- - suara hati ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga
Showing posts with label suara hati. Show all posts
Showing posts with label suara hati. Show all posts

Sunday, September 01, 2013

ENTRI MERDEKA: INDAH LAGIKAH BAHASA MALAYSIA ?

Logo kali yang ke-56
Logo Kemerdekaan tahun 2013

Kita memang sedia maklum yang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia, mempunyai persamaan dengan Bahasa Indonesia.. tapi, ade satu perkara yang kita tidak perasan dan telah lama tersembunyi dalam kedua- dua bahasa tersebut..

Tahukah anda bahawa bahasa percakapan kita di Malaysia sudah banyak dirojakkan dan diringkaskan?? Adakah anda perasan sume tu??

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Untuk makluman anda, Bahasa Indonesia lebih puitis dan mendalam maksudnya dari bahasa Malaysia.. jadi tidak hairan la mengapa bahasa Indonesia lebih digemari oleh pengkaji- pengkaji bahasa di dunia.. Itulah realiti yang dialami sekarang..

Bukan tujuan saya untuk mengagung- agung kan bahasa Indonesia dan memperkecilkan bahasa Malaysia.. saya hanya ingin cuba menceritakan fenomena sebenar yang berlaku sekarang ini..

Bahasa Indonesia lebih puitis daripada bahasa Malaysia kerana setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri.. Konsep ini adalah sama seperti bahasa Arab di mana setiap kalimah membawa maksud berlainan.. oleh sebab itulah jika kita tersilap membaca Al- Quran, kita dikhuatiri boleh mendapat dosa free je..

Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!

Contoh yang boleh diambil dari bahasa Indonesia adalah perkataan cantik.. jika dilihat kepada percakapan orang Malaysia.. Cantik itu diguna pakai untuk semua benda yang elok paras nya.. kucing cantik, rumah cantik, awek cantik, kereta cantik dan sebagai nya lah.. tapi bahasa Indonesia pula, cantik itu khusus untuk pemandangan.. kalau untuk orang, perkataan yang digunakan adalah jelita, elok dan rupawan.. berbeza bukan??

Selain itu, perkataan pening juga digunakan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia.. pening untuk sakit kepala la, pening memikirkan masalah la, dan macam- macam pening lagi la.. Di Indonesia, pening itu membawa maksud kesusahan memikirkan sesuatu perkara.. Indonesia tidak gunakan pening itu untuk sakit kepala.. untuk sakit kepala, perkataan yang digunakan adalah kepala pusing.. mungkin perkataan tersebut membawa erti lain bagi rakyat Malaysia.

Selain itu juga, perkataan tolak juga digunakan secara bersahaja di Malaysia.. Kita pakai tolak untuk semua perkara.. menolak kotak, menolak pelawaan dan sebagainya lagi la.. Indonesia hanya menggunakan tolak itu sebagai perkataan yang digunakan untuk menolak pelawaan.. bagi menggambarkan perbuatan menolak barang, perkataan yang digunakan adalah dorong.. Malaysia juga ada perkataan ini, tapi diguna pakai untuk maksud yang lain.. contohnya adalah seperti penyebab untuk kita melakukan sesuatu.. contoh ayat " saya terdorong untuk melakukan nya kerana pengaruh kawan ".. berbezakan konsepnya dengan bahasa Indonesia..


Thursday, October 06, 2011

WAHAI TUHAN, MENGAPA WANITA SERING MENANGIS ??


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

JawabNya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Saturday, October 01, 2011

REHAT SINONIM DENGAN KERJA ATAU SEBALIKNYA ??

Rehat atau kerja.. dua- dua perkara ni memang sinonim dalam lumrah kehidupan manusia seharian kan.. kita memang tak boleh nak berpisah dari dua perkara ni.. dalam hidup ni, kita perlu rehat dan kita juga harus bekerja untuk meneruskan kemaslahatan kehidupan kita sebagai khalifah kat muka bumi ni kan..

Friday, September 30, 2011

Bodoh, Kurang Ajar, Budi Bahasa atau Dot Dot Dot..??


Hallooo.. hehe.. ape pendapat korang tentang tajuk entri ni.. mesti berbelit- belit otak untuk memikirkan nya kan.. hehe

Entri ni aku tujukan khusus untuk masyarakat di sekeliling kita.. 

Straight to the point.. pernah tak korang terfikir pasal perkara ni.. korang ade la ternampak kawan kau sedang menyapu sampah.. so korang pon kira nak tegurla.. pernah tak korang tegur macam ni.. " hai, tengah sapu sampah ke? ".. tentu pernah kan.. adakah korang begitu bodoh untuk bertanyakan soalan macam tu.. sudah terang- terang kawan tu tengah menyapu.. so, buat ape korang tanya lagi.. tapi, tapi, tapi.. bagi aku itu bukanlah satu soalan yang bodoh.. itu merupakan soalan yang paling berbudi bahasa dan penuh hormat.. korang faham x maksud aku ni??.. ok, kalu korang x faham biar aku cuba terangkan secara ringkas..

Sunday, September 25, 2011

NAK TUKAR STYLE RAMBUT ???


Aku rasa aku macam nak tukar style rambut la..

Style rambut aku yang sekarang ni memang menggambarkan aku sebagai seorang budak yang baik, berbudi pekerti dan berhati mulia..

Tapi...

PESANAN IKHLAS UNTUK YANG PERASAN BERPENGETAHUAN TINGGI


Aku memang angin dengan orang- orang macam ni.. dia berlagak macam dia tahu semua perkara dalam alam semesta ni..

Satu je pesanan aku untuk mereka- mereka yang bersifat macam ni..

Friday, September 23, 2011

RAMLI.. RAMLI.. RAMLIIII !!!!!!!


Ramli have scored for Manchester United !!!!

Itulah antara sedikit petikan yang dapat aku grab daripada iklan TM yang baru je aku tengok kat blog Hok Sengoti tadi.. kalau xde blog Hok Sengoti ni, komfem aku tak tau akan kewujudan iklan ni.. al- maklumlah, kita baru pindah rumah sewa, mane sempat nak beli TV ni.. huhu

Ada jugak babak dalam iklan ni yang memang menarik perhatian aku selain daripada Ramli score untuk Manchester United tu..

Cuba korang hayati dialog ni..

Ramli : Ayah ! Ayah ! Ramli score dua gol hari ni..
Ayah : Eh, anak jiran sebelah tu score 9A tau !
Ramli : Ayah, Ramli janji yang Ramli akan buat ayah bangga suatu hari nanti..

Inilah sikap tipikal kebanyakan ibu bapa yang terdapat di Malaysia hatta dalam dunia sekalipun.. ibu bapa aku pon macam ni gak dulu.. bukan aku saja- saja nak kata kepada kesatuan ibu bapa kat Malaysia ni..

Korang pon mesti pernah mengalami situasi macam ni kan.. dibanding- banding kan dengan orang lain..

Aku memang tak suka gila bila perkara macam ni berlaku.. entahlah.. aku pon tak tahu kenapa.. memang aku tak suka bila dibanding- bandingkan dengan orang lain..

Saturday, September 03, 2011

250 PERKARA UNTUK DIBUAT SEBELUM MATI



Seorang gadis dengan tiga tahun untuk hidup telah membuat senarai 250 perkara yang perlu dibuat sebelum dia mati.


Amy-Claire Davies, 16, menulis matlamat selepas diberitahu dia tidak akan pulih daripada penyakit sistem imun yang tidak boleh diubati.

Beliau telah diilhamkan oleh  Jack Nicholson dan Morgan Freeman dalam filem Bucket List, memberitahu dua sahabat yang melarikan diri dari wad kanser untuk merealisasikan hasrat mereka.

Monday, August 29, 2011

LAGU RAYA KHAS UNTUK PERANTAU MACAM AKU


Oleh kerana aku tak boleh nak balik beraya kat kampung tahun ni.. aku telah kompilasikan mana- mana lagu raya yang aku rasa sesuai dengan status aku sebagai seorang perantau tahun ni..

Aku harap korang dapat rasai derita yang aku alami ni..sob3..huhu

Tuesday, August 16, 2011

KHAS UNTUK SECRET ADMIRE


Entri ni aku buat khusus untuk mereka yang mempunyai profession sampingan sebagai " secret admire "..
I've never been the type to say what I feel
So basically I keep everything inside
And with you it was no different
I want to tell you, believe me I've tried

But there's part of me that just can't take that chance
So I doubt that you'll ever know
Which may be fine with you, but it's hurting me
I choose not to show it though

I guess I'm your secret admirer
That name seems to fit just right
I don't know what I like about you
But you're on my mind, day and night

But I guess I'll never know what it is
My true feelings I could never reveal to you
I'll just admire you from a distance
I'm not sure what else there is to do

It's for u Dear....
Mungkin ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman sebagai secret admire ni.. perghh.. memang susah kalau hidup sebagai secret admire ni.. jiwa asyik bergelora aje kan.. kejap- kejap teringat kat si dia aje.. hehe

Kalau boleh, hari- hari nak jumpa dengan si dia kan.. pas tu mula la buat- buat trik saje- saje terserempak dengan si dia..

ANTARA IKAN BAKAR DAN AYAM GOLEK



Dua- dua makanan ni memang top time bulan puasa ni.. dua- dua nya memang best tak dapat di sangkal lagi.. kalau aku, aku lagi prefer ikan bakar sebagai lauk teristimewa untuk berbuka puasa..

Kalau korang, antara ikan bakar dan ayam golek.. mane satu lagi korang suka lahap dan bedal sebagai juadah berbuka puasa di bulan ramadhan ni ??

Monday, August 15, 2011

1134 UNIQUE VIEW DALAM SEHARI UNTUK CLOUD 9.. WOW !!!


1134 Unique View dalam sehari untuk Cloud 9.. memang satu perkara yang tidak aku jangkakan dan tak pernah aku duga untuk berlaku..

Belum pernah lagi Cloud 9 mendapat kunjungan yang sebegitu meriah daripada pengguna- pengguna internet di alam maya ni.. kebiasaanya, Cloud 9 hanya mendapat antara 300- 400 UV je dalam sehari..

Apakah punca ledakan Unique View yang melampau bagi sebuah blog capek seperti Cloud 9 ??

Inilah penangan entri SEO kalau kena dengan caranya.. walaupun hanya sekali sekala mengenakan entri SEO sebagai perhiasan di blog aku ni.. ternyata hasil nya memang umphh dan cukup menggiurkan.. hehe

Memang benar la kata otai- otai yang sudah lama bergelumang dalam dunia SEO ni.. entri SEO memang mampu menjana trafik yang gempak..

Entri SEO yang aku hasilkan untuk menjadikan Unique View sebegini jumlah nya adalah berkaitan dengan Kejohanan Badminton Dunia yang baru berakhir semalam.. ternyata entri ni memang banyak carian nya kat enjin carian yang terdapat dalam dunia ni..

Saturday, August 13, 2011

MACAM MANE AKU NAK BERAK NI !!

Macam mana aku nak berak ni !!

Dang- dang pulak time kritikal macam ni boleh takde air.. tadi sebelum berbuka elok je ade air.. boleh pulak time aku nak basuh tangan takde air.. ish, payah betol la kalau macam ni..

Dah la kebiasaan dan menjadi lumrah aku selepas berbuka aku perlu membuang segala jenis sisa toksik yang ada dalam badan aku ni.. kalau air takde, mana boleh aku nak buat perbuatan tu.. adoiyaiii..

Ni la first time sejak aku duduk kat rumah ni aku merasai kesengsaraan ketiadaan air mutlak ni.. sebelum ni tak pernah lagi terjadi perkara seumpama ni..

Adakah aku perlu mengambil langkah drastik dengan menggunakan air masak yang ada dalam jag untuk membantu aku melepaskan segala isi perut yang sudah tak diperlukan badan ni ??

Takpe.. aku akan cuba bertahan dalam masa setengah jam lagi sementara menunggu kehadiran air ni.. kalau takde jugak, kena cari tandas awam la jawab nya..


TOLONGLAH WEI, AKU NAK BERAK NI !!!

HARIAN METRO CEDOK ENTRI AKU KE NI ??

Harian Metro, akhbar tabloid no 1 dalam negara.. terkenal dengan cerita- cerita sensasi nya yang memang tak nak kalah gitu.. tajuk depan nya saja memang dah mempu untuk membuat pembaca membeli surat khabar tersebut walaupun akhbar tu hanyalah dipenuhi dengan iklan je..

Tadi aku pon ada gak la semak sedikit sebanyak kat dalam akhbar ni.. mane la tau kot- kot ade berita sensasi di bulan Ramadhan Al- Mubarak ni kan..

Memang usaha aku menyelak akhbar online tu berhasil.. memang sensasi berita yang aku jumpa ni.. hehe

Aku perasan yang satu berita kat dalam akhbar tu ada menyerupai entri aku untuk petang semalam.. berita tu pasal helmet yang super pelik tu..

Aku ada post entri tu berserta dengan gambar lagi petang semalam..

Saturday, August 06, 2011

KERORO : TAK SABAR TUNGGU JIRAN

Erm.. mane la jiran aku ni kan.. tak kunjung - kunjung tiba jugak.. dari petang tadi lagi aku duk menanti kelibat jiran aku ni.. tapi, bayang- bayang jiran aku pon tak kelihatan lagi..

Bila Keroro nak bagi jiran kat aku ni.. baru 20 orang je aku tengok yang dah dapat jiran.. mungkin ni adalah antara 20 orang terawal kot.. tu yang diorang dapat jiran diorang lebih awal tu agak nya..

Keroro cakap yang dia berjaya kumpulkan 100 penyertaan dalam segmen cari musuh ni.. so, agak susah la jugak dia nak mem "pair" kan jiran- jiran tu.. betol tak Keroro.. hehe.. aku cuba memahami penderitaan kamu..

So, malam ni Keroro cakap yang dia akan keluarkan list jiran yang ke- 2.. tak tahulah aku tersenarai ke tak lagi.. kita tunggu dan lihat je la yer.. hehe

Saturday, July 16, 2011

KALAU NAK BEG ENGKAU SELAMAT, BAK SINI RM 10 !!

Kos sara hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur memang tinggi dan boleh dikatakan setinggi menara pencakar langit KLCC..

Cuba bayangkan jikalau korang perlu mengeluarkan RM 10 bagi menyimpan beg anda di KL Sentral.. itu adalah harga minimum yang ditawarkan kepada anda jika anda mahu menyimpan beg ataupun barangan anda ke dalam loker- loker yang disediakan di situ..



Memang mencekik darah betol.. kalau x nak bayar kan, tak tahu pulak kat mana nak simpan barang.. fikir punya fikir, akhirnya aku mengalah jua dengan perkhidmatan menyimpan beg tersebut..

Kat bawah ni ada sedikit dialog antara aku dengan macha penjaga kunci loker..

Thursday, July 14, 2011

LUKA MODRIC SUDAH HILANG SABAR



Desas- desus mengenai perpindahan Luka Modric ke Chelsea semakin mendapat nafas baru.. terbaru, Luka Modric dikatakan telah membuat keputusan yang cukup besar apabila telah membuat permohonan secara bertulis untuk berhijrah ke Chelsea..

Modric dikatakan sudah hilang sabar dengan pengerusi Tottenham Hotspur iaitu Daniel Levy yang dikatakan enggan berbincang tentang sebarang bentuk perpindahan nya ke Chelsea..

Chelsea telah menawarkan sebanyak 27 juta pound untuk mendapatkan khidmat Modric dan bersedia menawarkan gaji sebanyak 150 ribu pound seminggu iaitu peningkatan hampir empat kali ganda daripada gaji semasa Modric di Tottenham..

Sunday, July 03, 2011

MEMANG TERSENTAP KALBU INI

Hei.. memang panas betul dibuat nya.. memang tersentap la kemarahan yang memang sentiasa terpendam dalam jiwa sanubari aku ni..

Apa yang buat aku tersentap sangat ni ??

Meh sini nak cerita..

Sekarang ni kan tengah hangat kat seluruh negara di mana Autobot dan Megatron tengah mengganas di seluruh pawagam di setiap ceruk pelusuk negara.. so, kat pawagam sekarang ni memang berbondong- bondong rakyat jelata menyerbu untuk membeli tiket wayang citer tu.. kalau beratur, komfem sampai 50 meter punya..



Semalam aku ada la jugak niat nak tengok citer Transformer ni.. so, dalam pukul 10 cam tu aku dah mula menjejakkan kaki kat salah satu pusat beli belah terkemuka kat ibu kota ni.. ala, tiket punya pasal bangun awal pon takpe kan.. so, dalam kepala otak aku ni, aku duk fikir cam ni la, kalau pergi awal mesti orang tak ramai lagi kan.. betol tak.. korang pon mesti fikir camtu gak kan..

Tapi,

Saturday, June 18, 2011

KAU RASA CUTE, TAPI AKU RASA MACAM NAK TERAJANG KAU

Anak patung Domo dihayun nya kiri, kanan, depan, dan belakang.. dibelai nya anak patung tersebut dengan penuh manja dan kasih sayang.. terukir senyuman lebar dan gelak tawa dari mulut nya yang lebar itu.. memang terpancar ciri- ciri keibuannya sewaktu membelai patung Domo tu..

Sekadar gambar hiasan


Tapi.. walaupun ciri keibuan kau terserlah.. aku tetap rasa nak sepak dan terajang kau sampai kau sedar satu benda ni yang kau tu adalah seorang LELAKI !!

Friday, June 03, 2011

MANUSIA SEMAKIN DAJAL

Aku rasa DAJAL lah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan manusia yang macam ni.. kita tak boleh kata manusia jahat macam atau berperangai teruk macam binatang dah sebab binatang pon tau sayang akan anak dia dan tak akan mudah- mudah untuk mencederakan anaknya apatah lagi mencabut nyawa anak nya sendiri..



Entri ni aku buat untuk menyatakan kekesalan, kemarahan, ketidakpuasan hati serta kebengangan yang ada dalam kepala otak kecil aku terhadap perbuatan- perbuatan manusia DAJAL ni yang sekarang ni memang dah ramai yang mempunyai kuasa untuk mencabut nyawa manusia lain..

In Accordance With with Thumbnails