- - ADIK DAN ABANG SAMA HEBAT !! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, April 10, 2011

ADIK DAN ABANG SAMA HEBAT !!

Memang ternyata benar pepatah orang tua, ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi.. mungkin inilah contoh terbaik yang boleh diberi kepada dua pasangan adik beradik yang sememang nya handal di medan perang masing- masing..



T- Team dan Terengganu, masing- masing telah mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing- masing pada perlawanan liga super yang berlangsung sebentar tadi..



Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, T- Team telah berjaya merobek ego pasukan pendahulu liga iaitu Selangor dengan memusnahkan impian mereka untuk kekal di tangga teratas liga dengan jaringan 2 gol tanpa balas.. Gol- gol T- Team telah dijaringkan oleh Norfarhan dan Indra Putra..

Sementara itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula, si abang iaitu pasukan Terengganu telah berjaya menewaskan Harimau Muda A dengan jaringan 3 berbalas 1.. kemenangan ini meneruskan rentak kemenangan Terengganu yang sebelum ini telah berjaya menewaskan Pahang..

Ini adalah keputusan terkini liga super untuk perlawanan- perlawanan yang berlangsung pada malam tadi..

SABAH 2- 1 PERAK
SELANGOR 0- 2 T-TEAM
KUALA LUMPUR 0- 0 PAHANG
KELANTAN 6- 0 FELDA UNITED
TERENGGANU 3- 1 HARIMAU MUDA A
JOHOR FC 0- 0 NEGERI SEMBILAN
PERLIS 0- 1 KEDAH
In Accordance With with Thumbnails