Menurut Tia, kita dapat turunkan ranking Alexa kita ni sekiranya ada orang yang sudi review blog kita pada website Alexa tu..
Aku tak pernah terfikir dan cuba untuk memikirkan pasal Alexa rank pon sebelum ni.. tapi bila aku tengok je statistik Alexa aku tu, terasa macam nak gugur pulak hempedu aku ni.. ranking memang teruk gila.. teruk yang amat..
Aku rasa, ranking Alexa aku dulu jauh lebih baik dari ranking sekarang ni.. aku pon kurang pasti apa sebabnya.. mungkin sebab kekurangan update dari blog aku ni menyebabkan ranking Alexa aku ni jatuh tersembam kot.
Blogger otai, Denaihati, pon ada gak bincangkan bagaimana review blog boleh menurunkan Alexa rank blog anda tu kat blog dia..
Setelah memahami apa yang cuba disampaikan Denaihati dan Tia, aku pon mengambil kata putus untuk meminta siapa- siapa yang ada lah terbaca blog aku ni untuk tolong membuat review tentang blog aku kat Alexa ni..
Korang tulis la apa- apa pon yang korang nak tulis.. aku tak kisah.. nak kutuk pon boleh.. tetapi teguran membina sangat- sangat lah dialukan.. hehe
Anda semua boleh klik gambar kat bawah ni untuk buat review tentang blog Cloud 9 ni dekat website Alexa..
Kalau korang nak aku review blog korang pon boleh jer.. silalah tinggalkan link korang kat ruangan komen tu yer.. korang review aku, aku review korang..win- to- win situation la yer..