Hari ni merupakan perlawanan persahabatan kedua pasukan kebangsaan kita Harimau Malaya dengan pasukan- pasukan elit Barclays Premier League.. perlawanan yang akan berlangsung pada jam 5.45 petang waktu Malaysia akan menemukan antara Harimau Malaya dan Liverpool..
Pada perlawanan pertama hari tu, pasukan negara kita telah kecundang di kaki Arsenal sebanyak 4- 0.. walaupun tewas, pasukan negara telah mempamerkan corak permainan yang boleh dianggap optimistik.. banyak perkara yang boleh diulas melalui perlawanan tersebut..
Aku rasa masih belum terlewat untuk aku mengulas tentang apa yang aku dapat lihat pada perlawanan tersebut.. aku bukan nak mengulas tentang corak permainan kedua- kedua pasukan, tetapi aku ingin mengulas tentang mentaliti penyokong pasukan bola sepak negara kita yang masih di takuk lama sama sahaja seperti sewaktu zaman paleolitik dahulu barangkali..
Sedih..
Itulah perkataan yang boleh digambarkan tentang mentaliti penyokong pasukan Malaysia sewaktu menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Arsenal baru- baru ni..
Hanya lautan merah yang dapat disaksikan di stadium keramat negara kita.. kemana hilang nya lautan kuning yang duk digembar- gemburkan sebelum ini?? kemana hilang nya sepanduk semangat "1Malaysia" yang PM kita duk semangat nak semai dalam kalangan rakyat Malaysia ni ??
Walaupun bermain di laman sendiri, pasukan negara kita gagal untuk mendapatkan sokongan padu rakyat Malaysia.. apa dah jadi ni ?? pasukan negara boleh dikatakan telah tewas kepada Arsenal sebelum sepak mula lagi.. Arsenal boleh dianggap bermain dengan 12 pemain manakala pasukan negara hanya bermain dengan 10 pemain sahaja kerana Arsenal mendapat sokongan padu penonton yang hadir ke stadium yang mengenakan jersi merah justeru menghilangkan warna semangat pasukan negara yakni warna kuning..
Korang kena ingat, walaupun korang duk sanjung- sanjung Arsenal ni.. diorang tak bagi apa- apa pon kat korang walaupun diorang menang.. hanya pasukan kebangsaan sahaja yang mampu menghadiahkan kebanggaan buat korang kalau diorang menang.. dah la Arsenal takde menang piala pon nak sokong.. pasukan kebangsaan negara kita yang ada piala AFF Suzuki ni tak nak sokong pulak..
Petang ni bakal menjadi perlawanan pemanas badan terakhir skuad senior negara sebelum menghadapi perlawanan yang lebih getir menentang Singapura nanti.. di harapkan lautan kuning mampu menyaingi lautan merah yang bakal memenuhi stadium pada petang ini..
Jangan biarkan pasukan negara tewas sebelum perlawanan berlangsung.. naikkan semangat pasukan negara dengan mengenakan jersi kebangsaan.. tidak kira lah jersi biru ataupun jersi kuning..
MALAYSIA, TANAH TUMPAH NYA DARAHKU !!!
Gambar sekitar training session bersama Liverpool..
Saturday, July 16, 2011
Komen (13)

Aturkan menurut: Tarikh Taraf Aktiviti yang terakhir
Komen sedang dimuatkan...
Kemukakan komen baru
Comments by IntenseDebate
Menjawab balas sebagai Tetamu, atau log masuk:
KembaliBerhubung sebagai (Log keluar)
Tidak dipamerkan secara terbuka
Membuat pos secara sulit
LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
2011-07-16T10:12:00+08:00
FaKArePa!n
sukan- sport|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kucing Serius · 719 minggu tadi
Macam mana lah Harimau Malaya nak menang kalau orang sendiri tak support negara sendiri? Sumpah buduh. Harimau Malaya perlukan support kot!
Tengok kan setiap kali dorang menang macam mana? Masa bila? Masa ramai gila orang yang support Harimau Malaya masa match.
Fakarepain 83p · 719 minggu tadi
My recent post LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
muhamad sufian · 719 minggu tadi
My recent post Kau Ibarat Bunga Dahlia....
Fakarepain 83p · 719 minggu tadi
My recent post LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
chegu zubir · 719 minggu tadi
Fakarepain 83p · 719 minggu tadi
My recent post LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
udin · 719 minggu tadi
Fakarepain 83p · 719 minggu tadi
My recent post LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
qaseh · 719 minggu tadi
My recent post Alhamdulillah + nisfu syaaban ...
Fakarepain 83p · 719 minggu tadi
My recent post LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
faisal · 719 minggu tadi
My recent post Makkah
Fakarepain 83p · 719 minggu tadi
My recent post LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??
Mell · 716 minggu tadi
fantasyonthego.blogspot.com...Join our official league for the extra kick