Statistik kes murtad di Malaysia |
Mengucap panjang jugak aku bila baca pasal berita ni.. dah makin teruk rakyat Malaysia yang ada tertulis perkataan ISLAM dalam kad pengenalan mereka ni.. makin menjadi- jadi keruntuhan akidah nya ni..
Tadi aku terbaca satu artikel yang merujuk pasal kes murtad kat Malaysia ni yang semakin meningkat.. kalau dibundar mengikut ratus terdekat, dah nak dekat 700 kes.. dahsyat lagi menyeramkan..
Aku malas nak ulas panjang pasal ni..ilmu pengetahuan kurang meluas dekpon.. korang baca lah artikel ni dan ulas sendiri la pasal perkara ni..
sumber : malaysiakini.com
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan bertulis daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang ingin tahu cara kerajaan menangani kes-kes gejala murtad dan perangkaan mereka yang berjaya dalam permohonan mereka.
Mengikut perangkaan yang dibekalkan oleh kementerian sejumlah 135 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.