- - PASUKAN PENGAMAN SOMALIA DALANG PEMBUNUHAN WARTAWAN MALAYSIA ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, September 06, 2011

PASUKAN PENGAMAN SOMALIA DALANG PEMBUNUHAN WARTAWAN MALAYSIA



Kesatuan Afrika menyatakan pasukan pengaman Somalia mungkin terlibat dalam kejadian tembakan seorang jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di sini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin, pihaknya menyiasat laporan awal yang menyatakan salah satu konvoi pasukan pengaman itu mungkin terlibat dalam kejadian tembakan ke atas kakitangan media tersebut.
Noramfaizul meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas cedera akibat ditembak.
Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia dan penduduk Mogadishu menuduh pasukan pengaman melepaskan tembakan terhadap beberapa sasaran orang awam di sini. 


Sedikit fakta tentang Kesatuan Afrika :
Kesatuan Afrika (AU) merupakan sebuah pertubuhan menggabungkan 53 negara benua Afrika. AU diasakan pada tahun 2001 untuk menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU). 
Pertubuhan ini berhasrat mengimplementasikan sistem satu mata wang, serta institusi-institusi kesatuan termasuk satu Ketua AU. Kesatuan Afrika berperanan menjamin demokrasihak asasi manusia dan ekonomi yang mapan dengan menamatkan konflik-konflik kemanusiaan di dalam benua Afrika.
Ia dianggotai oleh kesemua negara di benua Afrika kecuali Maghribi.

In Accordance With with Thumbnails