Pejam celik- pejam celik dah masuk 20 April yer hari ni.. tinggal beberapa hari sahaja lagi sahaja lagi untuk kita berangkat pergi meninggalkan bula April yang pada aku banyak kenangan suka dan duka.. hehe
Bulan April ni jugak lah menyaksikan blog aku ni, si Cloud 9, sudah mula merangkak perlahan- lahan untuk dikenali ramai.. mungkin blog aku ni tak lah se gah Pendekar Berkuda, tak lah sehebat blog Red Mummy, tak lah banyak contest macam blog Ben Ashaari dan blog aku ni jugak bukanlah satu blog yang boleh buat aku femes macam Hanis Zalikha.. tapi blog inilah tempat aku melakar segala intepretasi aku terhadap dunia luar melalui mata kaca aku sendiri.. aku puas dengan nya..
Hari ni Cloud 9 telah mencapai satu lagi milestone yang baru sepanjang aku berblogging ni.. sewaktu aku cek statistik pengunjung kat Gengblogger tadi.. ada sesuatu yang telah berjaya menaikkan kadar adrenalin dalam badan aku sehingga menggelegak..
Untuk pengetahuan kalian semua, angka pelawat ke 10000 telah dibolosi dengan jayanya oleh Cloud 9 pada bulan ini..
Mungkin bagi sesetengah blogger yang dah famous tu, angka 10K ini hanyalah angka bagi budak sekolah rendah dalam dunia blogging ni.. tapi bagi aku, aku sangat- sangat menghargai angka 10K ni.. 10K inilah bukti yang setiap penulisan aku tu ada pembaca nya walaupun tanpa komen yang ditinggalkan oleh diorang.. itupun dah kira bagus apa..
Biarlah aku memberi angka yang tepat untuk pelawat bulan ini setakat hari ini.. jumlah pelawat Cloud 9 pada bulan ini 10458 ..
So, aku harap angka ini mampu menjadi catalyst bagi aku untuk terus aktif dan berusaha memperbanyakkan lagi entri- entri yang mampu menimbulkan spekulasi dan kontroversi.. kepada blogger- blogger otai.. tunggu aku di puncak.. akan aku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan korang satu hari nanti.. hehe