Aku menangis gembira kerana mendapat tahu yang adik aku berjaya memperoleh straight A dalam peperiksaan PMR.. huhuh..
Aku memang bangga gila dengan adik aku.. adik aku sekolah harian biasa je kat kampung aku.. tak macam aku dulu, sekolah SBP..
Aku jugak bangga dengan usaha mak bapak aku yang selalu marah2 dan pulas telinga adik aku bila dia malas belajar..
Kadang2 aku kesian jugak dengan adik aku sebab parents aku selalu bandingkan aku dengan dia.. boleh kata setiap hari kena belajar.. Ahad sampai Khamis belajar kat sekolah.. Jumaat dan Sabtu kena pergi tuisyen.. memang padat jadual hidup dia.. nak main PS 2 pon x boleh.. kena banned.. wayar PS 2 pon parents aku sembunyikan.. tengok tv pon kena control.. nak bergaul dengan membe2 sekampung pon kena control.. dasat kan parents aku.. tapi sume tu untuk kebaikan adik jugak.. hehe
Aku bangga dengan usaha adik aku.. adik aku bercita- cita nak masuk sekolah yang sama dengan aku.. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.. adik aku nak main ragbi.. sebab tu dia nak masuk sekolah tu.. dia nak jadi macam abang dia.. heheh..
So, hari ni adik aku telah buktikan dekat parents aku yang dia jugak boleh buat.. buktinya adalah 8A dalam tangan dia..
So, aku nak ucapkan jutaan tahniah kepada adik aku MOHD FAKROMI NAIM BIN MOHAMAD ROSLI.. juga tak lupa kepada guru2 yang telah membimbing dia.. terima kasih buat anda semua..
adik aku yang berdiri kat tengah2 tu |