- - PERUBAHAN IMEJ FIDA IBRAHIM DAN SITI NORDIANA ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, September 22, 2011

PERUBAHAN IMEJ FIDA IBRAHIM DAN SITI NORDIANA


Drama Kasih Alia dah habis semalam.. sempat jugak la aku layan episod akhir drama tu.. hehe

Hari ni aku nak cakap sedikit tentang isu perubahan imej pelakon drama Kasih Alia iaitu Fida Ibrahim dan penyanyi Siti Nordiana..

Sala seorang daripada mereka telah berubah daripada baik kepada kurang baik dan begitu jugak sebaliknya iaitu perubahan daripada kurang baik kepada lebih baik..

Semalam aku dah buat entri tentang Fida Ibrahim dan fesyen ala Darth Vader nya.. hari ni aku nak buat entri tentang perubahan yang berlaku ke atas Fida Ibrahim plak..

Aku pon tak tahu lah virus apa yang dah serang Fida Ibrahim ni.. dulu elok je bertudung litup.. tapi sekarang ni ada pulak dah tersebar gambar dia tak bertudung..

Persoalan yang bermain di minda aku sekarang ni adalah adakah dia hanya mengenakan tudung di hadapan lensa kamera sahaja ?? takkan kalau dia tak berlakon atau pon ada sesi fotografi dia dah tak ingat cara nak pakai tudung kot..

Berbeza pulak dengan penyanyi yang diberi nama Siti Nordiana ni.. kalau dulu kita mengenali dia sebagai seorang penyanyi " normal " kat Malaysia ni kerana tidak mengenakan tudung yakni tidak menutup aurat..

Syukur ke hadrat Illahi kerana dia telah berubah.. dia telah mula menutup aurat dengan mengenakan tudung dan berpakaian sopan.. semoga perubahan ini kekal lah yer..

Diharapkan lebih ramai personaliti televisyen mahupun radio mula mengikuti jejak langkah Siti Nordiana ni.. jangan ikut jejak langkah Fida Ibrahim lak, nanti makin ramai pulak yang pakai tudung ala- ala Darth Vader.. hehe




In Accordance With with Thumbnails