- - RED DEVIL HILANG TARING DI WEMBLEY ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, April 17, 2011

RED DEVIL HILANG TARING DI WEMBLEY



Red Devil hilang taring di Wembley.. itulah ungkapan yang boleh digambarkan untuk persembahan yang hambar daripada Manchester United..

Terlepas sudah genggaman Red Devil dari satu piala apabila kecundang di tangan The Citizen.. gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Yaya Toure pada minit ke 52..

Gol itu nyata menghukum Manchester United yang gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di hadapan pintu gol apabila dua kali percubaan Dimitar Berbatov gagal menerjah gawang Manchester City..

Perlawanan tadi memang tegang di antara kedua- dua pasukan dan telah menyaksikan Paul Scholes dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas Paolo Zabaleta..

Manchester City bakal bertemu pemenang antara Bolton Wanderers ataupun Stoke City yang akan berentap dalam pusingan separuh akhir yang lagi satu..

Jom tengok video gol kemenangan The Citizen..

video
In Accordance With with Thumbnails