- - SAYA MAKAN KATAK, SAYA OK !! NYUM3 !! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, April 03, 2011

SAYA MAKAN KATAK, SAYA OK !! NYUM3 !!



Burp !!! bunyi yang keluar dari kerongkong lelaki ku menandakan yang aku ini sudah kenyang.. mengikut sunnah nai, eloklah berhenti kalau dah sendawa.. makan apabila lapar dan berhentilah kamu sebelum kenyang..

Apa yang aku makan sehingga membuat kan perut aku berhenti memainkan ghazal untuk rabiah di dalam nya ??

Aku makan KATAK GULAI.. ye, KATAK GULAI.. tidak ada typo error di situ.. aku memang makan KATAK GULAI tadi..

Kenapa korang membuat mimik muka seperti aku baru memakan najis lembu setelah mengetahui yang aku telah menghidangkan perutku dengan katak gulai ?? aku makan katak, aku ok je..

Kat mana aku makan katak gulai ni ??



Aku makan katak gulai yang sangat lazat ni kat satu tempat yang aku rasa semua orang pernah pergi.. aku makan katak gulai ni kat dalam MIMPI !!!

Ye, dalam MIMPI !!! aku rasa hampir keseluruhan tidur aku malam tadi adalah berkaitan dengan kerakusan aku melahap katak gulai yang pada pandangan mata kasar aku ni sangat lazat sehingga mampu membuatkan aku tidur dengan begitu lena..



Aku tak tahu apa ramuan rahsia yang ada di dalam gulai tersebut.. kalau gulai tu tak mampu menyenangkan lidah aku ni, sudah tentu aku terjaga dari dibuai mimpi tersebut.. tetapi sebaliknya yang berlaku.. aku semakin lena diulit mimpi tersebut sehingga matahari mula memancarkan sinar- sinar kekuatan nya yang terik itu baru aku mula terasa untuk masuk ke alam realiti dan meninggalkan alam fantasi itu.. erm, sungguh dasyat penangan GULAI KATAK itu..

Tapi, untuk makluman korang.. kita sebagai manusia yang beragama Islam kat atas muka bumi ni dilarang untuk melahap katak dengan rakus nya seperti mimpi aku tu sebab katak ni adalah haiwan ammfibia yakni hidup di dua alam iaitu darat dan air.. jadi, janganlah korang cuba- cuba nak rasa macam mana rasa katak ni walaupun ada sestengah orang memberitahu bahawa rasa katak ni lebih kurang macam ayam KFC.. lupakan lah niat korang tu.. tapi kalau korang nak rasa jugak.. korang berhajat lah supaya dikurniakan mimpi makan katak goreng.. hehe

Saya makan katak dan saya ok.. semua tu adalah dalam MIMPI mainan tidur belaka.. kalau realiti, sumpah aku muntah hijau.. hehe
In Accordance With with Thumbnails