- - LAKNATLAH SEORANG YANG BERNAMA KAMAL ATATURK.. ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, September 20, 2011

LAKNATLAH SEORANG YANG BERNAMA KAMAL ATATURK..


Salam sume..korang msti pnah dgr name ni kan..kalu korang belajar sejarah KBSM,,kompem korang tau nye kecuali korang tdo mase cikgu tgh mengajr kat depn..kali aku nk cter cket sape dye si gampang ni k..

IDEOLOGI KAMAL ATATURK DI TURKI


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.



Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.


Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.


Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.wallahualam.Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).



Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.



Apabila kita mula alpa serta terlampau mengikut acuan barat dalam kehidupan,kita akan mula lupa akan Yang Maha Esa.Sesungguhnya diri-NYA sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri kita namun kita saja tidak pernah menghargai..Kamal Ataturk menjadi bukti jelas untuk sama-sama kita jadikan pedoman dalam hidup akan balasan dunia yang menimpanya akibat dari terpesong dari agama..wallahualam

Komen (19)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
banyak citer negatif dia ni..nak ikut barat la katakan
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
barat la konon..hampeh btol
haa tudia .. balasan tuhan sapa tahu ..
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
biar jadi pengajaran tuk org lain..
kite berdoa x de lagi pemimpin seteruk ni...
My recent post Pemenang Cabaran Malaysia #Merdeka54
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
sokong bro denaihati..
menanti kemunculan pemimpin Islam...
My recent post Terima Kasih Sayang...
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
nauzubillah min zalik... mintak dijauh kan...
My recent post Alhamdulillah Selesai Semuanya
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
ye..mintak simpang malaikat 44
ada orang stori gua kata islam hadhari tu pon ada nak jadi ala2 cenggini la..yuang stori kat gua ni beukan calang2 orang..menteri kewangan morocco nokss..
My recent post untuk akak misi dan doktor
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
bila ostad kenal menteri kewangan morocco tu.. x pernah tau la plak ostad ade geng hebat cenggitu..
pernah baca buku pasal mamat ni...jasad x diterima bumi...
My recent post Cave Of The Golden Rose Collection Dvdrip Mediafire & Rapidshare
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
o..x pnah bca psal dia ni dalam buku teks sejarah je..hihi
harap turki sekarang beralih kepada lebih islam
My recent post Tip Menabung
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
sekarang islam sekular dah dihapuskan di turki
kalaulah Allah Taala tnjukkan azab dunia kt org2 yg hina Islam kat Msia ni mcm Kamal Attaturk kena tu, mesti rmai yg insap kot.. huhu..
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
sokong ape y bro kata..
turki? Mac aritu baru pergi sana. to be honest, mmg teruk turki ni. mula2 sy bayangkan negara ni mcm ala2 mekah/jeddah. tapi bukan rupanya. mmg byk tempat bersejarah islam. bagus dari segi utk nak tahu zaman2 khalifah Allah ni semua tapi tak bestnye cara hidup mereka ke arah barat. jalan kat istanbul sama macam rasa jalan kat London. cuma bezanya diorang berjubah.itupun sebab adat bukan aurat.

in fact, touris guide yg bawa we all jalan2 tu pun, tak solat. tapi diorang xhalang we al solatlah. huhuhu. mmg terpesong kot orang sana. but if ade rezeki mmg nak pergi lagi cuz turki byk sangat2 masjid/muzium menarik
My recent post Pesanan Korban Secara Online

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails