- - MAHAL NYA BIL ELEKTRIK PM & TPM KITA !!! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, June 29, 2011

MAHAL NYA BIL ELEKTRIK PM & TPM KITA !!!

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.
Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Komen (6)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
nak buat camne dorang tak biasa hidup susah kan .semua kena mahal . cukai kena bagi tinggi tak apa . asal jangan elaun menteri dipotong . rakyat susah tak apa . lol mmg lol

RAKYAT DIDAHULUKAN ?
My recent post WHAT SAY YOU PEEPSSS ? NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA !
Bagi menghadapi masalah ni..biar kita sama2 berjimat,tak kira Raja,Pemimpin,rakyat dan sekelian kuli-kuli..Bukan subsidi rakyat saja dikaji semula..elaun Raja,menteri,ketua-ketua jabatan,pegawai-pegawai kerajaan pun harus dikaji balik..termasuk segala peruntukan membaikpulih aset-aset kerajaan..Ini baru kerajaan yang memgutamakan Rakyat.Biar kita sama2 susah "hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah"

P/s : Pemimpin yg adil adalah pemimpin yg sanggup berlapar bersama rakyat...........
1 jawab balas · aktif 722 minggu tadi
saranan anda disokong penuh
Assalamualaikum
Ramadhan dah dekat...puasa sebulan sekali dah lah yeee...bukan sepanjang tahun. Baguih betol dok umah rasmi kerajaan ya ;)
My recent post Undur Ke Zaman Batu Semula
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
len kali boleh ajak rakyat duk tumpang rumah dia.. rakyat didahulukan..
My recent post MAHAL NYA BIL ELEKTRIK PM & TPM KITA !!!

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails