- - TANAH PERKUBURAN BERSAING DENGAN PEMBANGUNAN DI SINGAPURA ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, September 06, 2011

TANAH PERKUBURAN BERSAING DENGAN PEMBANGUNAN DI SINGAPURA



Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar akan dibangunkan untuk didirikan apartmen.
Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubur penduduk Cina yang tertua di Singapura.
Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840.
Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan.
"Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura. 
Pengurusan kubur di Singapura.
Di Singapura, pusara lama akan digali dan dipindahkan ke kawasan baru untuk disusun bagi memberi ruang kepada pusara baru. Usaha mengalih tanah perkuburan dilakukan beberapa tahun sekali.

Dari tanah perkuburan Bidadari lebih 30 tahun lalu, ia berpindah ke kawasan Pusara Aman dan kini dipindahkan pula ke Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.



Perpindahan pusara ke tapak baru, mengutamakan konsep ruang yang lebih ekonomikal, memandangkan jasad yang lebih 20 tahun dikebumikan sudah mengecil daripada keadaan asal. Oleh itu susun atur di tempat baru dibuat lebih praktikal.

Perkongsian liang lahad di Singapura.

Daripada satu liang lahad yang memuatkan hanya satu jasad, tapak pemindahan yang baru itu memuatkan peninggalan lapan rangka mayat di dalam satu liang yang tidak sampai 1.5 meter dalamnya.


Tetapi lain halnya pula untuk tapak perkuburan yang tiada waris. Enam belas rangka mayat dikumpul dan disemadikan bersama di dalam satu liang lahad.

Liang lahad dibuat lebih kecil dan mempunyai benteng pembahagi di tengah-tengah lot yang berukuran lebih kurang dua meter panjang dengan 0.5 meter lebar.

Proses mengorek semula liang lama mengambil masa kurang daripada dua jam dan untuk proses pengkebumian semula, masa menanti untuk semua liang-liang yang dijadualkan dibuka pada satu-satu hari, perlu dipenuhi.

Proses pengkebumian semula hanya berlangsung pada waktu tengah hari, selepas solat Zohor.

Pihak berwajib di bawah pengurusan pejabat agama Islam di republik ini bertanggungjawab menguruskan pengkebumian semula ini dan hampir 50 kes pemindahan diuruskan setelah diiklankan melalui akhbar utama tempatan, setiap hari.

Menggali kubur lama, mengutip tulang dan mengkapan rangka mayat ini semula perlu bersaksikan waris yang telah memberikan kebenaran pada hari yang ditetapkan.

Rangka yang dikumpulkan dibawa ke tapak persemadian baru, yang terletak hanya kira-kira 1 kilometer dari perkuburan lama, Pusara Aman, dengan berkonvoikan kenderaan waris dan para pegawai pejabat agama.

Hukum mengguna semula tanah perkuburan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Jan 2004 telah membincangkan Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Adalah harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau dharurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak; dan

Adalah harus menggali semula tanah perkuburan setelah dikenalpasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru
.


In Accordance With with Thumbnails