- - YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, April 10, 2011

YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.  






Sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak sudah dalil- dalil yang ada untuk menyatakan bahawa susuk ni haram.. tapi kenapa salah satu akhbar yang dimiliki oleh kerajaan mengeluarkan artikel yang seolah- oleh menceritakan kebaikan susuk.. adakah penulis itu terlalu tinggi agama nya sehingga boleh mengubah dalil- dalil yang ada ?? apakah yang sedang difikirkan oleh penulis tersebut ??



Tadi memang aku ada terbaca artikel tentang susuk yang telah diceritakan dengan berkobar- kobar dalam akhbar tersebut.. artikel tersebut ada menceritakan tentnag pantang larang susuk, cara memakai susuk dan susuk yang sesuai untuk dipakai.. sewaktu membaca artikel tersebut.. aku seolah- olah menjadi bingung.. adakah perkara yang diajar oleh ustaz aku sewaktu aku masih menuntut di alam persekolahan dulu adalah salah ?? adakah susuk itu tidak haram ??






Setahu aku la kan.. ustaz aku beria- ia memberitahu kepada semua pelajar nya dulu bahawa hukum pemakaian susuk ni adalah haram.. korang tahu kenapa susuk tu haram ?? susuk tu sebenarnya mempunyai unsur sihir dan sihir itu boleh membawa kepada unsur syirik yang sangat- sangat dimurkai oleh Allah S.W.T.. 


Jadi kenapa akhbar itu menceritakan kebaikan susuk ??






Artikel tu terletak dalam satu kolum yang diberi nama " Alternatif Untuk Sihat ".. wah2.. aternatif untuk sihat kata nya bila pakai susuk.. aku rasa baik dia tukar nama jadi alternati untuk masuk neraka lagi bagus.. apa ke bodohnya pakai susuk untuk sihat.. tak belajar biologi ke masa kat sekolah dulu si penulis ni.. mungkin dia amik sastera masa menengah atas dulu.. sebab tu tak berapa tahu sangat pasal kesihatan yang sebenar dan yang mana berlandaskan syarak..


Dah la kat dalam artikel tu siap letak gambar lagi cara- cara pemakaian susuk.. seolah- olah si penulis ni sedang menarik minat orang ramai yang naif tentang hal ni bahawa susuk ni boleh dipakai tanpa sebarang rasa ragu- ragu dan was- was.. ada jugak gambar tukang pakai susuk ni.. seolah- olah boleh bangga bila melakukan perkara sebegitu.. dia siap cakap lagi ada susuk yang halal dan haram untuk dipakai.. mungkin sebab aku ni tak belajar ilmu agama tinggi- tinggi.. jadi aku hanya tahu yang susuk itu haram je.. mungkin dia ada jumpa yang pakai susuk ni halal kot dalam Al- Quran..






Aku tak tahu la apa nak jadi sekarang ni... perkara yang haram seolah- olah cuba untuk dihalalkan.. aku tahu yang aku ni tidaklah mempunyai ilmu agama yang tinggi.. aku bukanlah budak sekolah pondok yang hafaz Al- Quran dan aku juga bukanlah seorang pelajar di sekolah agama yang belajar tentang Tasawwur dan Al- Quran dan Sunnah ni.. tapi sekurang- kurang nya aku tahu la jugak apa yang Halal dan Haram..


Aku tak nak la fikiran- fikiran orang ramai kat luar sana diracuni dengan artikel- artikel sampah sebegini.. mengarut semua nya,, so, korang fikir- fikir kan lah sendiri..
 

Komen (15)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
jiran aku pakai susuk..die cakap die cantik, padahal kulit die hitam lain macam..seram bai

ni aku cakap pasal legging..baca lah kalau kau free : Mendidih Bersama : Gadis Legging Bersejadah di Kepala
1 jawab balas · aktif 728 minggu tadi
aik.. pakai sejadah kat kepala.. pelik benor bunyi nya.. hehe
My recent post YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!
btol3 tu..susuk tu mmg haram dalam agama kita...jgn lupe follo lala ea..
1 jawab balas · aktif 728 minggu tadi
buat ape la nak pakai susuk nih. pade aku perempuan tu lagi lawa kalau natural kan?kan??setuju??tak setuju??takpe2
My recent post segmen andai aku superhero
1 jawab balas · aktif 728 minggu tadi
aku setuju sangat dngan ko.. huhu.. tapi kalau pakai mekap diorang akan bertambah cun.. hehe
My recent post YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!
apa maksud ko akhbar dimiliki oleh kerajaan?
My recent post Pelacur Blogger
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
no komen.. hahaha.. cri sndiri la
My recent post YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!
pacik!! isk nak bikin ini entry tapi pacik dah buat dulu .. lalalala .. dia kata kita pakai "susuk ayat" tak ape .. iskk .. ajaran ayah pang sungguh :( surat khabar MM mmg buat sambil lewa! (terkejut jugak pagi-pagi baca citer pasal susuk)
My recent post Jari kelu dan bercuti
hehehe.. o.. dah baca jugak ea pasal " alternatif untuk sihat "..

P/s : sampai hati panggil pacik.. muda lagi ni..
My recent post YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!
SALAM...boleh x nk berkongsi entry nie??
huhu...
My recent post JANGAN BAGI BERAT BLOG
1 jawab balas · aktif 728 minggu tadi
AKHIR ZAMAN TAHULAH TANDA - TANDA KIAMAT BENDA YANG HARAM DIHALALKAN DAN YANG HALAL DIHARAMKAN

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails