 |
| Sony Xperia Z Ultra terbaru |
Bakal dijual dengan harga
RM2299,
Sony Xperia Z Ultra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia sudah semestinya menjadi buruan para
penggemar phablet di Malaysia.
Meneruskan legasi yang sebelumnya,
Sony Xperia Z Ultra yang hadir bersama
skrin sebesar 6.4 inci dan dikuasakan dengan HD sepenuhnya disertakan juga dengan teknologi terbaru daripada Sony iaitu
TRILUMINOS™ Display with X-Reality for mobile sudah pasti akan membuatkan kaki- kaki gadget tak senang duduk.
Sony Xperia Z Ultra adalah sebuah telefon pintar yang akan membuatkan anda keluar dari kotak imaginasi anda yang sedia ada.
Dengan
342 pixel untuk setiap inci gambar, gambar anda sudah pastinya meletop apabila dilihat di skrin
Xperia Z Ultra ini. Gambar yang dipaparkan akan kelihatan lebih tajam dan lebih cerah.
 |
| Perbezaan dua jenis paparan |
Hanya
setebal 6.5 mm dan seberat
213 gram, ia adalah
telefon bedefinisi tinggi penuh paling nipis di dunia setakat ini.
Ia turut menyertakan
kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan
bateri berkapasiti 3050mAh.