- - LAMA LA MENATANG NI !!! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Saturday, April 23, 2011

LAMA LA MENATANG NI !!!



Fuhh.. dekat 37 minit 48 saat tunggu baru siap.. lama nak mampus..

Apa yang lama sangat aku tunggu tu ?? kalau nak tau.. meh sini rapat- rapat, julingkan mata dan bulatkan mata anda sebesar mata orang kampung aku si Heliza Helmi.. hehe

Laptop aku sebenarnya telah diserang oleh askar Rom iaitu bala- bala tentera Trojan semalam.. ni semua gara- gara tindakan aku cuba untuk menerjah masuk laman web yang tak senonoh.. menyesal sungguh aku di atas kerakusan hawa nafsu ku itu..
" menyesal ku akui.. tak terima cinta mu.. - Menyesal ~ Sixth Sense "
Trojan- trojan tu memang buat aku sakit hati dan bengang tahap Ultraman Taro lawan raksasa sepit udang.. rasa macam nak fire je laptop tu.. memang geram gila la dengan trojan tu.. huh !



Mana tak nya kan.. nak online pon tak senang.. asyik- asyik keluar notification dari AVG tentang si Trojan tu.. IDM memang tak leh guna terus disebabkan si Trojan durjana tu.. melampau gila Trojan tu kan..

Setelah tahap kefedupan ( kata dasar dia fed up ) aku tak dapat dibendung lagi.. aku pon selongkar beg laptop aku yang dipenuhi dengan segala jenis habuk dan hama yang ada kat muka bumi ni..

Kenapa aku selongkar beg laptop ?? sebab kat dalam tu ada CD installation windows 7 yang original.. ( wat lolok jer.. tu pon CD tiruan gak yang kawan bapak aku bagi.. kawan bapak aku ni memang dah boleh ramal yang aku akan format laptop sebanyak 5 bulan sekali.. tu yang dia bagi CD tu )

Korang semua tahu kan.. format laptop ni mengambil satu jangkamasa yang cukup lama.. perkara ni telah meragut masa berharga aku untuk online, buat entri dan tengok movie.. yela, masa tengah format mana leh kacau laptop tu.. nanti meletup pulak laptop tu..

Punya lah lama aku tunggu sampai 2 kali aku pergi tandas.. tapi aku rasa kes tandas tu takde kaitan langsung dengan format laptop ni.. pergi tandas 2 kali tu sebab banyak sangat minum air hari ni kot..

Selepas terlelap untuk satu tempoh jangkamasa yang tak aku sendiri aku ketahui.. aku bingkas bangun dan terus mengadap laptop aku.. lalu terpacul la dialog ini dari mulut lelaki yang bersuara jantan ini..
" Dop siap lagi format.. lama la menatang ni.. huh !! "

Naik letih dah aku tunggu sampai boleh tertidur terlentang di hadapan laptop dibuatnya.. ini lah padah nya kalau format laptop di tengah malam- malam buta.. habis rosak semua plan- plan yang bernas dalam kepala otak korang.. semua benda boleh tergendala dek kerana laptop sebijik ni.. nak tidur pon tak boleh..

So, pengajaran yang aku dapat dan nak kongsi dengan korang semua.. jangan lah cuba download apa- apa dari laman- laman web yang tak elok, nanti semua jenis virus yang ada dalam dunia ni akan serang laptop korang.. sayangi lah laptop anda, ingat lah blog tersayang..

Takmo dah bukak laman web biru, kuning dan hijau.. rosak punah jahanam laptop ku yang satu ni nanti.. waa !!
In Accordance With with Thumbnails