- - RATU CANTIK DIREJAM SAMPAI MATI.. ERM.. ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, June 01, 2011

RATU CANTIK DIREJAM SAMPAI MATI.. ERM..

Gambar hiasan


Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.


Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Dia ni lah yang direjam


Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.
Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya.

Komen (6)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Kalau Malaysia merejam para penzina .. hishh .. jadi issue pastu?
My recent post Impian seorang HAWA
1 jawab balas · aktif 727 minggu tadi
err~ seramm !
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
jangan masuk ratu cantik.., bahaya.. hehe
kat Malaysia pon patut buat macam ni...tapi orang Islam sendiri yang rasa takut nak pertahankan undang-undang Islam
1 jawab balas · aktif 710 minggu tadi

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails