- - PURDAH ?? JANGAN HARAP LA BOLEH PAKAI !!! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, April 12, 2011

PURDAH ?? JANGAN HARAP LA BOLEH PAKAI !!!

Purdah ?? siap yang tak kenal dengan purdah ni kan.. ini lah salah satu daripada pakaian kaum Muslimat kat muka bumi ni..



Purdah ni kalau ditengok balik, memang sesuatu pakaian yang memenuhi tuntutan syarak.. purdah bukanlah seperti kebanyak fesyen tudung yang ada sekarang ni yang dah bermacam- macam jenis.. ada fesyen Hana Tajima la, ada tudung Ariani la.. aku sendiri pon tak berapa kenal dengan tudung- tudung ni semua..

Berminat nak pakai purdah ?? Lupakan lah niat korang tu...

Kenapa aku kata begitu ?? jom baca apa apa yang aku nak katakan ni..



Berkuat kuasa pada hari ni, kerajaan Perancis telah mengharamkan segala jenis bentuk pemakaian Islam yang menghalang si pemakai nya sukar untuk dikenal pasti.. hal ini adalah berkait rapat dengan pemakaian purdah, burqa dan niqab..



Walaubagaimanapun pengharaman ini tidak melibatkan hijab yang masih lagi boleh dipakai di sana..

Menurut kementerian dalam negeri Perancis, rakyat di Republik Perancis telah sejak sekian lama mengamalkan bare- headed fashion.. jadi tidak akan sewenang- wenangnya membenarkan pemakaian burqa dan niqab.. kerajaan tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memakai headscarf, headgear, scarf atau cermin mata selagi mana ia tidak menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenal pasti identiti anda..



Barang siapa yang melanggar undang- undang, dia akan didenda sebanyak 150 euros.. sebagai alternatif kepada denda tersebut, pesalah yang dimaksudkan oleh kerajaan Perancis itu boleh didenda melakukan public service duty..

Selain itu terdapat juga pengharaman lain yang mengenakan denda lebih keras terhadap sesiapa yang memaksa seseorang wanita untuk memakai niqab atau burqa.. akta ini mula dikuatkuasa sejak Oktober 2010 di Perancis..

Sesiapa yang memaksa seseorang wanita untuk memakai niqab atau burqa akan dikenakan denda sebanyak 30,000 euros dan 1 tahun penjara..

Larangan- larangan seperti ini sememang nya banyak berkuat kuasa di eropah.. larangan seperti ini tetap diadakan di Perancis meskipun komuniti antarabangsa telah melarang keras akan larangan ini yang dikatakan mencabuli hak asasi manusia..

Haa.. kalau korang baca habis entri ni.. korang tentu faham kenapa aku buat tajuk seperti kat atas tu kan.. aku ni bukanlah kafir lahanat yang nak larang orang menutup aurat ni.. aku cuma nak cerita situasi yang berlaku kat Perancis je tapi dalam keadaan yang lebih gramatis.. jangan pulak ada orang yang nak hentam aku disebabkan dia just baca tajuk je..

So, apa pendapat korang tentang pengharaman purdah, burqa dan niqab kat Perancis ni ?? share la kat sini yer..
In Accordance With with Thumbnails