- - ORANG KAYA MANA PAKAI NI ?? ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, September 28, 2011

ORANG KAYA MANA PAKAI NI ??


Ini adalah berita terbaru, terkini dan terhangat yang baru saya peroleh dari laman ni ..

Perkara ini amatlah menduka citakan hati, perasaan, jiwa dan raga saya sebagai orang yang kurang wang yang hidup hanya dengan makan gaji di atas muka bumi yang diperintah oleh Barisan Nasional ni.. tapi negeri yang saya tinggal sekarang ni milik PKR.. hehe

Tadi saya baru mendapat / terbaca berita bahawa 3 bijik Lamborghini Aventador telah tiba di Malaysia.. menurut sumber yang memang boleh dipercayai dan tiada keraguan atasnya, sebijik kereta Lamborghini Aventador tersebut berharga RM 2.8 juta..

Hal ini lah merunsingkan kepala otak berserta benak minda aku sekarang ni..

Orang kaya mana yang pakai ni ???

Korang tau ke sape yang beli kereta ni ??
Menurut Top Gear Malaysia, mereka sendiri tidak mempunyai maklumat siapakah yang bakal menjadi pemilik salah sebuah Aventador tersebut. 
Menurut laporan akhbar New Sunday Times bertarikh 24 Julai 2011, Lamborghini Aventador yang dijual oleh pengedar rasmi di Malaysia berharga RM2.8 juta dan didatangkan bersama jaminan tiga tahun, yang mana setakat ini sudah mendapat tempahan 15 unit. Senarai menunggu dikatakan sehingga tempoh 18 bulan sekurang-kurangnya.
In Accordance With with Thumbnails