangka.. video ni pasal selebriti tanah air kita ni..

Juliana Evans lagi cun dari Diana Danielle???

Juliana Evans yang cute mute

Em.. boleh mengundang kontroversi dan konspirasi ni.. boleh menyebabkan aku boleh di belasah sehingga koma oleh peminat kipas susah mati Diana Danielle..

Diana Danielle dengan wajah yang licin


Kenapa aku kata Juliana Evans lagi cun dari Diana Danielle?? hehe.. meh sini nak kabor..

Diana vs Juliana

Sebenarnya ni adalah hasil undian dari pengunjung- pengunjung blog aku.. so, bukan aku yang kata la.. undian ni dah dekat 2 bulan.. so, misi aku adalah untuk menukar topik undian setiap satu bulan..

Monday, February 14, 2011

Jom habiskan duit anda di Old Town White Coffee

1 Enrich Chocolate ( c )     RM 4.20
1 Hazelnut WC ( c )            RM 4.50
1 Curry Mee                       RM 6.90
1 MH Siam Fried Chick    RM 6.90
1 Kaya Butter Toast ( s )    RM 1.60
1 Peanut Butter ( s )           RM 1.60

Hehe.. ni lah jumlah dinner aku untuk malam ni..
Apsal mahal sangat dinner tu??
Hehe.. memang lah mahal..
Makan kat Old Town White Coffee la katakan..
Saja je nak tunjuk eksyen..
Duit pon bukan banyak sangat..
Haha..

Sunday, February 13, 2011

Kahwin tak nak, tapi seks nak pulak !!



Inilah mende yang aku baca kat harian metroll hari ni.. tapi tajuk dia bukan macam ni la.. kalau tak silap aku tajuk dia "teman suka- suka" kot.. lebih kurang macam tu la..

Daripada apa yang aku baca la.. kisah yang dilaporkan memang teruk gila.. dah terpengaruh dengan budaya barat.. nak seks aje kerja nya.. tak nak kahwin sebab tak nak bagi komitmen.. tak mau terikat dengan komitmen rumah tangga la konon..

Diorang ni rasanya islam atas nama je.. lepas tu islam jugak sebab dah tulis dalam I/C.. golongan macam ni la yang merosakkan imej umat islam seluruh dunia.. buat malu mak bapak pon ada jugak.. yang teruk lagi, imej kaum melayu pon terpalit sama.. tu yang nak marah gila babeng ni..

Menurut akhbar tu, setelah ditemu bual seks holic ni.. dia cakap dia lebih selesa hidup macam ni.. dapat seks cukup lah.. buat apa komitmen rumah tangga ni.. kalau nak, just cari je teman seks dia tu.. dah puas, buat la macam takde pape..

Saturday, February 12, 2011

Wayne Rooney yang membezakan antara dua pasukan MANCHESTER

2-1

Itulah keputusan perlawanan antara Manchester United dan Manchester City.. game tadi memang best.. dua- dua team main laju.. passing pon mantap.. cuma ada sekali dua la Paul Scholes buat silap.. hehe

Game tadi main kul 8. 45.. dan masa tu jugak la aku baru bangun dari tido sejak petang tadi.. hehe.. teruk betol.. miss waktu maghrib tu.. astaghfirullahalazim.. apa nak jadi la kan.. hehe

Bangun tido pon sebab membe aku yang kejut ajak pergi tengok bola.. hehe.. mula- mula rasa macam nak sambung tido lagi, tapi tiba- tiba teringat plak yang MU vs City ari ni.. game wajib tonton tu.. so, apa lagi, capai kain tuala terus pergi mandi la..

Friday, February 11, 2011

La Masia : Kilang pemain bola sepak terulung dunia

La Masia

Pernah dengar tak nama La Masia?? bukan La Malaysia tau tapi La Masia.. mesti korang tak pernah dengar kan.. entah apa benda la ni kan.. nama pon entah apa- apa...

Sebenarnya, La Masia ni adalah akademi bola sepak.. akademi ni adalah milik penuh Barcelona FC.. kelab bola sepak terulung abad ini.. memang tak de satu pasukan yang boleh challenge Barca ni.. termasuklah Los Blancos.. hehe.. Los Blancos ni Real Madrid la.. kalau Barca plak, nama glamour dia adalah Catalans..

La Masia ni dah banyak lahirkan pemain bola sepak terhebat dunia tau.. Messi, Fabregas, Pique, Xavi dan Iniesta.. semuanya datang dari akademi ni.. diorang ni bukan senang2 je jadi star tapi perlu bermula dari bawah jugak..

Berdiri paling kiri adalah Pique, paling kanan adalah Fabregas.. duduk paling kanan adalah Messi.. satu batch diorang ni

Mati kerana punggung besar



Niat seorang penari Hip Hop untuk mendapatkan punggung yang besar tidak kesampaian kerana dia telah mati terlebih dahulu sebelum pembedahan sempat dijalankan..

Mangsa, Claudia Aderotomi, berumur 20 tahun telah pergi ke Philadelphia untuk melakukan pembedahan punggung secara haram kat sana..

Mangsa yang bercita- cita untuk menjadi artis telah melakukan pembedahan ini kerana kurang berpuas hati dengan saiz punggung nya yang kecil dan rata.. tapi setelah ditengok pada gambar, punggung tak lah kecik mana pon.. dah cukup besar apa.. heheh

Thursday, February 10, 2011

Paris Hilton masuk Islam

Waduh.. ni la perkara paling hangat dalam dunia ni.. boleh jadi top search kat google ni.. hehe.. krisis rusuhan Mesir pon tak boleh nak challenge.. dasat- dasat..

Sekarang ni dah kecoh kat Singapura, Malaysia dan Indonesia yang selebriti kaya paling bermasalah di dunia si Pasar Hilron Paris Hilton ni dah masuk agama Islam.. perkara ni adalah laporan dari laman web London Muslim..

Bintang yang popular dengar siri The Simple Life ni dan skandal sex tape nya dikatakan telah lama memeluk agama Islam dan bercadang untuk mendirikan sekolah agama di kawasan perumahan Hollywood iaitu Beverly Hills..

100 bloggers diperlukan



Wow.. benda baru ni.. nampak macam best, mantap dan menarik.. sesuai untuk bloggers yang baru meniarap macam aku ni.. hehe

Korang tak terasa nak join ke?? kalau nak join, klik aje sini.. semua maklumat ada kat sini

Ni merupakan satu lagi usaha murni dari blogger2 hebat untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni.. so, support la ramai2 ye.. tak rugi pon kalau join..

Wednesday, February 09, 2011

MB Terengganu ( Datuk Ahmad Said ) merupakan bekas pemain bola sepak negeri tahun 80- an



Cuba korang tengok pemain yang berdiri dua dari kanan.. korang cam tak siapa dia tu.. heheh.. siapa lagi kalau bukan Datuk Mad Said yang disayangi semua rakyat negeri Terengganu.. hehe..

Kalau tak berapa jelas.. korang boleh klik gambar tu untuk gambar yang lebih besar..

Tajuk tu aku reka je.. aku tak tau la sama ada dia pemain negeri atau pon tak.. hehe

Kredit gambar kepada facebook Terengganu FC

Microwave penyebab jadi macam ni..

Microwave.. oh.. microwave.. kenapa la engkau susah sangat nak guna.. aku tau la aku ni orang kampung.. tapi jangan la buli sampai macam tu sekali.. dah la ni first time aku nak guna engkau.. so, cuba la berlembut cket dengan aku ni.. janganlah main kasar ok...

Tadi kan.. aku dan kawan aku, Che Zul a.k.a Usop, ada la beli ayam goreng kat giant.. heheh.. besela.. orang bujang.. nak goreng sendiri, kat rumah takde dapur.. so, beli yang dah siap je la.. ayam dia boleh tahan jugak besar nya.. harga pon tak lah mahal sangat..

So, bila sampai rumah tadi.. ingat nak lahap terus la ayam tu.. tiba2 teringat la plak kat rumah ni ada microwave.. so, ada la jugak perasaan gatal tangan nak try guna mende tu.. huhu.. kat kampung bukan nya ada benda canggih macam ni.. huhu

Tuesday, February 08, 2011

Krisis rusuhan Mesir : Gempar !! Pesawat Air Asia tidak dibenarkan mendarat di Mesir

Huh.. masih tak sudah- sudah dengan masalah di Mesir ni.. yela, kalau melibatkan rakyat diorang je tak kisah la.. ni sekali dengan rakyat- rakyat kita kat sana pon sangkut sama.. berat r macam ni..

Em, korang semua mesti dah tau kan yang kerajaan kita dalam usaha untuk membawa pulang semua warganegara kita kat sana khusus nya pelajar- pelajar kita yang sedang menuntut kat sana.. menurut laporan, rakyat negara kita adalah antara yang paling ramai yang ada kat sana..

Kerajaan sudah arahkan kapal laut TLDM, kapal terbang TUDM, C 130, kapal terbang MAS dan kapal terbang Air Asia untuk membawa pulang semua pelajar kita yang ada kat sana..

Monday, February 07, 2011

Kerana tersalah masuk lorong, aku diacu dengan senapang.. damn!!



Ini adalah kisah benar.. bukan gimik semata..

Huh.. ni adalah pengalaman tragis aku masa aku balik kampung baru ni.. kejadian ni berlaku pada 3 Februari 2011.. lokasi kejadian, plaza tol Jabor, Terengganu.. waktu kejadian.. 8.25 pagi..

Em.. hari tu kan aku ada balik kampung sempena dengan Chinese New Year.. aku ni biasalah.. kalau balik kampung mesti nak naik moto.. saja je buat- buat tak cari tiket bas awal- awal.. nak bagi tiket bas habis dulu baru nak cari.. hehe

So, baru- baru ni aku balik sorang je la dari Kelana Jaya ke Terengganu.. membe2 aku semua balik naik bas.. so, tinggal aku sorang je la yang balik dengan motosikal..

So, aku bertolak lebih kurang dalam pukul 5 pagi camtu la.. ingat nak bertolak pukul 3.. tapi terlajak tido la plak.. hehe

Berbalik kepada tajuk di atas.. meh sini aku nak cerita kisah yang menyayat hati ni..

Gegar 1000 blog oleh Ben Ashaari



Waduh- waduh- waduh.. segmen terbaru ni dari abang Ben kita.. dah lama dah tak join segmen ni.. hehe.. so, malam ni mari kita ramai gegarkan dunia blog dengan join segmen abang Ben ni..

Syarat- syarat dia mudah je..

1- Letak header Ben Ashaari blog

2- Tajuk: Gegar 1000 blog oleh Ben Ashaari dan linkkan kat blog beliau.. hehe

3- Tulis ayat ni " SAYA SOKONG DUNIA BLOG KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?? "

4- Tinggalkan URL anda kat blog beliau

Dateline: 9/ 2/ 2011, tepat jam 6 petang.. so, sempat lagi nak join ni..

Kalau korang berminat.. boleh klik kat SINI

Sunday, February 06, 2011

Muka korang memang muka pecah pintu bila...

Korang pernah dengar tak istilah pecah pintu ni.. emm, bagi yang tak pernah dengar, meh sini aku nak bagitau definisi muka pecah pintu ni mengikut istilah kamus dewan edisi ke-6.. muka pecah pintu bolehlah ditafsirkan sebagai muka yang kurang cantik, hodoh dan menggerunkan.. heheh

Sebenarnya, muka korang bukan dari azali mempunyai muka pecah pintu.. tetapi ia berubah mengikut situasi semasa..

Muka korang memang muka pecah pintu bila...

Kembali setelah menghilang

Huhuhu.. lega rasa dapat baring atas katil ni.. heheh.. yela, perjalanan jauh ari ni weh.. 8 jam menaiki motosikal dari Terengganu ke Kelana Jaya.. kebas bontot ni tau... heheh

So, sepanjang berada kat kampung.. x boleh nak online.. huhu.. rindu rasa kat blog picisan.. blog kawan2 pon tak dapat nak di terjah..

So, malam ni aku akan buat misi terjah blog je la.. heheh

Selamat bertemu kembali kawan2.. hehe

Wednesday, February 02, 2011

Di sebalik duit

Emm.. duit- duit di manakah duit.. duit- duit..

Zaman sekarang ni semua benda pakai duit.. nak beli barang, nak buang air, nak makan, nak tidur pon kena pakai duit tau.. pendek kata semua pakai duit la senang..

Tapi korang tak perasan apa yang ada di sebalik duit tu sendiri.. meh sini aku nak cerita cket apa yang ada di sebalik duit tu.. hehe

Tuesday, February 01, 2011

Kuasa beli kelab bola sepak semakin ganas dan brutal

Hari ni dah masuk 1 Februari 2011.. so dah 1 bulan kita semua lalui tahun 2011 ni kan.. macam- macam perkara dah berlaku kan.. heheh

Hari ni skop ku adalah nak cakap pasal bola sepak.. so, kepada kaki2 bola semua semestinya dah tau kan yang sepanjang bulan Januari adalah musim pepindahan pertengahan musim bagi liga2 di eropah dan seluruh dunia.. so, masa ni la masa yang ditunggu- tunggu oleh kaki bola ni.. hehe..

Sepanjang bulan Januari yang lepas, dah banyak perpindahan pemain yang berlaku antara kelab- kelab bola sepak seluruh dunia.. ada yang biasa dan mengejutkan.. dan yang paling hebat adalah sewaktu hari terakhir musim perpindahan.. masa ni kelab2 besar dah berubah menjadi begitu brutal.. tak kasi can langsung pada kelab2 kecil ni..

Ni adalah sorotan musim perpindahan yang lepas.. yang aku tau dan femes je la aku tulis..

Situasi Sebenar di Mesir.. ya Allah, selamatkan lah umat Islam dan pelajar Malaysia kat sana

Disini ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter,blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
In Accordance With with Thumbnails