- - SAYONARA SAHABATKU ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, April 10, 2011

SAYONARA SAHABATKU

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. mungkin itulah yang akan terjadi pada kita semua apabila meninggalkan alam persekolahan.. semua orang pasti akan memilih haluan yang akan dituju selepas dari alam persekolahan yang banyak suka dan duka.. mungkin kerana sudah terlalu bersama sewaktu di sekolah dulu, muncul ikatan kekeluargaan yang sukar dipisahkan.. bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus.. begitu jugalah persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama..

Pada malam tadi, tepat jam 11:30 malam.. salah seorang dari kawan aku telah pergi untuk berjuang mencapai cita- cita nya menimba ilmu di menara gading di negara matahari terbit, Jepun..

Berada dalam kumpulan teknikal Jepun, kawan aku ni telah merpersiapkan diri selama 2 tahun di International Education Center yang terletak di UITM, Shah Alam.. pelbagai azab dan seksa telah dilaluinya sewaktu belajar di sana.. daripada seorang yang mungkin hanya reti beberapa patah je perkataan Jepun kepada seorang yang cakap Jepun macam Genji dalam cerita Crow Zero.. dasyat bukan pencapaian dia..


Aku tengah baca tentatif program


Sewaktu menghantar nya di KLIA semalam, hanya aku dan tiga orang sahabatku sahaja yang berjaya untuk menghadirkan diri menemani nya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan tanah air tercinta untuk satu tempoh yang lama.. 5 tahun dia akan belajar kat sana.. kawan- kawan aku yang lain menghadapi kesulitan yang memang sukar untuk dielakkan sebagai seorang student yang masih lagi belum bergaji.. ada yang tidak punya kenderaan serta ada juga yang tak mampu untuk membayar tiket ERL kerana terlalu mahal pada diri seorang student.. huhu



KLIA semalam memang penuh sesak dengan pelajar- pelajar seperti ahli keluarga masing- masing.. sekali pandang dah macam Hentian Bas Putra je.. hehe.. pelajar- pelajar semuanya segak dengan kot hitam bertali leher serta berseluar hitam dan berkasut kulit.. tak lupa jugak dekat pin 1Malaysia yang memang wajib untuk disematkan di kot tersebut..JPA sponsor beb, wajib adalah 1Malaysia tu.. memang identiti sebagai student Malaysia tu ada.. terang lagi bersuluh gitu..

Aku menemani kawan aku ni dari dia mula- mula check in bagasi dia sampai la dia nak kena kuaratin sebelum menaiki flight.. memang baik gila aku kan.. hehe,, mana korang nak cari kawan macam aku ni yang setia menunggu hingga ke saat terakhir.. untuk pengetahuan korang, kebiasaan nya International Flight ni memang kena kuarantin lama cket.. kawan aku masuk bilik kuarantin tu pukul 9: 30.. so, dua jam yang amat membosankan perlu ditempuhi nya sebelum berangkat ke Jepun menaiki pesawat serba baru generasi terkini MAS, Boeing 737- 800.. takpe lah kan tunggu lama- lama tapi boleh naik pesawat baru.. berbaloi tu.. no penerbangan sahabat aku tu adalah MH88.. MH stands for this is MALAYSIAN HOSPITALITY.. hehe



Kawan aku akan belajar kat Yanago University kot.. tempat tu memang jauh dari Tokyo.. so, memang takde can la membe aku ni nak lepak- lepak dengan gadis Harajuku yang femes kat sana,. hehe.. kalau nak jumpa Maria Ozawa tu tak tau la ada can ke tak.. Maria Ozawa ni la perangsang membe aku ni untuk belajar bersungguh sehingga dapat fly ke Jepun tu.. sungguh hebat penangan Maria Ozawa ni..

siapa la yang amik gambar dengan penuh kebluran ni..


Kumpulan pelajar yang terbang bersama kawan aku semalam sebenarnya dah lewat seminggu dari tarikh start belajar.. kawan aku cakap, U kat sana dah start belajar seminggu.. so, diorang ni dah ketinggalan ilmu yang berharga selama seminggu.. rugi kan.. so, esok diorang akan terus start belajar.. sesiapa yang belum ready mungkin akan terkena culture shock 9.0 scala richter la kot.. dah la 1 bulan lebih x cakap Jepun katanya.. bala- bala.. hehe



Mungkin sekarang ni membe aku sedang mendengar taklimat di kedutaan Malaysia.. so, aku ucapkan selamat berjaya kepada Rosid.. nanti kalau aku ada masa free, akan aku melawat mu di sana dengan menggunakan segala privilege yang ada pada kakitangan MAS.. aku kan bakal kakitangan MAS, so tak  susah la kalau nak pergi melancong kat sana.. hehe

Gambatte Rosid !!! ( aku tak tau betol ke tak ejaan nya )
In Accordance With with Thumbnails