- - ASTRO JANGAN MIMPI UNTUK CAJ LEBIH ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Friday, July 01, 2011

ASTRO JANGAN MIMPI UNTUK CAJ LEBIH



Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ia diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

"Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian," katanya.

Menjelaskan maksud 'tindakan sewajarnya', Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.

Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Langkah itu menyebabkan sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
In Accordance With with Thumbnails