- - FA Community Shield 2010 : Chelsea 1- Man U 3 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, August 09, 2010

FA Community Shield 2010 : Chelsea 1- Man U 3

Salam sume...Apa khabar??? sihat ke ante2 sekalian??
Ok,,kali ni aku nak start tulis pasal football la plak..ye la..season baru kan dh nak start..heheh

Semalam telah berlangsung perlawanan yang diberi name dalam bahasa melayu nye Perisai Keamanan or dalam BI nye Community Shield..perlawanan ni adalah pembuka tirai bagi BPL..bese nye dorang akan maen game ni seminggu sebelum season sebenar bermula,,pasukan yang dipilih untuk men game ni adalah juara BPL n juara Piala FA..memandangkan sume gelaran tu Chelsea bolot tahun lepas,,dorang akan pilih naib juara BPL untuk menjadi lawan Chelsea..

Perlawanan ni telah berlangsung pada jam 1400 GMT atau 10.00 malam waktu Malaysia..perlawanan ni telah diadakan di Wembley..ye la kan,,Wembley kan stadium nasional dorang,,so mesti la men kat sane..hehe..Wembley telah dipenuhi dengan lautan penyokong The Blues n Red Devil yang berjumlah 84,623 orang..ramai tu beb..

salam lu sebelum men
Perlawanan semalam kelihatan hambar dengan kedua2 pasukan masih lagi mencari rentak keran kebanyakn pemain masih lagi keletihan selepas mengharungi World Cup baru2 ni..pemain2 England turut kelihatan lembik walaupun dorang awal2 lagi dh out world cup..Wayne Rooney kelihatan begitu malas untuk bermain..keh3

Sewaktu ramai yang menyangka bahawa perlawanan akan memasuki rehat dengan berkesudahan 0-0,,muncul Antonio Valencia untuk merubah kedudukan jaringan,,hasil hantaran jauh dari tengah padang yang sampai ke kaki Rooney,,Rooney berjaya memperdayakan John Terry dengan melakukan first-time cross di celah kaki Terry..Valencia yang berjaye membaca niat Rooney tu,,dengan mudah menolak bola melepasi jangkauan Henrique Hilario yang memang x berape bernasib baik mlam tu..hehe..gol tersebut dijaringkan pada minit ke-41..



Valencia menjaringkan gol pertama

Rooney telah ditukarkan dengan Javier Hernandez a.k.a Chicarito untuk memulakan babak ke-2..ramai yang masih meragui keupayaan budak cute ni..Hernandez telah membuktikan bahawa dia bukanlah seorang budak cute yang boleh dibelai dan dimanja2 kan..heheh..dia telah set-up satu bola menarik untuk Berbatov menjaringkan gol,,tapi kamu semua tahu lah apa hasil nya apabila seorang Berbatov mengejar bola itu,,dia pasti akan terjatuh..itu sudah menjadi rutin harian nye..keh3..Oleh kerana bengang dengan Berbatov, Chicarito telah bertekad untuk menjaringkan gol,,hasilnya pada minit ke-76,,dia telah berjaya menjaringkan gol yang cukup menarik..huhu..hanya memerlukan dua sentuhan untuk melakukan gol sebegitu,,hanya engkau yang mampu Chicarito..hehe..

Walaupun muka pedih,,gol mesti diraikan..

Chelsea yang tersentak dengan gol tersebut telah mula masuk ke gear 4 untuk mecari gol bagi merapatkan jurang gol..hasil usaha yang walaupun x berape gigih,,Chelsea berjaya jugak menjaringkan gol pada minit ke-83 melalui usaha Daniel Sturridge n Salomon Kalou a.k.a Cheplos..kih33..Selepas berjaya menjaringkan gol tersebut,,gear 5 telah dimasukkan dalam usaha untuk mencari gol penyamaan..

Gol saguhati

United telah memperlahankan tempo permainan kepada tempo yang bersesuaian dengan Berbatov pada minit2 akhir perlawanan..hasilnya Abang Berba berjaya jugak menjaringkan gol melaui lob cantik yang berjaya mengelirukan Hilario..haha..syabas Abang Berba..Gol tu pada minit ke-90+2..

Abang Berba score

Rooney yang diboo fan England    

Naik johan pon jadila

18 kali menag..rekod..hehe
In Accordance With with Thumbnails