Tadi masa aku duk usha facebook yang penuh dengan macam- macam jenis iklan tu.. adalah aku terjumpa satu post yang berkaitan dengan perlawanan BPL malam Ahad lalu antara Liverpool VS Manchester United tu..*lepas ni aku tulis MU je..
Post berkenaan ada mengaitkan segala jenis insiden yang berlaku sewaktu perlawanan tersebut dengan tragedi Hillsborough yang berlaku 16 tahun lalu iaitu pada tahun 1996..
Bagi siapa- siapa yang tak tahu apa benda kah tragedi Hillsborough tu, korang boleh la pergi geli- geli dengan encik Google dan tanya dia apa itu peristiwa Hillsborough tu.. kalau dia tak faham bahasa melayu, tanya ikut omputih.. komfem boleh jawab punya..
Ni dia isi post facebook tu..
In yesterday's game (Liverpool vs Man Utd) -
- Shelvey was sent off at 38:58 (38+58=96)
- Gerrard scored at 45:51 (45+51=96)
- Rafael scored at 51:45 (51+45=96)
- RVP scored at 80:16 (80+16=96)
- And full time was 96th minute as well !!
THAT'S NOT A SIMPLE COINCIDENCE !
THAT'S A MESSAGE FROM THEM :')
Justice For The 96 ♥
Tapi lepas baca dalam 4 kali ulang, aku terfikir jap.. Roh pon boleh tengok bola jugak ke?? siap boleh atur game lagi..
Aku pon berfikir kejap.. mungkin ada benar jugak kot, mungkin ada perkara ghaib yang kita tak nampak kat Anfield malam tu guna mata kasar kita.. mungkin ada je roh yang bagi moral support untuk team Liverpool kot malam tu..*aku dah makin mengarut ni..
Kalau nak tau perkara ni betol ke x, kita kena tanya geng- geng yang suka Ngangkung sebab mereka selalu mintak nombor ekor dari benda ghaib ni..
So, kita boleh tanya apa pandangan diorang dengan perlawanan yang seolah- olah telah disusun atur oleh "mangsa tragedi Hillsborough" ni..