Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain.
Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh.
Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa.
Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula.
Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor
Doktor : Sama-sama encik.
Apa niat kita masa makan ubat tu?
Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal 'Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.
Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :
Pesakit : Assalamualaikum tuan doktor. Selamat pagi.
Doktor : Selamat pagi makcik.
Pesakit : Tuan doktor, makcik sakit kepala sudah 3 hari. Dah pergi jumpa doktor dekat klinik sebelah itu. Dia bagi ubat tapi tidak hilang jugak sakit kepala makcik ini. Makcik rasa doktor itu tidak rasi la dengan makcik.
Doktor : Ye ke makcik? Rasi macam mana tu?
Pesakit : Ye la. Bulan lepas makcik sakit gigi pergi juga dekat situ. Ubat yang dia bagi tidak elok juga. Makcik rasa bukan ubat yang tidak elok. Tapi doktor itu yang tidak reti bagi ubat agaknya, atau pun doktor itu tidak ada power nak ubat pesakit.
Doktor : Oooo... gitu. Jadi makcik rasa saya ini ada power untuk ubatkan makcik?
Pesakit : Ye la kot.
Doktor : Mana makcik tahu? (sambil mengambil tekanan darah dan meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut)
Pesakit : Ye la. Sebab doktor ini nampak ada gaya doktor. Bak kata orang tu...ade "nokoh" jadi doktor.
Doktor : makcik ni kelakar la.
Pesakit : Apa yang kelakarnya doktor?
Doktor : Makcik.... sebelum keluar rumah nak datang sini tadi makcik ada tak sembahyang hajat?
Pesakit : Tidak ada pula doktor. Kenapa doktor tanya macam itu?
Doktor : Makcik, saya tidak ada apa-apa kuasa nak sembuhkan makcik. Ubat yang saya bagi jugak tiada kuasa nak sembuhkan sakit kepala makcik.
Pesakit : ????? (dengan gaya mulut terlopong)
Doktor : Betul makcik.
Pesakit : Jadi apa guna makcik datang sini. Baik makcik pergi cari doktor lain yang ada power
Doktor : Nanti dulu makcik. Saya tidak habis cakap lagi.
Pesakit : Ok doktor... teruskan...
Doktor : Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari Allah. Saya dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk menyembuhkan penyakit.
Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan insya'allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia. Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar, bertambah lah dosa.
Pesakit : Oooo... macam tu rupanya.
Doktor : Iye makcik. Jadi, makcik betulkanlah niat makcik itu dan betulkanlah juga anggapan makcik itu ya. Lain kali kalau nak datang jumpa mana-mana doktor, makcik sembahyang hajat dulu, ingat akan Allah. Niatkan tujuan makcik nak berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab ubat itu dan dengan izinNya penyakit makcik mudah-mudahan akan sembuh ya. Ingat makcik. Ubat atau pun doktor tak punya apa-apa kuasa untuk sembuhkan penyakit.
Pesakit : Baiklah doktor. Terima kasih banyak kerana mengingatkan makcik. Ini ada ubat tidak doktor?
Doktor : Ada makcik. Jangan risau. Makcik tau tidak baca doa makan ubat?
Pesakit : Makcik biasa baca bismillah je.... tak tau pula ada doa khusus untuk makan ubat.
Doktor : Ada makcik. Ni saya dah tuliskan dalam kertas ni. Nanti masa nak makan ubat tu makcik baca dulu doa ini ya. Kalau makcik tidak boleh baca, mintak tolong sesiapa yang boleh bacakan. Ini doa Bismillah Enam.
Bunyiknya dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim
Kita berusaha, ALLAH yang menyihatkan
Sumber penuh : Iluvislam.com