- - July 2011 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, July 31, 2011

ALEESYA FARHANA DITANAM SEBAGAI LELAKI


Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.
Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.
Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.
“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.
SUMBER : KOSMO

KILAFAIRY DENGAN BIBIR SUPER MUNGGIL DI POSTER MANGGA

Siapa lagi kat Malaysia ni tak pernah dengar pasal nama Kilafairy ni ?? kalau ada lagi yang tak tahu langsung tentang kewujudan seorang manusia bernama Kilafairy ni, aku sarankan korang supaya pergi cari balik surat khabar lama, dan telaah la surat khabar tu sampai korang dapat jawapan siapa tu Kilafairy.. hehe..

Kilafairy merupakan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik sekarang ni.. pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Production.. ternyata yang si Kilafairy ni tidak hanya menempah populariti ibunya semata- mata untuk naik kat dalam industri hiburan tanah air kita ni..

Berbekalkan bibir yang super munggil dan memang tiada tolok banding nya dalam industri hiburan tanah air ni, nama Kilafairy ni telah pantas meniti di bibir- bibir sang pria kat Malaysia ni.. bukan senang nak melihat artis Malaysia berbibir serupa artis Hollywood.. hehe

Berikut adalah gambar terbaru Kilafairy di poster pin- up Mangga.. gambar tersebut dilihat cuba untuk mengeksploitasi bibir Kilafairy yang munggil itu..

Friday, July 29, 2011

ANWAR HADI PUNYA PENANGAN !!

anwar hadi
 Anwar Hadi kembali lagi... setelah kemenangan besaq kat Digi Woww Award hari tu, Anwar Hadi telah bergabung tenaga dengan seorang lagi vlogger yang boleh dikatakan kefemesannya juga tidak kurang hebat nya iaitu saudara Aiman Azlan.. kefemesan dia ni boleh dikatakan mampu membuatkan dia ni berjalan sambil dongak langit.. heheh.. gurau je..

Aiman Azlan
Sempena Ramadhan yang bakal  menjelma tak lama lagi Anwar Hadi dan Aiman Azlan telah menghasilkan satu video bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al- Mubarak ini..

Video ni boleh dikatakan menarik.. terdapat unsur- unsur humour dan pengajaran berguna yang diselitkan dalam video ni..

( GAMBAR ) MIERA LIYANA YANG PUTIH MELEPAK PAHA NYA

Dulu kita semua dah dikejutkan dengan aksi daring dia ni duk tayang dia punya aset kat khalayak ramai.. umur pon baru setahun jagung dan boleh dikatakan masih merangkak lagi dalam dunia seni tanah air ni..



Gambar terbaru yang duk tersebar dalam internet sekarang ni ada menunjukkan gambar dia dengan balak dia.. kalau dulu kita dihidangkan dengan dia punya side boob, sekarang ni dia mau tayang dia punya flawless leg plak..

Bagi kaum lelaki yang memang suka tengok paha licin dan putih melepak, tengok ni sepintas lalu dah la yer.. nak dekat pose dah ni..

Thursday, July 28, 2011

KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA PUSINGAN KEDUA ZON ASIA

Malaysia gagal untuk berjaya layak ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia selepas hanya sekadar mampu seri 1- 1 dengan Singapura.. Singapura berjaya menewaskan Malaysia dengan agregat 6-4.. nasib tidak menyebelahi Malaysia untuk kelayakan piala dunia kali ini.. mungkin kita mampu untuk bangkit pada pusingan kelayakan piala dunia 2018 nanti..

Berikut adalah keputusan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan kedua zon asia yang lain :

( VIDEO ) PENYOKONG BERANG TIKET HABIS TERLALU AWAL

 
Hari ini dalam sejarah !! kesemua 85000 tiket untuk perlawanan malam ni sold out beb.. walaupun kesemua tiket telah sold out, masih terdapat sejumlah besar peminat setia bola sepak tempatan yang kecewa amat kerana gagal untuk mendapatkan tiket tersebut walaupun telah menunggu di kaunter sejak awal pagi lagi..

Jom kita dengar apa reaksi penonton tersebut..

Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1 < KAPAL TERAKHIR UNTUK PRAKTIKAL > >

Tuesday, July 26, 2011

SPESIFIKASI PROTON SAGA FLX

Spesifikasi Proton Saga FLX telah diceritakan oleh pihak Proton dalam flyer terbaru nya sempena pelancaran kereta ini semalam.. kereta yang dengan sesaran enjin sebesar 1.3 cc ni memang menarik dan dipenuhi dengan ciri- ciri yang sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan..

Jom kita saksikan spesifikasi kereta tersebut..


( GAMBAR ) PROTON SAGA FLX CVT YANG TERHEBAT !!!

Gambar Proton Saga FLX CVT yang terhebat untuk santapan rohani anda.. mungkin apabila korang menatap indah gambar ni, korang ada terdetik niat di hati nak memiliki sebuah Proton Saga FLX CVT ni.. jom layan gambar- gambar yang mantopppp ni !!!!!!

Monday, July 25, 2011

PROTON SAGA FLX DILANCAR HARI NI


 Proton Saga FLX dilancar hari ini dengan harga serendah RM 45K.. ini adalah satu berita yang boleh dikatakan menggembirakan bagi peminat setia kereta Proton khusus nya model Saga.. sebelum ini, model Saga telah dikeluarkan dalam dua edisi iaitu Saga BLM dan Saga FL..

Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.

Sunday, July 24, 2011

PENYANYI AMY WINEHOUSE DITEMUI MATI DI RUMAHNYA



Penyanyi Amy Winehouse telah ditemui mati di rumah nya di Utara London oleh pasukan kecemasan pada jam 3.54 petang semalam..

Penyanyi yang berusia 27 tahun yang begitu popular dengan lagunya yang bertajuk Rehab dikatakan telah meninggal dunia akibat pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan..


Sebuah akhbar UK melaporkan yang ada ternampak penyanyi tersebut membeli cocaine, heroine, ecstasy dan ketamine pada malam Jumaat jam 10.30 malam sehari sebelum kematian penyanyi tersebut.. penyanyi tersebut dilihat berurusan dengan seorang pengedar di Camden..

Pemenang anugerah Grammy ini memang popular dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol..

Untuk berita lanjut, klik SINI

Gambar- gambar terakhir sebelum kematiannya..

Saturday, July 23, 2011

PROTON SAGA FLX



Proton Saga FLX, versi terkini Saga FL ini telah disahkan dilengkapi transmisi CVT 6-kelajuan, selain turut dilengkapi ciri keselamatan penting seperti sistem ABS dan EBD, tetapi tanpa BA. Semua itu dengan harga di bawah RM50k, rasanya model ini memang best! Soft launch Saga FLX telah ditetapkan pada 25 Julai 2011 (Isnin), manakala pelancaran rasmi akan diadakan pada Ogos depan.

Buat masa ini menurut sumber, hanya model 1.3 liter sahaja bakal dilengkapi transmisi CVT, mungkin versi 1.6 liter akan menyusul kemudian. Namun walaupun dilengkapi CVT, tiada paddle shifter untuk Saga FLX, jika ada Proton memang bermurah hati. Apa pun, maklumat lebih lanjut dan tepat akan menyusul selepas ini, nantikan.

Jom layan dulu gambar- gambar Proton Saga FLX ini..

MAKLUMAT TIKET PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA MALAYSIA VS SINGAPURA



Tiket-tiket bagi menyaksikan Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakkan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura  akan dijual secara online mulai 20 Julai 2011.

Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara online boleh berbuat demikian melalui laman web berikut: www.tickethotline.com.my.

Maklumat-maklumat lain berhubung penjualan tiket perlawanan berkenaan adalah seperti berikut:
Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil:
  1. 26 dan 27 Julai      – 9 pagi hingga 7 malam.
  2. 28 Julai                 -  9 pagi hingga waktu rehat perlawanan

Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:
  1. Penyokong Singapura:
          a.    Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.
  1. Penyokong Malaysia
          a.    Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah
          b.    Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.

Harga tiket adalah RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Selain itu, tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain seperti berikut:


26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
  1. Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
  2. Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
SUMBER : Laman Web Rasmi FAM

WAJAH SUPER LUCU ATLET TERJUN PAPAN ANJAL

Korang mungkin kagum dengan persembahan diorang semua ni di pusat- pusat akuatik terkemuka dunia.. gaya terjunan yang cantik dan landing dalam air dengan sedikit percikan air memang mampu mebuat anda terpukau..

Tapi..

Korang tau tak apa penderitaan yang diorang perlu alami untuk menghasilkan terjunan yang sempurna ?? lihat gambar- gambar yang ada kat bawah ni dan selami penderitaan diorang.. heheh

Friday, July 22, 2011

MAS CABIN CREW WALK- IN INTERVIEW



Click for bigger picture
 World’s Best Cabin Staff
If you love travelling and dream of experiencing the world, join us as a Flight Steward or
Stewardess. We offer an attractive salary package with allowances, medical and other fringe
benefits.
Requirements:
  • Malaysian citizen aged between 18 to 30 years as of interview date.
  • Minimum SPM or its equivalent as recognised by the Malaysian Government with
    credit in English and pass in any other 5 subjects including Bahasa Malaysia OR
    higher academic qualification recognized by the Malaysian Government with proficiency in
    Bahasa Malaysia and English.
  • Fluency in another language is an added advantage.
  • Minimum height (weight in proportion): 165cm (male) / 157cm (female).
  • Excellent health and good eyesight. Not colour blind.
  • Pleasant personality and a genuine passion in customer service.
If you meet the above requirements, please attend our CABIN CREW WALK-IN INTERVIEWS
to be held as follows:
STATION
VENUE
DATE
CATEGORY
Sarawak
PULLMAN KUCHING
No. 1A, Jalan Mathies
Kuching, Sarawak
09 July 2011 (Saturday)
Steward & Stewardess
Kota Kinabalu
PACIFIC SUTERA
No.1 Sutera Harbour Boulevard
Sutera Harbour
Kota Kinabalu, Sabah
13 July 2011 (Wednesday)
Steward & Stewardess
Kuala Lumpur
MALAYSIA AIRLINES ACADEMY
No. 2 Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor 
23 July 2011 (Saturday)
Steward
Penang
HOTEL ROYAL PENANG
No. 3 Jalan Larut, Penang
27 July 2011
(Wednesday)
Steward & Stewardess
Kuala Lumpur
MALAYSIA AIRLINES ACADEMY
No. 2 Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor 
30 July 2011 (Saturday)
Stewardess

Registration time: 8.30 am to 12.00 noon
Please bring along your letter of application, resume, original and certified true copies of
academic certificates, IC and a recent passport-sized photograph (non-returnable) and completed Malaysia Airlines Job Application Form.  Candidates are advised to dress appropriately (office attire) for the interview (t-shirt, slippers and jeans are not allowed). Female candidates are encouraged to wear kebaya.
Successful candidates will be required to sign a training bond. Employment will be based on a
five-year contract. Candidates are advised to be prepared for a possibly long waiting
period due to an anticipated high number of attendees.

FOR MORE INFO, CLICK HERE

Wednesday, July 20, 2011

CHEVROLET CRUZE CHELSEA FC EDITION

Sempena dengan siri jelajah Asia, Naza World dengan diketuai oleh CEO nya, Dato' Wira SM Faisal yang merupakan salah seorang daripada orang- orang yang bertanggungjawab membawa Chelsea ke Malaysia telah bersetuju untuk mengadakan sesi lelongan sebuah model Chevrolet Cruze Chelsea Edition..

Kereta yang ditandatangani oleh kesemua pemain Chelsea itu akan mula dilelong pada harga RM125 ribu ringgit.. hasil jualan daripada kereta ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih..

So, kalau ada sape- sape yang nak buat amal.. boleh lah beli kereta ni.. hehe










PENGGUNA INTERNET DI CHINA LEBIH RAMAI BERBANDING USA DAN RUSSIA



Pengguna internet di China telah meningkat sebanyak 485 juta pada akhir Jun tahun ini.. peningkatan sebanyak 6.1 peratus berbanding tahun lepas..  walaupun dengan peningkatan pengguna internet sebanyak 27.7 pada 6 bulan pertama tahun ini, ia adalah lebih sedikit berbanding dengan tempoh waktu yang sama pada tahun lepas dengan jumlah sebanyak 36 juta pengguna..

USA dan Russia tidak mampu untuk menyaingi China dalam hal ini kerana walaupun digabungkan populasi kedua- dua negara, ia masih tidak mampu mencabar jumlah pengguna internet di China..

Tuesday, July 19, 2011

DATO' SERI IDRIS JALA PEMINAT FANATIK CHELSEA ??

Siapa yang tak kenal dengan Dato' Seri Idris Jala  ?? ( lepas ni aku guna DSIJ ).. seorang yang cukup berpengaruh dalam bidang perniagaan di negara kita ni.. kalau ada siapa- siapa lagi yang tak kenal dengan DSIJ ni, korang ni memang tak pernah baca surat khabar dan tengok tv gamok nya.. memang berat nanang..

Sedikit info ringkas  tentang DSIJ ni, beliau dulu adalah bekas Managing Director untuk syarikat penerbangan nasional negara kita iaitu MAS.. beliau ni memang expert amat dalam bidang perniagaan ni sehingga mampu merevolusikan kembali MAS ke jalan yang benar iaitu jalan yang meraih keuntungan.. sekarang ni beliau telah berjaya menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.. bukan calan- calang orang DSIJ ni..

Tapi..

( GAMBAR ) PENDARATAN CHELSEA FC DI MALAYSIA

Pasukan Chelsea telah tiba di bumi Malaysia pada jam 1 petang semalam dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines Berhad.. menggunakan pesawat Boeing 747- 400, penerbangan tersebut mengambil masa selama 13 jam daripada London menuju ke KLIA..

Malaysia adalah destinasi persinggahan pertama Chelsea dalam siri jelajah Asia nya.. jom layan dulu beberapa keping gambar sewaktu Chelsea tiba di KLIA dan hotel penginapan..

Monday, July 18, 2011

ROTI ATAU NASI ??



Roti atau nasi.. kedua- dua nya memang tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat di negara kita ni.. kebanyakan orang ramai lebih memilih nasi berbanding roti dalam menu harian mereka..

Nasi dikatakan lebih memberi tenaga berbanding roti.. itulah fikiran majoriti keseluruhan rakyat di negara kita.. walaupun begitu, tidak kurang juga yang menyangkal dakwaan ini dengan mengatakan bahawa roti lebih memberi tenaga berbanding nasi..

Walau apapun fikiran anda terhadap kedua- dua jenis makanan ini, masing- masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri..

Ramai orang mengatakan yang nasi tidak patut di ambil sebagai makanan lewat malam.. ada pula yang mengatakan yang mereka perlu jugak makan nasi sebelum tido, kalau tak, tak boleh nak tidur nanti.. ada juga  golongan yang lebih memilih untuk makan roti berbanding nasi kerana mahu menjaga bentuk badan..

Jadi, sebagai persoalan nya sebelum anda tidur.. apakah yang anda pilih.. roti atau nasi sebagai makanan makan malam anda.. boleh tinggalkan jawapan anda kat ruangan komen yer..

Sunday, July 17, 2011

REAL MADRID PRE- SEASON : REAL MADRID 4- LA GALAXY 1

Ini merupakan perlawanan pra musim Real Madrid dalam siri jelajah ke USA.. Real Madrid yang dibintangi oleh pemain- pemain terkemuka dunia telah gagal disaingi oleh LA Galaxy.. Galaxy yang dibintangi bekas pemain sensasi England dan Real Madrid gagal menyaingi permainan Real yang begitu asyik menyerang..



Gol- gol telah dijaringkan oleh Jose Callejon pada minit ke- 30, Joselu pada minit ke- 39, Cristiano Ronaldo pada minit ke- 52, dan Karim Benzema pada minit ke- 57..

Saksikan highlight perlawanan tersebut di bawah..

STOKIN BUSUK BOLEH MELAWAN MALARIA ??

Pelik bin ajaib bin menganeh kan.. itulah perkataan yang terpacul dari mulut aku sewaktu aku terbaca tentang artikel ni media underground.. hehe.. ini adalah satu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh logik akal kita ni sebagai seorang yang tidak berpendidikan tinggi..

Jom baca apa yang aku nak kongsi dengan korang ni..

CHELSEA PRE- SEASON : PORTSMOUTH 0- CHELSEA 1



Perlawanan baru sahaja tamat sebentar tadi dan keputusan penuh perlawanan adalah Portsmouth 0- Chelsea 1.. gol perlawanan di jaringkan melalui gol sendiri bekas pertahanan Chelsea iaitu Tal Ben Haim.. kemenangan ini memberikan jurulatih Chelsea iaitu Andre Villas Boas kemenangan kedua dalam tugasan nya mengemudi Chelsea..

Saksikan highlight perlawanan di bawah..

Saturday, July 16, 2011

KALAU NAK BEG ENGKAU SELAMAT, BAK SINI RM 10 !!

Kos sara hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur memang tinggi dan boleh dikatakan setinggi menara pencakar langit KLCC..

Cuba bayangkan jikalau korang perlu mengeluarkan RM 10 bagi menyimpan beg anda di KL Sentral.. itu adalah harga minimum yang ditawarkan kepada anda jika anda mahu menyimpan beg ataupun barangan anda ke dalam loker- loker yang disediakan di situ..



Memang mencekik darah betol.. kalau x nak bayar kan, tak tahu pulak kat mana nak simpan barang.. fikir punya fikir, akhirnya aku mengalah jua dengan perkhidmatan menyimpan beg tersebut..

Kat bawah ni ada sedikit dialog antara aku dengan macha penjaga kunci loker..

LAUTAN KUNING ATAU LAUTAN MERAH ??

Hari ni merupakan perlawanan persahabatan kedua pasukan kebangsaan kita Harimau Malaya dengan pasukan- pasukan elit Barclays Premier League.. perlawanan yang akan berlangsung pada jam 5.45 petang waktu Malaysia akan menemukan antara Harimau Malaya dan Liverpool..

Pada perlawanan pertama hari tu, pasukan negara kita telah kecundang di kaki Arsenal sebanyak 4- 0.. walaupun tewas, pasukan negara telah mempamerkan corak permainan yang boleh dianggap optimistik.. banyak perkara yang boleh diulas melalui perlawanan tersebut..

Aku rasa masih belum terlewat untuk aku mengulas tentang apa yang aku dapat lihat pada perlawanan tersebut.. aku bukan nak mengulas tentang corak permainan kedua- kedua pasukan, tetapi aku ingin mengulas tentang mentaliti penyokong pasukan bola sepak negara kita yang masih di takuk lama sama sahaja seperti sewaktu zaman paleolitik dahulu barangkali..

Friday, July 15, 2011

SIAPA KATA KUMBANG TAK LAJU



Semua orang pasti kenal dengan sejenis serangga yang diberi nama KUMBANG kan.. kumbang ni memang tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat di atas dunia ni kan.. oleh sebab kefemesan nya tidak ada tolok banding nya, kumbang seringkali dikomersialkan dalam apa jua acara dan bidang perniagaan.. jenama kumbang memang tidak sudah harus diperkenalkan lagi kerana memang cukup popular dengan kemunculan jenama- jenama seperti Lady Bird dan Volkswagen Beetle..

ADA PERKARA YANG CUN TENTANG BERSIH 2.0 YANG KORANG PERLU TAHU



Dah nak dekat seminggu perhimpunan kebangkitan rakyat yang boleh dianggap antara yang terbesar pernah aku lihat sejak aku menjengah ke muka bumi tuhan ni.. perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH 2.0 telah mendatangkan pelbagai kesan positif dan tidak kurang juga kesan negatif nya.. perkara itu terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai samada perkara itu positif ataupun negatif..

Bagi aku, terdapat juga perkara yang tersangat lah cun yang boleh dikesan melalui perhimpunan ini.. mungkin ramai yang tidak perasan akan perkarani.. aku pun baru je diperasankan ( kalau cikgu BM aku nampak perkataan ni, mampus aku ) tentang perkara ni pada petang tadi..

Apa perkara yang aku katakan cun tu ??

Kalau diambil daripada kaca mata seorang lelaki yang suka melihat perhiasan dunia.. perkara ni boleh lah dikategorikan sebagai satu perkara yang teramatlah cun yang muncul sewaktu perhimpunan BERSIH diadakan baru- baru ni.. korang boleh nilai sendiri tahap kecunnan perkara ni dengan melihat sendiri apa yang aku nak paparkan ni..

Perkara ni memang tak ada kaitan langsung dengan mana- mana parti politik ataupun sebarang pertubuhan NGO yang ada kat atas muka bumi Malaysia ni.. jom tengok apa yang aku katakan cun ni kat bawah perenggan ni..

Thursday, July 14, 2011

LUKA MODRIC SUDAH HILANG SABAR



Desas- desus mengenai perpindahan Luka Modric ke Chelsea semakin mendapat nafas baru.. terbaru, Luka Modric dikatakan telah membuat keputusan yang cukup besar apabila telah membuat permohonan secara bertulis untuk berhijrah ke Chelsea..

Modric dikatakan sudah hilang sabar dengan pengerusi Tottenham Hotspur iaitu Daniel Levy yang dikatakan enggan berbincang tentang sebarang bentuk perpindahan nya ke Chelsea..

Chelsea telah menawarkan sebanyak 27 juta pound untuk mendapatkan khidmat Modric dan bersedia menawarkan gaji sebanyak 150 ribu pound seminggu iaitu peningkatan hampir empat kali ganda daripada gaji semasa Modric di Tottenham..

HIGHLIGHT MALAYSIA VS ARSENAL

MALAYSIA 0- ARSENAL 4



Walaupun Malaysia kalah, aku tetap bangga dengan semua pemain sebab dapat jugak beri tentangan pada pasukan Arsenal ni..

Buat penyokong fanatik pasukan Arsenal, sedar la diri sikit yang korang tu lahir kat Malaysia bukan nya kat North London.. so, x payah lah nak sokong Arsenal sampai sanggup boo team kebangsaan.. ade otak fikir la oi..

Monday, July 11, 2011

PERCAYA PADAKU

Berikan cinta mu, juga sayang mu, percaya padaku ...



Mediafire link : 


Sunday, July 10, 2011

KRONOLOGI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

Ini adalah sedikit sebanyak kronologi tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlangsung hari ni.. 

4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.
4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

Friday, July 08, 2011

JALAN YANG AKAN DITUTUP UNTUK MENGHADAPI BERSIH 2.0

Semua sudah sedia maklum yang bahawa pada tanggal 9 Julai 2011, akan diadakan satu perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH 2.0..



Oleh kerana kerajaan melihat perkara ini sebagai satu ancaman kepada negara, pihak berwajib telah diarahkan untuk memperketat kawalan di setiap lokasi yang boleh dikatakan panas..

Di bawah adalah senarai jalan- jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur yang bakal ditutup bagi mengelakkan daripada situasi yang tidak diingini berlaku..


- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara 

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan berdekatan.

Jalan- jalan ini akan mula ditutup bermula jam 12.01 tengah malam ini..

Sunday, July 03, 2011

MEMANG TERSENTAP KALBU INI

Hei.. memang panas betul dibuat nya.. memang tersentap la kemarahan yang memang sentiasa terpendam dalam jiwa sanubari aku ni..

Apa yang buat aku tersentap sangat ni ??

Meh sini nak cerita..

Sekarang ni kan tengah hangat kat seluruh negara di mana Autobot dan Megatron tengah mengganas di seluruh pawagam di setiap ceruk pelusuk negara.. so, kat pawagam sekarang ni memang berbondong- bondong rakyat jelata menyerbu untuk membeli tiket wayang citer tu.. kalau beratur, komfem sampai 50 meter punya..



Semalam aku ada la jugak niat nak tengok citer Transformer ni.. so, dalam pukul 10 cam tu aku dah mula menjejakkan kaki kat salah satu pusat beli belah terkemuka kat ibu kota ni.. ala, tiket punya pasal bangun awal pon takpe kan.. so, dalam kepala otak aku ni, aku duk fikir cam ni la, kalau pergi awal mesti orang tak ramai lagi kan.. betol tak.. korang pon mesti fikir camtu gak kan..

Tapi,

STADIUM BARU UNTUK KELANTAN JIKA PAS TUMBANG : PM MALAYSIA



Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Friday, July 01, 2011

ASTRO JANGAN MIMPI UNTUK CAJ LEBIH



Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.
In Accordance With with Thumbnails