" Saya dah buat baik dengan awak semua, tapi awak buat macam ni pulak .. "
Erm,, kenapakah dialog sebegitu diungkapkan ??
Siapa yang mengungkapkannya ??
Hahahah.. meh sini nak citer.. ini adalah kisah thriller gitu..
Lebih kurang pukul 1 tengahari tadi.. rumah tempat aku bercengkerama ni telah diserbu oleh pihak berkuasa tau..
Oppss !! pihak berkuasa ?? haa... pihak berkuasa kat apartment aku ni.. mereka yang menyerbu terdiri daripada pemilik apartment ni dan 2 orang wakil dari tempat aku menghabiskan waktu aku sehari- hari.. tempat menghabiskan waktu sehari- hari ?? kat mana lagi kalau bukan kat kelas.. hehe
Aku baru je lepas mandi masa tu.. memang dah lengkap berpakaian luar dan dalam la masa tu.. so, xde la unsur- unsur seksual yang aku cuba paparkan walaupun hanya berseorangan di dalam bilik.. hehe
Tiba- tiba !!
Sedang aku khusyuk duk main laptop ni.. aku dengar ada suara perempuan kat dalam rumah aku.. em, pelik.. perempuan mana pulak yang datang tengahari buta ni.. x kan salesgirl kot.. desis hati kecilku.. hehe
Aku pon menghulurkan kepala secara perlahan- lahan melalui pintu seperti seekor kura- kura mengeluarkan kepala dari cengkerang nya..
Nah !!! amik kau.. rupa- rupanya wakil kat tempat aku belajar tu yang datang.. dia kata ni adalah spotcheck mengejut.. memang terkejut berok la aku bila tengok muka dia.. mampos la aku kali ni..
Seperti yang telah aku bayangkan sebelum kehadiran nya lagi.. aku memang telah dileteri sekaw- kaw nya oleh dia.. huhu.. pedas giler tu.. aku pon memang dah boleh agak dah yang dia akan bebel pasal perkara ni.. huhu
Dia memang tak puas hati dengan tahap kebersihan rumah aku ni.. dia cakap kurang bersih.. bukan kotor ye tapi kurang bersih rakan- rakan sekalian.. jangan ingat aku ni seorang yang pengotor ye.. hehe.. dia tanya kenapa rumah ni tak kemas.. tapi aku hanya dia seribu bahasa sambil kepala tunduk merenung lantai.. hehe
Ada lagi satu perkara yang memang dia sangat- sangat tak puas hati.. kenapa rumah aku ada electric cooker.. kan hari tu dia dah cakap yang memasak adalah dilarang sama sekali di dalam apartment ni.. aku bagaikan terkesima seketika.. kenapa aku pulak yang kena marah ni ??.. aku tak pernah guna pon dapur tu.. housemate aku yang guna..
Oleh kerana semua housemate aku hilang entah kemana.. aku seorang la yang kena ceramah bina semangat dengan wakil kat tempat aku belajar tu.. insaf jugak bila aku kena leteran sebegitu rupa.. dan akhir sekali, dia sudahi leteran dia dengan ayat yang penuh kekecewaan ni..
" Saya dah buat baik dengan awak, awka buat macam ni pulak " .....