- - sukan- sport ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga
Showing posts with label sukan- sport. Show all posts
Showing posts with label sukan- sport. Show all posts

Monday, July 22, 2013

( HIGHLIGHT ) MALAYSIA XI VS CHELSEA FC 21/ 7/ 2013



Ayuh saksikan highlight perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Malaysia XI telah tewas 1-4 kepada Chelsea FC.

Gol- Gol  Chelsea FC telah dijaringkan oleh Bertrand Traore, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku manakal gol Malaysia XI telah dijaringkan oleh Fadhli Sas.

Sunday, July 21, 2013

MALAYSIA VS CHELSEA FC TAK AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG- ASTRO

Astro telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC tidak dapat disiarkan secara langsung pada malam ni, Ahad, 22 Julai 2013.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Astro.
Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menyiarkan perlawanan Chelsea vs Malaysia XI secara langsung kerana syarat-syarat penyiaran yang telah ditetapkan oleh penganjur. Walaubagaimanapun perlawanan ini akan disiarkan secara tertunda seperti berikut: 

Astro SuperSport (Ch 810) & Astro SuperSport HD (Ch 831)
Monday, 22nd July at 8am and 5pm
Tuesday, 23rd July at 9:30pm

Astro Arena,
Monday, 22nd July at 3pm
Tuesday, 23rd July at 8:30pm
Friday, 26th July at 8:30pm
Jadi kepada para peminat yang menantikan siaran langsung perlawanan tersebut di kaca tv pada malam ni, diharapkan anda semua tidak kecewa.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk ke stadium pada malam ni, anda boleh saksikan siaran tertunda yang akan ditayangkan oleh pihak Astro.


Tuesday, July 09, 2013

TOTTENHAM HOTSPUR 2013/ 2014 JERSEY

Hanya tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum Barclays Premier League 2013/2014 membuka tirai.

Bagi musim 2013/ 2014 ini, Tottenham Hotspur telah melancarkan jersi baru yang bakal dipakai sepanjang musim depan.

Masih mengekalkan Under Armor sebagai pembekal rasmi jersi bagi musim hadapan, tetapi  sedikit perubahan dapat disaksikan pada jersi Tottenham Hotspur pada musim hadapan apabila HP atau nama penuh nya Hewlett Packard telah dilihat menggantikan Aurasma sebagai penaja jersi Spurs.

Pada majlis pelancaran jersi tersebut, Gareth Bale yang merupakan target Real Madrid untuk musim hadapan telah tampil untuk merasmikan jersi baru tersebut.

Mungkin ini merupakan cara Tottenham Hotspur untuk meyakinkan para penyokongnya bahawa Gareth Bale akan kekal di Spurs untuk musim hadapan.

Jom kita saksikan jersi terbaru Tottenham Hotspur untuk musim 2013/ 2014.

Barisan pemain memperagakan jersi baru

Home Jersey 2013/2014

Home Jersey 2013/ 2014

Bakal ke Madrid?

Away Jersey 2013/ 2014

Saturday, April 21, 2012

MARIA SHARAPOVA DENGAN GAYA RAMBUT BARU YANG CUTE


Amacam???

Cute tak Maria Sharapova dengan gaya rambut yang baru ni.. Bukan senang kita nak tengok Maria Sharapova berambut pendek ni..

Gambar ni telah diposkan ke facebook miliknya oleh diri nya sendiri nya pon..

Dia komen camni kat gambar yang dia post tu.. "Well, what do you think? I'm actually really like it!"..



Sunday, November 20, 2011

PERANAN SEBENAR FAKRI SAARANI UNTUK TEAM MALAYSIA


Perghh.. sebelum ni bukan main sedap lagi korang kutuk dia kan.. main macam taik la, tendang bola tak betol la, dan macam- macam lagi la perkara negatif yang boleh wujud ke atas seorang pemain bola sepak korang bagi kat dia kan..
Ni, bila dia dah score, melambung pulak pujian korang untuk dia yer.. hampeh gila.. aku pon sama gak sebenarnya.. dah memang sikap tipikal penyokong bola sepak Malaysia, nak buat macam mane kan… hahah
Main elok kena puji.. main teruk memang kena hentam la.. itulah tugas tersirat penyokong bola sepak Malaysia sebenarnya..
Korang tau tak apa peranan sebenar Fakri Saarani dalam skuad Ong Kim Swee tu ??
Melalui analisis mendalam aku terhadap game- game sebelum ni.. aku dah dapat apa peranan sebenar Fakri dalam skuad Harimau Muda..
Walaupun sebelum ni dia memang mempamerkan permainan yang kurang memberansangkan, tapi ade satu ” X Factor ” yang Ong Kim Swee dapat kesan dalam diri seorang insan bernama Ahmad Fakri Saarani ni..
Jom aku ajak korang flashback cket..
Menurut satu sumber yang aku peroleh dan aku pon tak berapa pasti kesahihan nya.. tapi aku rasa 80% betol kot sumber ni..
Pada edisi Sukan Sea yang lalu iaitu pada 2 tahun lepas, korang masih ingat tak lagi siapa yang score gol untuk membawa Team Malaysia ke pentas final tu ??
Haaa…
Fakri Saarani la yang score..
” X Factor ” inilah yang membuatkan Ong Kim Swee memasukkan Fakri seawal sepak mula perlawanan lagi untuk game kali ini sebab dia masih mengharapkan “Ong ” daripada Fakri Saarani tu..
Ternyata percaturan yang diambil oleh Ong Kim Swee tu berbaloi..
Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, peranan sebenar Fakri Saarani dalam skuad Harimau Muda adalah untuk menjaringkan gol di perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea.. hehe
Dalam game lain tu, memang bukan peranan dia.. tu yang main lebih kurang je tu.. hehe..
Kepada Fakri Saarani, kalau anda ada terbaca entri ini.. jangan marah ea.. penulis cuma bergurau aje.. hehe

Friday, October 07, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN AUSTRALIA VS MALAYSIA : SENARAI PEMAIN


Perlawanan persahabatan Australia VS Malaysia telah berlangsung dan berikut adalah senarai pemain yang dibariskan oleh kedua- dua pasukan..

Senarai Pemain Malaysia :

  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Asraruddin Putra Omar
  3. Mohd Farisham Ismail
  4. Mahali Jasuli
  5. Norhafiz Zamani Misbah
  6. Joseph Kalang Tie
  7. Norshahrul Idlan Talaha
  8. Safee Sali
  9. Amar Rohidan
  10. Gurusamy Kandasamy
  11. S.Kunalan
  12. Wan Zaharul Nizam
  13. Muhammad Zubir
  14. Khyril Muhymeen
  15. Reuben Thayaparan Kathiripillai
  16. Mohd Faizal Muhammad
  17. Yong Kuong Yong
  18. Izzaq Faris Ramlan
  19. Mohd. Farizal Marlias
  20. Shahrizal Mohd Saad
  21. Muslim Ahmad
  22. Badroll Bakhtiar
Senarai Pemain Australia :


Sunday, October 02, 2011

( VIDEO ) PERATURAN RAGBI YANG SUPER SEXY 18 SX


Tadi kan, sedang aku khusyuk godek- godek akhbar the sun UK secara online tu.. aku ada la terjumpa pasal video tentang peraturan yang terdapat dalam permainan ragbi..

Mentang- mentang lah sekarang ni tengah ada World Cup kat New Zealand tu, terus dia buat video ni.. video ni memang mengancam habis woo..

Tidak sesuai untuk tontonan 18 tahun dan ke bawah woo.. huhu

Wednesday, September 14, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 13/ 9/ 2011


Keputusan perlawanan piala Malaysia 13/ 9/ 2011 adalah seperti berikut :

Kumpulan A:

= Johor FA 1 vs 3 Sabah

= Perak 2 vs 1 Kedah

Kumpulan B:

= Negeri Sembilan 1 vs 0 Terengganu

= PKNS FC 1 vs 0 Sime Darby

Kumpulan C:

= Sarawak 0 vs 1 Johor FC

Kumpulan D:

= Selangor 0 vs 0 Kuala Lumpur

= T-Team 4 vs 0 PDRM FA

Sunday, September 11, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 10/ 9/ 2011


Keputusan perlawanan Piala Malaysia 10/ 9/ 2011 adalah seperti berikut..

  • SABAH VS KEDAH : 2- 1
  • PERAK VS JOHOR : 2- 1
  • TERENGGANU VS PKNS : 3- 2
  • NEGERI 9 VS SIME DARBY : 5- 0
  • KELANTAN VS JOHOR FC : 2- 1
  • FELDA VS SARAWAK : 1- 0
  • SELANGOR VS PDRM : 2- 0
  • KUALA LUMPUR VS T- TEAM : 2- 1
Kelantan dan Terengganu masing- masing melakarkan kemenangan kedua bagi membuktikan bahawa mereka adalah pencabar serius untuk trofi kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini..

Adakah dua seteru pantai timur ini akan bertemu lagi di pentas akhir di Bukit Jalil nanti ?? kita tunggu dan lihat sahaja..

Perjalanan masih jauh untuk kedua pasukan dengan kesemua pasukan baru sahaja menghabiskan perlawanan kedua dalam peringkat kumpulan..

Thursday, September 08, 2011

VIDEO PERLAWANAN PILIHAN PIALA MALAYSIA 2011 ( 6/ 9/ 2011 )


Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 telah menyaksikan banyak keputusan yang mengejutkan dan ada juga keputusan yang sudah di duga..

Pasukan- pasukan pilihan kejohanan seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah telah menepati ramalan apabila dengan mudah menumpaskan lawan masing- masing..

Selangor pula menerima nasib yang berbeza apabila diaibkan T-Team di Kuala Terengganu.. itulah, Selangor kuat sangat cakap besar.. kata kejuaraan tahun ni milik mereka la.. puiihh..

Jadi perlawanan pilihan Cloud 9 untuk perlawanan pertama ni tak lain tak bukan adalah perlawanan antara T- Team dan Selangor..

Sunday, August 28, 2011

IT IS A MATA OF TIME ...


Wednesday, August 17, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN SKUAD OLIMPIK MALAYSIA VS MFK DOLNY KUBIN 16/ 8/ 2011


Keputusan perlawanan persahabatan skuad olimpik Malaysia Vs MFK Dolny Kubin di Slovakia pada 16/ 8/ 2011 adalah seperti berikut :

SKUAD OLIMPIK MALAYSIA 2 - 0 MFK DOLNY KUBIN
- Wan Zack Haikal
- Ahmad Hazwan Bakri

Kalau tidak silap perhitungan, ini adalah kemenangan keempat skuad olimpik kebangsaan di dalam siri perlawanan persahabatan di Slovakia..

Monday, August 15, 2011

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


Keputusan penuh Kejohanan Badminton Dunia 2011 adalah seperti berikut :

klik untuk lebih jelas

Negara tembok besar China mengesahkan penguasaan mereka dalam sukan badminton apabila menggondol kesemua acara yang dipertandingkan..

Sunday, August 14, 2011

LIVESCORE PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


Livescore perlawanan akhir kejohanan badminton dunia 2011 boleh dilihat di sini.. cara nya mudah sahaja.. anda hanya perlu klik link di bawah ini dan anda akan dibawa terus ke paparan livescore perlawanan akhir ini..

Berikut adalah link untuk visual livescore :
BWF WORLD CHAMPIONSHIP 2011

Set Pertama :
Lee Chong Wei 22 - 20 Lin Dan

( VIDEO ) PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : LEE CHONG WEI VS CHEN JIN


Video perlawanan separuh akhir kejohanan badminton dunia 2011 antara Lee Chong Wei VS Chen Jin boleh dilihat di sini..


http://www.youtube.com/watch?v=XNH7aPi5Yk0

JADUAL PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : 14/8/2011

Jadual perlawanan akhir kejohanan badminton dunia 2011 pada 14/ 8/ 2011 adalah seperti berikut..

Datuk Lee Chong Wei akan menentang seteru utama beliau bagi menentukan pemenang kejohanan dunia ni..

Perlawanan akan bermula jam 12 tengahari waktu tempatan dan jam 8 malam waktu Malaysia..


Saturday, August 13, 2011

LEE CHONG WEI KE FINAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


Datuk Lee Chong Wei berjaya menamatkan badi nya apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 buat pertama kalinya..

Pada aksi separuh akhir sebentar tadi, Lee Chong Wei telah berjaya menewaskan pemain dari republik besar China, Chen Jin, dengan straight set : 21- 13, 21- 9..

Lee Chong Wei hanya mengambil masa selama 44 minit bagi menamatkan perlawanan tersebut..

Berikut adalah statistik perlawanan antara Lee Chong Wei dan Chen Jin..

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : 13/ 8/ 2011

Jadual perlawanan kejohanan badminton dunia 2011 bagi tarikh 13/ 8/ 2011 adalah seperti berikut.. perlawanan akan diadakan jam 11 pagi waktu tempatan bersamaan jam 7 petang waktu Malaysia..

Pemain negara kita, Datuk Lee Chong Wei akan menentang pemain dari China iaitu Chen Jin untuk perlawanan separuh akhir pertama.. beliau akan bermain pada giliran perlawanan yang kedua..


Klik untuk lebih jelas

Info lanjut tentang kejohanan boleh didapati di SINI

KEPUTUSAN BWF WORLD CHAMPIONSHIP 12/ 8/ 2011

Keputusan BWF World Championship 12/ 8/ 2011 yang melibatkan pemain negara kita dan pemain- pemain yang lain..

Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan seterusnya tetapi pasangan beregu negara Koo Kien Keat- Tan Boon Heong telah tumpas di tangan beregu dari Korea..

Klik untuk lebih jelas

Thursday, August 11, 2011

SELEPAS MALAYSIA AIRLINES, TONY FERNANDES NAK REMBAT KELAB BOLA SEPAK PULAK


Masih segar dengan kejayaan nya " merembat " sejumlah saham dalam Malaysia Airlines System, Tan Sri Tony Fernandes masih lagi rakus memenuhi nafsu beliau dengan cuba untuk " merembat " pemilikan kelab bola sepak terbaru di Liga Perdana England..

Usahawan berjaya Malaysia ini akan tiba di England pada hari khamis ini yakni esok untuk menyelesaikan isu pembelian kelab bola sepak Queen Park Rangers..

Taikun Air Asia itu telah mengadakan perbincangan dengan pemegang saham terbesar kelab bola sepak itu iaitu Bernie Ecclestone dan rakan kongsi nya iaitu Flavio Briatore dalam usaha untuk mendapatkan sejumlah saham dalam kelab itu..

Taikun Formula One, Bernie Ecclestone, yang turut merupakan pemegang saham terbesar dalam kelab ini dengan jumlah saham sebanyak 62 %.. dia telah bersetuju untuk menjual sejumlah besar saham nya pada harga 100 juta Pound..

Tony Fernandes telah bersedia untuk menawarkan dana sebanyak 10 juta Pound kepada kelab itu untuk melakukan pembelian pemain sekiranya dia berjaya menjadi pemilik kelab tersebut..

In Accordance With with Thumbnails