- - TERIMA KASIH NESCAFE AIS ... ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, April 04, 2011

TERIMA KASIH NESCAFE AIS ...



Entri ini dibuat khas untuk sesuatu yang telah menyelamatkan aku dari mengalami kondisi dehydration yang melampau..

Jam di handphone lipat jenama Sony Ericson ku telah menunjukkan pukul 3.30 petang.. cuaca petang ini begitu terik ditambah pula dengan angin yang seperti malu untuk berhembusan seperti biasa.. keadaan nya begitu kering sekali sehinggakan bibir ku yang tidak lah munggil seperti bibir Angelina Jolie ini merekah dengan sungguh ekstrim seperti baru dilanda gempa bumi..

Masih ada 30 minit lagi sebelum waktu rehat yang tidak official tiba.. untuk makluman anda semua, waktu rehat yang telah diputuskan oleh lembaga- lembaga pengarah kat tempat praktikal aku ni adalah pada pukul 4.15 petang.. kebiasaanya, otai- otai kat tempat praktikal aku ni akan rehat 45 minit lebih awal daripada waktu rehat yang telah ditetapkan.. hehe.. aku sebagai junior di situ turut kadang kala mempraktikkan amalan yang kurang sihat ini.. hehe.. alah, aku praktikal bukan ada orang bayar gaji pon.. so, buat slumber je la kan..



Aku tak tau kenapa tekak aku kehausan seperti ada orang sedang melakukan proses mengeringkan air di kerongkong dan anak tekak ku ini.. mungkin disebabkan cuaca panas yang agak mengganas di petang hari kat tempat praktikal aku ni kot.. hukum alam la katakan.. pagi tadi cuaca nya agak syahdu di tempat praktikal aku ni dengan hujan renyai- renyai turun membasahi bumi Subang ni.. jadi bak kata orang tua- tua, apabila pagi dah hujan, kebiasaanya petang akan panas terik.. itulah hukum alam yang dinyatakan tadi..

Tepat jam 4 petang.. aku menggagahkan kaki yang masih kelihatan bekas luka akibat eksiden ini bergegas ke kantin yang tidak jauh dari tempat aku menghabiskan masa dengan duduk bertenggek di atas toolbox berjenama Stahlwille ( ejaan nya aku kurang pasti ) berwarna hijau.. aku benar- benar kehausan !!!

Aku potong semua orang yang sedang beratur dalam kantin tu dan duduk di barisan hadapan.. tiada seorang pon di situ yang memarahi aku.. hehe.. mesti korang semua kehairanan dan kebingungan kerana kenapa tiada seorang pon manusia yang sedang beratur tu memarahi aku.. hehe.. aku tidak dimarah kerana diorang semua duk sibuk memilih makanan yang ada untuk dibeli jadi diorang semua tidak kisah dengan kewujudan makhluk kerdil seperti  aku yang hanya lah datang ke situ untuk membeli air sahaja.. so, lantak la aku nak potong diorang pon.. diorang tak peduli langsung.. hehe

" Kak, Nescafe Ais bungkus satu .. " itulah dialog yang keluar dari mulut ku kepada mak cik yang menjadi cashier kat situ..

" Nescafe Ais bungkus satu.. " jerit mak cik tersebut kepada pekerja nya yang kelihatan sungguh sibuk membuat air..

" Berapa kak ?? ".. tanya aku kepada mak cik cashier yang putih kulit muka nya itu..

" 1.60 sen dik .. " jawab mak cik itu tanpa seukir senyuman di muka..

Aku pon berlalu pergi meninggalkan kantin tersebut dengan wajah riang jelas terpancar di muka ku yang sememang nya tidak fotogenik ni.. hehe.. terasakan seperti baru saja terlepas daripada satu azab yang menyeksakan apabila titisan- titisan sejuk air Nescafe Ais mula membasahi anak tekak ku.. nikmat yang sungguh mengasyikkan.. hehe

Terima kasih Nescafe Ais kerana telah berjaya membebaskan aku dari belenggu penderitaan yang sungguh menyeksakan ini.. tanpamu, ku tidak tahu bagaimanakah keadaan diri ku ini.. huhu.. aku lemah tanpa kamu wahai Nescafe Ais !!

Komen (10)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
feh sedapnye nescafe ais...huhu
hehehe.. teh ais pon sodap gak.. hehe
My recent post TERIMA KASIH NESCAFE AIS
haha ! bahase puitis sungguh.. x pasal2 nescafe ais tu jd femes :)
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
hahaha.. dia femes sebab dia memang sedap.. hahaha
My recent post TERIMA KASIH NESCAFE AIS
cerita nescafe tapi penuh pengertian hahahaha
My recent post ABPBH 2010
1 jawab balas · aktif 729 minggu tadi
biasa la alan.. nak jadi blogger kena kreatif.. baru ada orang nak baca
hambaoiii cerita dia,cm baca novel aku rasa...baguih,keep it up!!

btw,mcm xbese potong barisan..kahkah =p
1 jawab balas · aktif 729 minggu tadi
aku tobat dh leni.. xmo dh men potong2 macam kat sekolah dulu.. hehe
My recent post TIPS NAK BUKA SCREW KORANG NAK BELAJAR TAK
walllaaaa......tu baru intro pekena nescape aiss tu...lom pekena eskrem baskin robbin...lagiii....hehehehe
My recent post JJCM JB - MANDELLA TOMYAM SEAFOOD - KUKUP - PONTIAN
1 jawab balas · aktif 729 minggu tadi
kalau dah kena penangan baskin robin.. melompat- lompat keriangan la jawab nya.. hehe
My recent post TIPS NAK BUKA SCREW KORANG NAK BELAJAR TAK

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails