- - Sebalang mayonis dan 2 cawan kopi... ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, July 22, 2010

Sebalang mayonis dan 2 cawan kopi...


Hallo sume..entri kali ni bukan nak citer pasal makanan tau..kali ni ade la nak share cket cter yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam hidup ni..kom pakat layan cter ni..1..2..3..go!!!!

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”


Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut. “Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda… Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”


“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”
“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil danbola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda
menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya
lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,
yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu
perkara yang benar-benar penting.
Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…” Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari
seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan
2 cawan kopi ini… “

In Accordance With with Thumbnails