- - GENG INI TELAH PANIK DI DISCO ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, April 24, 2011

GENG INI TELAH PANIK DI DISCO



Erm.. macam mana diorang ni ek.. pergi disco pon panik.. ish3.. bek la tak payah pergi lain kali.. kesian plak..

Diorang ni memang dah diketahui umum suka menyerang setiap disko yang ada kat dalam dunia ni.. hampir seluruh disko kat dalam dunia telah diorang terjah kot.. mungkin sebab itulah diorang di panggil panik di disko..

Disko terbaru yang menjadi tempat untuk mereka membuat onar adalah disko vices & virtues.. terdapat banyak jugak la lagu- lagu yang boleh membuatkan setiap yang mendengar nya berasa panik.. memang bahaya la penangan lagu- lagu ni..



Sebenarnya aku nak cerita pasal band Panic! At The Disco atau dalam bahasa Malaysia nya Panik Di Disco.. band ni memang tergolong dalam salah satu band favourite aku la.. kalau dulu, trademark band ni adalaha tajuk lagu yang panjang gila.. biasalah, mentor diorang pon buat tajuk lagu panjang gak.. mentor kepada band ni adalah band yang tidak kurang hebat dan rancak nya iaitu Fall Out Boy.. alah, group yang ada Pete Wentz tu.. search kat google kalau korang tak kenal siapa Pete Wentz ni..

Untuk pengetahuan anda semua, band ni telah melancarkan album terbaru yang berjudul Vices & Virtues.. kalau tak silap aku la, ini adalah album ke-3 diorang kot.. album pertama rasanya A Fever You Can't Swept Out.. album kedua aku tak pasti tajuk apa.. mungkin Nine In The Afternoon kot.. aku tak ingat tajuk dia sebab album kedua memang agak kureng sikit..

Untuk album terbaru ni, diorang nampaknya dah kembali ke haluan asal muzik diorang iaitu muzik yang berunsur disco, laju dan catchy gitu.. album ke- 2 diorang try nak buat muzik macam The Beetle tapi hasil nya memang tak ngam la dengan group diorang..

Lagu pertama yang diperkenalkan dalam album baru ni iaitu The Ballad of Monalisa nampaknya telah memberi petanda yang diorang sekarang memang dah bersedia untuk menggegar kembali dunia muzik dengan lagu yang berirama pantas..



So, kepada sesiapa yang sejiwa dengan aku yang minat kepada band ni.. jom layan lagu The Ballad of Monalisa ni..



OOOO... Monalisa~~



P/ S: Entri aku ni lebih kurang je macam entri cik Amirazoe ni
In Accordance With with Thumbnails