- - Kelebihan sebatang pensil stabilo berbanding laptop apple korang tu.. ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, September 04, 2011

Kelebihan sebatang pensil stabilo berbanding laptop apple korang tu..

Heheh.. entri ni memang nak citer pasal pensel, tapi bukan setakat pensel stabilo je la.. semua pensel pon termasuk dalam entri ni..

Bagi yang tak mampu untuk memiliki komputer atau laptop.. usah lah berputus asa untuk terus berkarya.. laptop bukanlah penyebab karya anda gagal.. jika dilihat pada kartunis, laptop bukan lah sesuatu yang penting bagi mereka.. tetapi perkara yang paling mustahak bagi mereka adalah sebatang pensel 2B..

Ni ada cket aku nak citer pasal kelebihan pensel berbanding laptop..


- Kalau korang rasa pensel boleh menaip, pensel memang la klah bab tu sebab pensel tak boleh menaip.. tetapi korang masih boleh menulis menggunakan pensel..


- Hebat macam mana pon korang menggunakan komputer, tetapi bila korang nak mencatat sesuatu daripada komputer, korang still nak guna pensel kan.. betol x??? hehe


- Pensel tak perlu gunakan elektrik tapi komputer korang perlu gunakan kuasa elektrik atau bateri..


- Korang tak perlu berbelanja lebih membayar bil elektrik kerana menggunakan pensel berbanding komputer..


- Pensel mudah untuk dibawa ke mana- mana tapi komputer atau laptop berat kalau korang usung ke hulu, ke hilir..


- Letak pensel bersepah dan di merata- rata tempat pon orang takde niat nak curi.. cuba korang letak laptop korang merata- rata, sekali terlepas pandang je boleh lesap laptop korang tu..


- Pensel korang boleh bawak sambil selit kat telinga tapi laptop perlu dikepit, disandang atau diusung..


- Kalau laptop boleh dan mudah diserang virus, pensel tak akan sesekali diserang virus termasuk virus H1N1.. malahan pensel juga boleh menjadi senjata apabila diserang..
In Accordance With with Thumbnails