Sudah masuk minggu ke 2 rasanya aku tak isi perut Cloud 9 ni bahan yang berguna lagi penuh ilmiah serta pengajaran.. memang Cloud 9 ni pon dah bengang giler kot dengan aku sebab biar kan dia kebuluran dengan entri.. aku memang seorang blogger yang takda tanggungjawab terhadap blog sendiri.. hehe.. kurang ilmu sivik betol ni..
Aku pon tak tau la trafik blog ni ada ke tak sejak 2 minggu aku tak update ni.. entah berapa orang je kot yang jenguk yang memang tak femes ni.. dah la takde pembaca setia, pahtu boleh pulak malas nak update.. eksyen giler kan.. hahah
Tapi, aku tak update blog aku bersebab.. aku bukan nya suka- suka nak melepaskan tanggungjawab aku terhadap Cloud 9.. aku bukanlah seorang blogger yang mengamalkan sikap " habis madu, sepah dibuang.. ".. memang ada perkara yang menghalang aku dari update blog ni..
Korang nak tau apa sebab Cloud 9 ni tak berupdate dan bersawang.. inilah jawapan dia..
Apa pulak kaitan nya dengan 3 gambar kat atas dengan blog aku ni ?? haa.. ini lah jawapan kepada persoalan kat atas.. meh aku cerita secara detail dan dengan penuh perincian..
Minggu pertama aku tak update adalah sebab aku duk khusyuk sangat layan si Kang Hae Na dan Seo Dong Chan ni.. memang aku lupa terus yang aku ni ada blog bila layan 2 orang ni.. siapa pulak 2 orang ni ?? haa.. ni la dua watak utama yang ada kat dalam drama My Fair Lady.. memang syok layan drama ni sampai buatkan korang boleh lupa yang korang ni ada blog.. hehe
Pada pertengahan minggu pertama dan kedua.. aku beralih angin ke drama mat salleh pulak.. kalau sebelum ni memang duk asyik layan drama korea je.. tak main r drama mat salleh ni.. hehe.. tapi, disebabkan stok drama korea aku dah habis dan malas nak download, aku pon tengok la Nikita pulak.. salah satu sebab utama aku tengok drama ni sebab Maggie Q ada berlakon dalam tu.. hehe.. memang mata keranjang aku ni.. tapi bukan pasal Maggie Q je, aku tengok sebab orang cakap citer ni best.. so, aku pon nak rasa jugak ke- best- an dia tu..
Dan masuk minggu kedua pulak, selepas je aku habis tengok season 1 Nikita, aku pon beralih la pulak ke drama aksi komedi kegemaran aku zaman sekolah dan muda remaja belasan tahun dulu, Chuck.. aku memang minat giler tengok citer ni dulu.. tapi disebabkan aku ni sekolah kat SBP.. tak dapat la nak tengok citer ni selalu.. kalau dapat tengok pon time cuti panjang je.. untuk mengimbas kembali kenangan lama, aku pon start la tengok citer ni dari season 1.. atas usaha gigih aku, aku berjaya masuk ke season 2 dalam masa 2 hari.. hehe..
Aku harap, bagi siapa- siapa yang selalu jenguk blog entah apa- apa ni.. boleh lah datang lagi singgah blog ni.. kalau ada kelapangan masa dan sedikit idea, aku komfem update blog punya.. ingat senang ke nak update blog ni.. hehe.. banyak pengorbanan diperlukan.. tak gitu blogger- blogger otai.. hehe