Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.
Semoga Umat Islam lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil. Ketahuilah, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram." (H.Riw Bukhari dan Muslim).
myFirdaus · 728 minggu tadi
My recent post Cuti Sekolah vs Musim Mengawan
Fakarepain · 728 minggu tadi
My recent post MINUMAN BARBICAN TU HARAM LA ERM
aina · 728 minggu tadi
My recent post Student nursing gewdiks2 lah
Fakarepain · 728 minggu tadi
My recent post MINUMAN BARBICAN TU HARAM LA ERM
@Wydaz · 728 minggu tadi
Fakarepain · 728 minggu tadi
My recent post MINUMAN BARBICAN TU HARAM LA ERM
auni je · 728 minggu tadi
My recent post Impian seorang HAWA
Fakarepain · 728 minggu tadi
My recent post MINUMAN BARBICAN TU HARAM LA ERM
Shuqaiq · 710 minggu tadi
Saya cuma nak kongsi pandangan..
Saya skrg berada di Saudi Arabia..Saya da bekerja disini hampir 5 tahun..
Kalau semua nak tau,di sini barbican dijual di merata2 tempat..Kedai kecik besar,pasaraya,hotel dll..
Jadi ingin saya beritahu,barbican bknla produk yg memabuk kan..Kalau la produk nie mengandungi alkohol yg sampai memabukkan,kerajaan Saudi sama skali xkan membenarkan minuman nie dipasarkan di negara nie..Kerajaan Saudi lagi mengambil berat ttg halal haram..
Pada pendapat saya,majlis agama dan mufti mengeluarkan fatwa haram adalah disebabkan air tu masih didalam "was was" (kerana ingin dikaji terlebih dahulu)..Was was itu adalah syaitan..Jadi bila berada di dalam was was,kita dilarang meneruskan perkara tersebut..
Dan kalau kita nak cerita ttg "buih buih", mcm mana plak dgn minuman berkarbonat yg lain..? Terutama nye "root beer" dr A&W..Bkn kah ianya berbuih2 jg..??
Barbican hampir sama dgn MALTA kalo xsilap saya.. Saya xpernah minum Malta jadi saya xberapa tahu mcm mana rs air tersebut..
Di Saudi nie,ada mcm2 air seperti Barbican..Ianya cuma sparkling water..
Maaf kalo ada salah info..Sekian
bfb · 710 minggu tadi