- - KERETA PALING MAHAL DI DUNIA TAPI TAK DIBENARKAN BERADA DI JALAN RAYA ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, May 12, 2011

KERETA PALING MAHAL DI DUNIA TAPI TAK DIBENARKAN BERADA DI JALAN RAYA



Kereta Lamborghini ini mungkin memegang rekod sebagai kereta yang paling mahal dalam dunia buat masa ini dengan tag harga yang mencecah 1.8 juta Pound Sterling..

Walaupun mempunyai tag harga paling mahal di dunia, kereta ini adalah dilarang sama sekali untuk berada di atas jalan raya..

Kereta ini yang menggunakan konsep Sesto Elemento yang mana keseluruhan kereta ini diperbuat daripada carbon fibre yang menjadikan kereta ini adalah yang paling ringan di dalam kelas nya.. carbon fibre memang diketahui umum sebagai sesuatu yang ringan dan keras dan banyak digunakan dalam industri aviation kerana sifat nya tersebut..



Disebabkan beratnya yang teramatlah ringan, kereta ini mampu untuk memecut dari 0- 62 MPH dalam masa 2.5 saat.. perkara inilah yang menyebabkan kereta ini gagal melepasi piawaian keselamatan jalan raya kerana dikhuatiri kereta ini terlalu ringan untuk berada di atas jalan raya..

Kereta yang dikuasakan dengan enjin 5.2 liter V10 ini mampu mencapai kelajuan maksimum pada 200 MPH..



Hanya 20 unit sahaja kereta ini akan dipasarkan menjelang Oktober ini dan hanya difokuskan untuk penjualan bagi penggunaan di trek perlumbaan sahaja..

Jom join Blogelist Cloud 9
In Accordance With with Thumbnails