Inilah fenomena yang dinamakan kenaikan harga berantai..
Setelah harga minyak RON 97 dinaikkan pada baru- baru ini.. kerajaan sekali lagi menyatakan rasa sayang nya kepada rakyat Malaysia dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.. ini merupakan fenomena tradisi bagi sebuah negara berdaulat bernama Malaysia..
Kerajaan berkata bahawa mereka dapat berjimat sebanyak RM 116.6 juta.. dan apabila perkara ini telah dinyatakan oleh kerajaan, kita pasti nya akan mendengar perbandingan seperti ini..
" Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat, "Selain itu, satu lagi perkara yang memang suka dibangkitkan oleh pihak kerajaan sekiranya berlaku kenaikan harga barang..
" walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina, "Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG)..
Kenaikan harga gula juga bakal membuatkan peniaga- peniaga restoran, food court dan kedai mamak akan dengan rakusnya menaikkan harga minuman sebanyak 20 sen atau 10 sen untuk satu gelas.. memang inilah fenomena kenaikan harga berantai.. satu saja barang yang naik harga, barang lain pasti akan menyusul kemudian..
Aku tak faham dengan kerajaan ni.. diorang nak suruh rakyat undi diorang.. tapi diorang ni asyik nak menyusahkan rakyat je.. kalau rakyat tak undi cakap rakyat ni tak reti nak berterima kasih la, apa la.. tapi kalau dah asyik duk khianat rakyat, siapa yang tak geram kan..
Aku tak kisah pon harga gula naik 20 sen, tapi aku pasti akan kisah jika harga minuman di kedai naik 20 sen !!!
Apa- apa pon, jom join Blogelist Cloud 9