Tuesday, September 20, 2011
MAHKAMAH MALAYSIA SANGAT ADIL
Tun Zaki Azmi yang merupakan bekas ketua hakim negara menegaskan bahawa sistem kehakiman yang terdapat di Malaysia adalah adil dan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia juga banyak mengalami kekalahan dalam kes- kes yang dibicarakan di mahkamah..
Zaki mengakui yang persepsi rakyat Malaysia sememangnya sukar untuk diubah..
"Bagaimanapun, persepsi masyarakat umum bukan perkara yang benar. Saya cadangkan, anda semak semua kes itu. Gali semula, berapa kes yang kerajaan telah tewas. Contoh paling baik ialah kes Felda (Kemahang 3)... Saya beri RM11 juta kepada peneroka.
Zaki turut menyatakan bahawa ramai tahanan yang membuat permohonan habeas corpus telah dilepaskan dan kerajaan tewas dalam kes berkenaan.
“Tengok sahaja berapa ramai yang kita telah lepaskan... Saya katakan dalam ucapan saya – lebih susah untuk
tukar persepsi daripada mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah atau tidak, jika satu keputusan itu pro-kerajaan atau sebaliknya," katanya lagi.
Menurutnya lagi, beliau berpandangan bahawa lebih banyak keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
Katanya lagi, bukan peguam kerajaan yang selalu memohon untuk menangguhkan kes habeas corpus. Sebaliknya, berdasarkan nota rayuan, peguam plaintif yang memohon untuk penangguhan atas alasan untuk membuat rundingan dengan kerajaan.
“Saya tidak ada rekod tapi anda boleh tanya pengganti saya (Tan Sri Arifin Zakaria), siapa yang melengah-lengahkan? Bukan kerajaan (yang melengahkan kes).
Sumber : Malaysiakini.com
Holding Label :
Berita Malaysia
Komen (9)

Aturkan menurut: Tarikh Taraf Aktiviti yang terakhir
Komen sedang dimuatkan...
Kemukakan komen baru
Comments by IntenseDebate
Menjawab balas sebagai Tetamu, atau log masuk:
KembaliBerhubung sebagai (Log keluar)
Tidak dipamerkan secara terbuka
Membuat pos secara sulit
MAHKAMAH MALAYSIA SANGAT ADIL
2011-09-20T15:38:00+08:00
FaKArePa!n
Berita Malaysia|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mejuez · 710 minggu tadi
Fakarepain 83p · 710 minggu tadi
manmala · 710 minggu tadi
My recent post Filem Hantu Bonceng Didakwa Hina Rasulullah SAW
Fakarepain 83p · 710 minggu tadi
Bro ahmad · 710 minggu tadi
My recent post Syiling Peringatan set lengkap
Fakarepain 83p · 710 minggu tadi
lizz · 710 minggu tadi
My recent post Pesanan Korban Secara Online
bob merley · 710 minggu tadi
My recent post Justin Beaver: “Don’t you love him too sweet little girl?”
denaihati · 710 minggu tadi
My recent post Top 10 Outgoing Links