- - STYLO KE MACAM NI ?? ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, April 04, 2011

STYLO KE MACAM NI ??



Entri ni ditulis sewaktu streaming ABPBH kat TV3 online diganggu oleh iklan- iklan tv yang sedang bermain- main tanpa visual dan hanya mengeluarkan bunyi di kaca skrin laptop model acer ni..

Bermodalkan headphone warna putih.. cap jenama tropicana life.. sweater/ jumper berhood.. rambut emo ala- ala pelakon korea atau menurut kawan semeja makan aku rambut ala- ala noh hujan..

Itulah fesyen yang boleh dikatakan menjadi pilihan atau kegilaan budak- budak lelaki yang muka nya matang dan garang gitu.. hehe.. boleh dikatakan hampir setiap malam kelam aku akan dapat meyaksikan fesyen ni di depan mata bulat ku ini.. sudah menjadi sajian utama mata aku melihat fesyen- fesyen sebegini rupa kejadian nya..

Tapi, adakah stylo berpakaian macam tu ??



Aku kalau ingin pergi menjamu selera bagi menceriakan perut aku ni di medan selera di kawasan kediaman mewah ala- ala Beverly Hills ni, aku hanya mengenakan t- shirt round neck dan seluar trek jenama forest berwarna hitam yang dibeli 2 tahun lepas.. sekali sekala je aku akan mengenakan seluar jeans Levi's lusuh hadiah pemberian pak sedara aku.. sekali sekala juga aku akan mengenakan seluar tiga suku yang aku beli sewaktu  ada sale hari raya di Padini pada 2 tahun lepas juga.. hehe.. sungguh tidak bergaya seperti artis terkenal tanah air aku ni kan.. hehe



Perlu ke kita bergaya sakan bagai nak rak walaupun hanya pergi untuk mengisi perut di medan selera atau pon kedai mamak ??

Pada pandangan aku la, x perlu la kita nak berfesyen bagai mahu menghadiri anugerah bintang popular yang sedang berlangsung sekarang ni hanya untuk pergi melahap kat medan selera.. ye- ye, aku tahu siapalah aku untuk melarang korang daripada berpakaian sebegitu rupa kan.. aku hanyalah budak lelaki normal yang kadang- kadang lepak kat medan selera dengan membe- membe aku.. tapi demi mengelakkan mata aku sakit memandang anda- anda semua berpakaian begitu, aku sampaikanla nasihat ini kepada anda..

Aku bukannya nak mengutuk pemakaian korang.. tetapi mata aku melihat korang dengan penuh kejenggelan sewaktu korang mengenakan pakaian yang dimaksudkan di awal-awal entri dulu.. perlu ke korang tayang kat satu medan selera tu yang korang ni ada headphone macam tu kat khalayak ramai dan hanya korang je ada jumper dan sweater macam tu.. sedarlah weh.. nak pakai pakaian macam tu biarlah bertempat sikit.. jangan asyik main bedal semua pakaian je..

Aku nak tegaskan disini yang entri ni dibuat bukan untuk menghina tetapi hanya untuk memberi nasihat supaya siapa- siapa yang berpakaian seperti artis Hollywood tu supaya kembali ke pangkal jalan.. udah- udah ler tu.. masih belum terlambat untuk korang kembali ke pangkal jalan..

P/S : TAHNIAH KEPADA SHAHEIZY SAM MERANGKAP ADIK IPAR KEPADA YB BUNG MOKHTAR YANG BERJAYA MERANGKUL ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR !!!
In Accordance With with Thumbnails