- - Tanah Tumpah Darahku ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, December 19, 2010

Tanah Tumpah Darahku

Memang gempak kan tajuk entri macam tu.Penuh dengan semangat patriotik.Hahaha.

Entri ni aku dedikasikan khusus buat team bola sepak Malaysia kerana telah berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2010.

Aku tak nak puji memanjang tapi juz nak kongsi kegembiraan aku sebagai rakyat Malaysia.Kalu nak puji lebih2 kena la tunggu menang piala tu dulu,baru aku puji sampai menggunung.

FYI,negara kita dah 14 tahun tak pernah memasuki final piala ni atau dulu dikenali sebagai Piala Tiger sebab penaja nya adalah minuman Tiger tu ( arak).Dah banyak kali negara kita tumbang di separuh akhir je.

Sekarang aku nak citer plak kronologi negara kita melangkah ke final piala ni.

Malaysia memulakan kempen kali ni dengan langkah kiri apabila di belasah musuh serumpun,Indonesia, 5- 1. Ramai rakyat jelata a.k.a penyokong bola sepak di Malaysia kecewa dengan persembahan negara kita.

Perlawanan kedua Malaysia adalah menentang gergasi bola sepak Asia Tenggara iaitu Thailand.Thailand yang dibimbing oleh Bryan Robson dianggap sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini.Malaysia berjaya menyekat Thailand dengan keputusam seri 0- 0. Keputusan yang cukup melegakan buat Malaysia.

Malaysia menentang Laos dalam perlawanan ketiga.Malaysia begitu menghapkan kemenangan untuk menjamin tiket ke pusingan kedua sambil berharap Thailand seri ataupun tewas dengan Indonesia.Keputusan nampaknya berpihak kepada Malaysia apabila berjaya menewaskan Laos 5- 1 dan Thailand tewas kepada Indonesia 2- 1.

Di peringkat suku akhir,Malaysia bertemu dengan Vietnam yang boleh dikatakan sebagai favourite kerana prestasi mereka yang membanggakan sejak akhir2 ini.

Pada perlawanan pertama di Bukit Jalil,Malaysia mempamerkan corak permainan yang mantap untuk menghukum kelemahan Vietnam dengan kemenangan 2-0. Gol2 telah dijaringkan oleh Safee Sali.

Dan pada perlawanan timbal balik di Hanoi,Malaysia berjaya bertahan dengan sempurna untuk mencatat keputusan seri tanpa jaringan yang telah mampu membawa Malaysia ke perlawanan akhir dalam masa 14 tahun.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 26 dan 29 Disember.


Gambar aksi pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki












In Accordance With with Thumbnails