Friday, April 29, 2011

HONDA WAVE DASH 110 KELUARAN TERBARU BOON SIEW HONDA

Honda Wave Dash 110 adalah keluaran terbaru Boon Siew Honda untuk bersaing dengan Hong Leong Yamaha Malaysia nampak gayanya..

Memang tak nak kalah si BSH dengang HLYM ni.. hehe.. tapi takpe.. sekurang- kurang nya dengan produk terbaru keluaran BSH ni dapat merancakkan lagi dunia permotoran tanah air..

Model terbaru yang dilancarkan baru- baru ni oleh BSH nampak pada sekali lalu saling tak tumpah macam model 135LC yang baru ni.. dari pandangan tepi hampir 85 peratus seakan- akan sama.. hal ini telah menimbulkan persoalan kepada umum.. adakah BSH telah kekeringan idea untuk menghasilkan rekaan- rekaan yang menarik sehinggakan terpaksa mencedok idea Yamaha ??

Dari sudut hadapan pula, kelihatan lampu motosikal model terbaru seakan- akan lampu motosikal Honda Icon keluaran BSH sendiri.. tapi kalau dua kali pandang, lampu tersebut memang nampak kesamaan nya dengan lampu depan 135LC model terdahulu.. nampak gayanya, jurutera- jurutera BSH mungkin sudah dipotong gaji sehinggakan terpaksa menggunakan design model lain untuk model terbaru..

Apa- apa pon, jom layan motosikal terbaru BSH ni yang agak cun jugak la.. warna dia memang menarik..

Thursday, April 28, 2011

TENGOK BOLA DENGAN ARTIS, TERASA AKU PON MACAM ARTIS.. HEHE

Mood : masih lagi berkabung atas kekalahan Real Madrid ke atas Barcelona.. sob3.. T_T



Semalam aku dan seorang rakan bernama Bilal Bin Rabah iaitu seorang kipas susah mati Real Madrid telah pergi mengorbankan waktu tidur untuk menonton perlawanan separuh akhir UEFA Champions League antara Real Madrid dan Barcelona..

Aku telah korbankan waktu tidur dengan harapan dapat menyaksikan Barcelona kecundang sekali lagi di tangan Real Madrid.. tapi apakan daya, kegeniusan Messi telah meranapkan segala- galanya.. harapan tinggal harapan.. sob3..

Tapi kat sini aku bukan lah nak cerita pasal kehebatan si Messi tu.. tapi aku nak cerita pasal artis Malaysia yang duk lepak bersama dengan aku kat kedai mamak untuk tengok bola semalam.. bukan seorang je artis yang ada semalam, tapi LIMA @ 5 orang artis yang duk bersengkang mata tengok bola semalam..

Korang nak tau siapa artis- artis yang duk tengok bola bersama aku semalam ?? jom layan cerita ni sampai habis..

( VIDEO GEMPAR ) AIRBUS A380 AIR FRANCE REMPUH PESAWAT KECIL DI JFK AIRPORT

Airbus A380


Mungkinkah ini adalah kecelakaan pesawat pengangkut penumpang terbesar di dunia yang dicipta oleh syarikat Airbus ini ??

Airbus A380 merupakan pesawat penumpang yang terbesar pernah dicipta dalam sejarah industri penerbangan dunia.. dengan lebar sayap yang mencecah 262 kaki, pesawat ini bukanlah satu pesawat yang ideal untuk tempat yang sempit..

Peristiwa yang berlaku semalam di lapangan terbang John F. Kennedy, Amerika Syarikat telah menceritakan segala- galanya.. bagaimana sebuah pesawat jumbo dengan senang hati nya telah merempuh pesawat penumpang bersaiz jauh lebih kecil dari nya..

( GAMBAR ) BANDAR CHERNOBYL SELEPAS 25 TAHUN

Sempena memperingati 25 tahun peristiwa letupan reaktor nuklear di bandar Pribyat, Chernobyl.. aku ingin tunjuk kat korang bagaimana keadaan bandar tinggalan manusia itu selepas 25 tahun..

Jom tengok gambar yang menyayat hati ni.. manusia- manusia terbunuh kerana teknologi manusia itu sendiri

Bangunan tertinggi di Chernobyl

Pemandangan dari atas berlatar belakangkan 4 reaktor nuklear yang meletup


Wednesday, April 27, 2011

WAYANG PUNYA TRAILER : THOR

Ini adalah movie terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam- pawagam seluruh Malaysia..



THOR adalah merupakan satu kisah pengembaraan epik antara Bumi dan Asgard.. Thor adalah seorang panglima yang perkasa tapi juga angkuh.. perbuatan nya yang macam haram tu telah mencetuskan peperangan lagenda.. Thor telah dihukum dan telah dihantar ke bumi untuk hidup bersama manusia.. Sewaktu berada di Bumi, Thor telah sedar dan belajar tentang erti sebenar untuk menjadi seorang pahlawan apabila musuh paling durjana dan lahanat di Asgard telah dihantar untuk menakluk Bumi..

Filem ini menampilkan aktor Australia Chris Hemsworth sebagai tuhan purba Norse, Tom Hiddleston sebagai adiknya yang jahat iaitu Loki, Natalie Portman sebagai Jane Foster iaitu kawan baik Thor semasa di Bumi, dan Anthony Hopkins sebagai ayah kepada Thor dan juga raja Asgard..

Jom layan trailer yang ada kat wayang- wayang yang tayang cerita ni..

Monday, April 25, 2011

MEDIAFIRE PENYANGAK, KEJAM DAN BANGANG..

Ini adalah entri marah semarah- marah dan segeram- geram nya.. huh !!

Aku tak kira.. kali ni memang aku nak hentam mediafire betol- betol.. geram gila sampai nak sawan aku dibuatnya dengan mediafire ni..



Kenapa aku boleh geram camni ?? meh sini nak kisahkan ceritanya kat korang yang sudi baca blog ni..

Korang tau tak dengan heavenofdesires.com ?? kalau ada lagi dan aku percaya ramai lagi yang belum tahu pasal heavenofdesires ni kan.. hari ni aku akan cerita pasal apa heavenofdesires dan pa yang telah berlaku pada heavenofdesires ni serta apa kaitan nya dengan mediafire..

FILEM PENDEK PANIC AT THE DISCO

Ini adalah hasil pencarian dari gedung simpanan video terbesar dunia.. hehe

Aku memang tak sangka akan jumpa dengan satu benda yang menarik ni.. niat aku hanya untuk mencari segala jenis lagu dalam album terbaru Panic At The Disco je.. tapi last- last jumpa benda ni.. hehe.. untung- untung..



Aku tak tau lak si Brendon dan Spencer ni ada bakat untuk jadi pelakon.. aku rasa diorang ni patut hantar resume kat Mamat Khalid supaya ambil diorang ni berlakon dalam filem terbaru Mamat Khalid.. hehe..

Filem pendek ni berkisar pasal kehidupan Brendon dan Spencer setelah dua ahli terdahulu Panic At The Disco menarik diri dari kumpulan tersebut.. aku hanya ingat Ryan Ross je.. yang sorang lagi tu aku tak ingat nama.. hehe..

Dalam filem ni, ada sedikit runut bunyi dari album terbaru diorang iaitu Vices & Virtues.. so, jom aku bawak korang layan video best ni..

CLOUD 9 SUDAH PUNYA FANPAGE TERSENDIRI

Dari alam fantasi kini ia telah menjadi satu realiti yang pasti.. bukan omongan kosong dan bukan jua cakap dusta.. Cloud 9 kini sudah mampu berdiri dan melangkah seperti budak sekolah rendah.. Cloud 9 bukan lagi baby kecil yang hanya pandai merangkak dan meniarap..

Cloud 9 sudah punya fanpage facebook nya yang tersendiri !!



Sudah lama si Fakhurudin Rosli inginkan perkara ini.. namun yang menjadi penghalang nya adalah ketakutan yang ada dalam diri nya sendiri.. seperti sentiasa ada suara- suara halus yang berbisik di sanubari Fakhurudin Rosli supaya melupakan impian untuk memiliki fanpage sendiri di Facebook..
" Kau ingat kau hebat sangat ke ?? "
" Eleh mamat ni, follower ciput pon nak buat fanpage jugak ke ?? "
" Blog entah pape, tapi ada hati nak buat fanpage.. "
Itulah antara suara- suara halus yang sering berbisik di sanubari dan mematahkan segala semangat dan naluri yang ada untuk Fakhurudin Rosli mencipta fanpage facebook nya yang tersendiri..

Mempersetankan semua kata- kata jahanam itu, aku selaku empunya nama Fakhurudin Rosli telah bertekad untuk melakukan nya.. dan hasil nya telah terbukti..

Sunday, April 24, 2011

GENG INI TELAH PANIK DI DISCO



Erm.. macam mana diorang ni ek.. pergi disco pon panik.. ish3.. bek la tak payah pergi lain kali.. kesian plak..

Diorang ni memang dah diketahui umum suka menyerang setiap disko yang ada kat dalam dunia ni.. hampir seluruh disko kat dalam dunia telah diorang terjah kot.. mungkin sebab itulah diorang di panggil panik di disko..

Disko terbaru yang menjadi tempat untuk mereka membuat onar adalah disko vices & virtues.. terdapat banyak jugak la lagu- lagu yang boleh membuatkan setiap yang mendengar nya berasa panik.. memang bahaya la penangan lagu- lagu ni..

( GAMBAR ) NURUL SYUHADA NURUL AIN SEBELUM FAMOUS.. HOT SEYH

Tadi sewaktu kembara di alam Google berlaku.. aku terjumpa la gambar Nurul Syuhada Nurul Ain si pengacara Majalah 3 tu.. betol la dia kan pengacara Majalah 3.. aku ni dah lama tak tengok Majalah 3, so aku tak berani nak confirm dengan penuh keyakinan di dada bidang ku ini.. heheh



Tapi ..

Aku bukan je jumpa gambar masa dia dah femes kat dalam Google tu.. gambar yang aku rasa masa dia belum femes dan masih belajar kat KUSTEM ( sekarang dah tukar jadi UMT ) pon ada.. bahaya betol Google ni.. mungkin nanti bila aku dah femes pon ada jugak kot gambar masa aku belom femes dalam Google tu.. ( monolog dalaman je ni )

Aku tak tau la siapa yang upload gambar dia tu dalam internet ni.. mungkin member- member lama dia kot.. tak tau la apa niat nya samada nak pedajal dia ataupun nak mengimbau kenangan lama..

Ni la gambar yang aku jumpa dalam Google tu.. jom tengok sambil tutup mata atau tak berkelip- kelip.. kalau dah berkelip, tak leh tengok dah.. sekali pandang nikmat, 2 kali pandang dosa tau.. hehe

( TERKINI ) UNDIAN MAHARAJA LAWAK MINGGU 4


Sudah 4 minggu gelanggang Maharaja Lawak berlangusung.. ternyata banyak keputusan yang sudah dijangka dan tidak dijangka berlaku..

Pada minggu ke- 4 baru- baru ni, giliran peserta montel, cute dan mute bernama Alex pulak untuk meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak..

Ternyata peserta " kegemaran " ramai iaitu Amir masih berjaya mengekalkan dirinya di dalam gelanganggang Maharaja Lawak setelah medapat komen positif dari juri.. bertuah sungguh si Amir ni.. hehehe

Berikut adalah undian terkini Maharaja Lawak setakat pukul 12 tengahari tadi..

STATISTIK RINGKAS SEBELUM GOL PERTAMA TORRES UNTUK CHELSEA


Akhirnya Fernando Torres berjaya memecahkan telur itik yang selama ini menghantui nya siang dan malam tanpa henti..

Untuk seorang yang bergelar Fernando Torres, ia adalah satu penantian yang cukup menyeksakan sebelum dapat menghasilkan gol pertama untuk Chelsea..

Dia merasakan seperti ada satu bebanan yang sangat berat yang terpaksa dipikul semenjak perpindahan nya dari Liverpool pada musim perpindahan Januari yang lalu..

Berikut adalah statistik ringkas sebelum Fernando Torres menjaringkan gol pertama dirinya untuk Chelsea..

Saturday, April 23, 2011

LAMA LA MENATANG NI !!!



Fuhh.. dekat 37 minit 48 saat tunggu baru siap.. lama nak mampus..

Apa yang lama sangat aku tunggu tu ?? kalau nak tau.. meh sini rapat- rapat, julingkan mata dan bulatkan mata anda sebesar mata orang kampung aku si Heliza Helmi.. hehe

Laptop aku sebenarnya telah diserang oleh askar Rom iaitu bala- bala tentera Trojan semalam.. ni semua gara- gara tindakan aku cuba untuk menerjah masuk laman web yang tak senonoh.. menyesal sungguh aku di atas kerakusan hawa nafsu ku itu..
" menyesal ku akui.. tak terima cinta mu.. - Menyesal ~ Sixth Sense "
Trojan- trojan tu memang buat aku sakit hati dan bengang tahap Ultraman Taro lawan raksasa sepit udang.. rasa macam nak fire je laptop tu.. memang geram gila la dengan trojan tu.. huh !

Friday, April 22, 2011

2011 YAMAHA EGO S.. HITAM, MERAH DAN PUTIH UNTUK ANDA

Entri ni hanya bertujuan untuk share gambar Yamaha Ego S 2011 dengan anda semua.. kepada mamat- mamat skuter, motosikal patut jadi rebutan untuk kalian semua.. dah la stylo, cute dan mute plak tu.. so, apa tunggu lagi.. trade in sahaja skuter lama anda dengan yang ini, pasti berbaloi- baloi.. hehe

Jom layan gambar skuter ni.. kredit kepada motomalaya.net

AKU MENGHIDAP SINDROM STA.. INI SEMUA UJIAN TUHAN

Kenapa dugaan sebegini yang aku dapat..

Apa yang telah aku lakukan sehingga aku diuji sebegitu rupa.. adakah terlalu banyak dosa- dosa aku sehingga ujian sebegini yhang datang menimpa diriku..

Aku tak tahu aku terkena penyakit apa.. mungkinkah sindrome STA telah melanda diri aku.. mengikut pakar kesihatan dari Ukraine.. golongan manusia yang terkena sindrom STA ni akan bersifat seperti kanak- kanak tadika dan kanak- kanak prasekolah.. sindrome STA ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri..

Thursday, April 21, 2011

CAMNE NAK BUAT STICKY POST EA ??

Sticky, sticky, stickt post..

Dah lame giler benda ni duk melekat dengan penuh sticky nya dalam kepala otak aku ni.. dari dulu lagi aku tengok ramai gila blogger yang buat sticky post ni.. nampak macam best je bila boleh buat sticky post tu.. huhuhu.. mata pon memang duk melekat dengan rapat nya lah kat sticky post tu.. kata sticky post kan.. mesti r nak melekat.. betol tak..

Aku memang surrender awal- awal bab- bab ilmu pengetahuan am tentang dunia blog ni.. aku memang kurang sangat- sangat pengetahuan tentang dunia blog ni.. aku tahu tulis entri, edit dan post je.. promote sikit- sikit tahu la..

Nak buat header pon tak pandai.. hahah.. pernah gak aku try buat.. tapi macam haram jadi nya.. malu lak eh nak nengok balik.. keh3

Aku ingat, kalau aku pandai buat sticky post ni.. aku ada projek besar- besaran macam emel 1Malaysia tu aku nak buat.. tapi selagi aku tak pandai buat stick post, selagi tu la projek ni tak boleh berjalan..

So, ada tak sapa- sapa dalam dunia blogger ni boleh tolong ajar aku cara- cara nak buat sticky post ?? desperate nih

SERGIO RAMOS JATUHKAN PIALA COPA DEL REY DARI BUMBUNG BAS.. ADOYAI !!!

Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, merupakan seorang yang mempunyai tangan capek.. dia telah melakukan sesuatu perkara yang mengejutkan ramai pihak kerana telah terlepas pegangan piala Copa del Rey daripada tangan nya sewaktu perarakan kemenangan pasukan Real Madrid..



Satu rakaman yang jelas menunjukkan piala tersebut jatuh dari bumbung bas dan terus masuk ke bawah bas yang membawa para pemain..

Situasi menjadi cemas seketika dengan kelihatan para pengawal- pengawal serta tidak lupa kepada driver bas telah turun untuk melihat piala tersebut..

Sergio Ramos telah memberitahu telemadrid yang piala itu masih dalam keadaan elok dan tiada apa- apa kerosakan pada piala tersebut..

Cuba korang bayangkan apa yang akan terjadi kepada Sergio Ramos jika piala itu hancur digilis bas tersebut.. menyeramkan.. hehe

Jom tengok video yang Sergio Ramos jatuhkan piala ni..

KEPUTUSAN FINAL COPA DEL REY



Real Madrid 1- 0 Barcelona

Ternyata tuah berpihak kepada Real Madrid kali ni.. gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh the one and only Cristiano Ronaldo pada minit ke 103..

Ini adalah kejuaraan pertama Real setelah beberapa tahun dan lebih manis lagi ia adalah kemenangan pertama Real ke atas pasukan bimbingan Pep Guardiola itu..

P/S : Padan muka Che Zul.. hahaha

Wednesday, April 20, 2011

PELAWAT BLOG BULAN INI SUDAH MELEBIHI 10000.. HAPPY GILAK !!!

Pejam celik- pejam celik dah masuk 20 April yer hari ni.. tinggal beberapa hari sahaja lagi sahaja lagi untuk kita berangkat pergi meninggalkan bula April yang pada aku banyak kenangan suka dan duka.. hehe

Bulan April ni jugak lah menyaksikan blog aku ni, si Cloud 9, sudah mula merangkak perlahan- lahan untuk dikenali ramai.. mungkin blog aku ni tak lah se gah Pendekar Berkuda, tak lah sehebat blog Red Mummy, tak lah banyak contest macam blog Ben Ashaari dan blog aku ni jugak bukanlah satu blog yang boleh buat aku femes macam Hanis Zalikha.. tapi blog inilah tempat aku melakar segala intepretasi aku terhadap dunia luar melalui mata kaca aku sendiri.. aku puas dengan nya..

Tuesday, April 19, 2011

SPESIFIKASI PEREMPUAN MURAHAN KAT MALAYSIA !!



Korang sedar tak yang dalam aktiviti- aktiviti seharian korang terutamanya kaum wanita ada yang akan menunjukkan korang ni seorang perempuan yang boleh jatuh dalam kategori perempuan murahan..

Korang kena baca ciri- ciri ni ni kalau nak tahu korang ni jatuh ke dalam kategori perempuan murahan atau tak..

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

Monday, April 18, 2011

IKLAN TV ADIDAS UNTUK FINAL COPA DEL REY



Perghh.. tinggal dua hari lagi sebelum final Copa Del Rey yang sekali lagi bakal menjadi pertembungan El Classico.. adakah Real Madrid akan mampu untuk menewaskan Barcelona atau sekali lagi Real Madrid akan berputih mata ??

Tadi sedang aku syok duk belek video- video yang aku langgan kat Youtube.. aku terpandang la benda yang sangat menarik kat situ..

Adidas dah buat iklan TV untuk final Copa del Rey ni.. mantap siot iklan dia.. memang sempoi habis.. ni la sebab aku suka tengok bila Adidas ataupun Nike buat iklan TV.. iklan TV diorang memang gempak habis la weh..

Jom layan iklan tu kat bawah ni.. alami debaran nya.. hehe

TAKZIAH UNTUK ARSENAL .. HAK3 !!!



Ini adalah entri sebelum tidur..

Apa dah jadi ni Wenger ?? Liverpool guna defend belasan tahun pon Arsenal tak leh nak makan ke.. dah la Carragher dah tak de tadi.. tu la.. nak main score gol cantik je.. last2 seri jugak hahah..

Gol Arsenal dijaringkan oleh Van Persie pada minit ke 97 kot kalau tak silap aku.. penalti je pon.. Dirk Kuyt pulak score untuk Liverpool pada minit ke 100.. game ni ada tambahan masa selama 8 minit sebab Carragher pengsan atas padang tadi setelah terhantuk kepala dengan seorang lagi defend Liverpool..

So, hasrat Arsenal untuk pintas MU makin kelam dan kabur la nampak gayanya.. satu peluang keemasan yang terhidang di depan mata di sia- siakan begitu sahaja.. hahah..

Jom gelak puas.. hahahahahahahahahahahahahahaha

Sunday, April 17, 2011

KEPUTUSAN UBS CHINESE GRAND PRIX ( F1 )



Lewis Hamilton mencatatkan kemenangan sulung nya musim ini lantas menghalang Sebastian Vettel daripada mencatat kemenangan ketiga berturut- turut pada perlumbaan di UBS Chinese Grand Prix..

Lewis Hamilton yang bermula di petak ketiga telah dibantu oleh pasukan teknikal McLaren untuk mencatatkan kejayaan nya di perlumbaan ini.. strategi 3 hentian pit memang ternyata menjadi kelebihan buat Hamilton yang berjaya menewaskan Vettel yang hanya melakukan 2 hentian pit..

Hamilton terlebih dahulu terpaksa mengatasi rakan sepasukan Jenson Button sebelum mengatasi Vettel pada 4 lap terakhir..

Mark Webber juga berjaya melakukan pemanduan yang sensasi apabila berjaya menduduki kedudukan podium yang terakhir walaupun bermula dari petak ke 18..

Ini adalah keputusan penuh setelah tamat UBS Chinese GP

HASIL PHOTOSHOP PERTAMA CLOUD 9


Haa.. amacam.. ok tak gambar tu.. heheh.. buat sendiri tu.. first time project ni..

Korang jangan ingat Fakhurudin Rosli tak pandai benda- benda camni.. tengok hasil tangan dia, walaupun tak sehebat orang pro.. tapi ni dah kira ok la kan bagi seorang amatur macam aku kan.. heheh

Apa pandangan korang tentang gambar ni ??

( MATCH HIGHLIGHT ) REAL MADRID VS BARCELONA 16/ 4/ 2011


This is the match highlight for Real Madrid Vs Barcelona on 16/ 4/ 2011

This is the first of the fourth El Classico matches that will feature in the next 18 days..

For the first game, Barcelona cannot edge past 10 man Real Madrid when the game finish with both team share a point each.. the game ended with a 1-1 draw.. both goals come from the penalty spot with Lionel Messi convert the penalty for Barcelona while the superb and hardworking Cristiano Ronaldo break the goal drought against the Blaugrana when he convert the spot kick for Real Madrid..

This is the first time for Pep Guardiola's team to draw with Real Madrid..

Let's watch the match highlight for the game..

0- 1

1- 1

RED DEVIL HILANG TARING DI WEMBLEY



Red Devil hilang taring di Wembley.. itulah ungkapan yang boleh digambarkan untuk persembahan yang hambar daripada Manchester United..

Terlepas sudah genggaman Red Devil dari satu piala apabila kecundang di tangan The Citizen.. gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Yaya Toure pada minit ke 52..

Gol itu nyata menghukum Manchester United yang gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di hadapan pintu gol apabila dua kali percubaan Dimitar Berbatov gagal menerjah gawang Manchester City..

Perlawanan tadi memang tegang di antara kedua- dua pasukan dan telah menyaksikan Paul Scholes dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas Paolo Zabaleta..

Manchester City bakal bertemu pemenang antara Bolton Wanderers ataupun Stoke City yang akan berentap dalam pusingan separuh akhir yang lagi satu..

Jom tengok video gol kemenangan The Citizen..

Saturday, April 16, 2011

KEPUTUSAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Sebarang update tentang keputusan pilihanraya negeri Sarawak akan dikemaskini



Barisan Nasional ( BN ) dijangka mampu mengekalkan majoriti 2/3 kerusi di negeri Sarawak.. oh man..it's a big blow for those who want the revolution to happen in Sarawak.. tapi ada satu tamparan hebat buat parti kerajaan kerana ini dikatakan adalah prestasi terburuk kerajaan di Sarawak..

Berikut adalah jangkaan keputusan Pilhanraya Negeri Sarawak yang akan diumukan tidak lama lagi..

BN = 55 kerusi
DAP = 12 kerusi
PKR = 3 kerusi
Bebas = 1 kerusi

Parti SUPP mengalami kekalahan teruk di Kuching apabila kesemua 5 kerusi dimenangi DAP dan PKR.. apa sudah jadi ni..

NI LA LAGU YANG USOP WILCHA NYANYI MASA MAHARAJA LAWAK SEMALAM



Kome... kome.. kome.. kome.. heheh..

Macam tu la Usop Wilcha nyanyi semalam.. sempoi je.. tapi dia nyanyi memang best.. boleh mengalahkan geng2 Mentor kot.. hehe

Sebagai menghargai usaha Usop Wilcha semalam.. meh sini aku nak share dengan korang video yang Usop Wilcha nyanyi semalam dan video asal lagu ni.. tajuk lagu tu adalah Karma Chameleon..

Jom layan 2 video ni..




KEPUTUSAN UNDIAN MAHARAJA LAWAK MINGGU KE- 3



Setelah berlaku 3 penyingkiran pada malam tadi.. tinggal lah mereka ini yang masih lagi meneruskan perjuangan merebut gelaran Maharaja Lawak..

Terima kasih buat WAI, XN3 dan R2 kerana telah menghiburkan kami sepanjang dua minggu anda berada dalam gelanggang Maharaja Lawak ni.. mungkin nasib anda bukan di sini tapi di luar sana..

Berikut adalah keputusan undian minggu ke- 3 Maharaja Lawak..

( VIDEO ) MAHARAJA LAWAK MINGGU KE - 3


Maharaja lawak sudah memasuki minggu ke- 3.. ramai yang menyatakan kekecewaan yang amat akibat Astro telah menggunakan strategi perniagaan yang amat mengguris hati, jiwa dan raga peminat- peminat rancangan lawak tanah air.. mereka yang mahu menonton maharaja lawak di kaca televisi harus terlebih dahulu melanggan pakej Mustika.. sungguh kejam..



Bagi meringankan derita yang melanda para peminat maharaja lawak.. aku akan sajikan korang dengan video- video peserta- peserta yang aku rasa mantap dalam pertandingan maharaja lawak ni.. jom layan maharaja lawak minggu ketiga hanya di Cloud 9.. hehe

Semua video kredit kepada : guatv.com






Friday, April 15, 2011

AWEK NI MAIN GITAR LAGI POWER DARI NAJWA LATIF

Korang semua tentu kenal dengan Najwa Latif kan.. awek yang pandai main gitar dan boleh nyanyi dengan suara yang mendu bak buluh perindu gitu.. hehe.. kalau korang tak kenal jugak.. tengok gambar yang ada kat bawah ni.. tengok betol- betol sampai ingat wajah dia.. nanti kalau korang jumpa dia, senang cket nak tolong sampaikan salam aku kat dia.. hehe



Tapi..

Tadi sedang aku duk sedap baca Oh! Bulan.. aku ada terjumpa entri pasal awek yang terer main gitar.. nama cewek tu, Prisa Adinda Arini Riazi.. cewek Indonesia ni.. dia ni bukan sekadar orang- orang biasa yang memang dah kira hebat kalau boleh main gitar ala- ala Man Kidal tu.. dia ni lagi dahsyat dari tu..



Cuba korang tengok dia mainkan lagu " Drifting- Andy McKee " yang memerlukan skill main gitar yang hebat macam gaban gitu.. memang mantap r skill dia.. bukan senang nak main lagu tu.. aku dah berapa kali try, tapi masih tak boleh- boleh lagi.. dah lemah semangat aku dibuat nya.. mungkin aku kena menuntut ilmu dengan cewek ni dulu kot..

Jom tengok kehebatan si cewek ayu ini bermain gitar..


MAKSUD SETIAP BACAAN DALAM SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Mencapai khusyuk dalam solat adalah salah satu cara untuk mencapai kemanisan iman.. mencapai kemanisan iman adalah salah satu pencapaian yang tiada tolok bandingnya dan hanya syurga sahaja yang layak menjadi ganjaran nya..



Ramai orang yang menunaikan solat.. tapi adakah mereka benar- benar khusyuk dalam solat.. khusyuk dalam solat merupakan perkara yang agak sukar untuk dilakukan tapi boleh juga menjadi perkara yang mudah untuk dilakukan jika tahu tips dan cara yang boleh diamalkan untuk mencapai khusyuk dalam solat..

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai khusyuk dalam solat.. salah satu daripada nya adalah dengan mengetahui setiap maksud bacaan dalam solat..

Thursday, April 14, 2011

ARTIS BARU WAJIB TAYANG " GUNUNG DAN BUKIT "

Bagaikan satu fenomena baru dalam industri hiburan tanah air sekarang ni.. makin ramai artis- artis baru yang muncul untuk mengwarnai industri hiburan tanah air.. ada yang lahir dari program realiti TV, ada yang lahir dari Youtube dan ada jugak yang menggunakan kabel- kabel yang sudah sedia ada dalam industri hiburan untuk turut sama merancakkan lagi industri hiburan tanah air..



Tapi..

Wednesday, April 13, 2011

KALAU SUAMI KAU SETAN, BUAT APA NAK SAYANG LAGI ..

Dia dah pukul kau.. dia dah berurinate atas muka dan badan kau.. kau masih sayang lagi suami berperangai binatang dan cetek akal macam ni..

Tadi aku ada terbaca dalam akhbar yang kebanyakan rakyat Malaysia telah memilih nya sebagai akhbar no. 1 kat Malaysia.. apa lagi kalau buka Harian Metro kan.. aku ada baca cerita tentang seorang suami yang aku rasa dah hilang akal, kurang waras ataupun terkena serangan sawan babi dan mungkin jugak dia mengalami krisis keinginan untuk berkahwin lagi sekali pada tahap yang sangat menjelekkan bagi seorang lelaki yang dah tua dan memerlukan tongkat untuk berjalan..

Tuesday, April 12, 2011

CRISTIANO RONALDO AKAN KE AC MILAN ???

AC MILAN akan melancarkan tawaran rekod dunia untuk Cristiano Ronaldo - jika mereka memenangi gelaran Seria A musim ini.

 

Silvio Berlusconi - pemilik Milan - menegaskan ia akan membuat tawaran untuk superstar Real Madrid, yang berpindah ke Bernabeu dalam perjanjian rekod dunia £ 80million dari Manchester United pada tahun 2009.

Ronaldo yang dalam prestasi memuncak musim ini, menjaringkan 28 gol dalam 28 perlawanan bagi pasukan Jose Mourinho dan merupakan pemain kesayangan di kalangan peminat.

SIAPAKAH PUAN NORLIDA ??

Getaran dan bunyi ringtone telefon ku menambah lagi irama kebisingan yang sedang rancak bersiul- siulan antara satu sama lain.. ku angkat telefon ku dengan tangan yang dipenuhi dengan kekotoran tanpa memikirkan lagi soal kebersihan telefon ku.. inilah yang akan terjadi sekiranya aku menerima sesuatu panggilan dengan tangan yang kotor.. akan ku jawab panggilan itu walaupun tangan kotor.. aku tidak akan menghampakan si pemanggil..



Di dalam kesamaran sewaktu aku menerima panggilan tadi.. kelihatan satu nombor telefon yang cukup asing bagi ku.. sesungguhnya aku tidak kenal akan nombor itu.. " siapa pulak yang call aku ni ?? " desis hati kecil ku..

PURDAH ?? JANGAN HARAP LA BOLEH PAKAI !!!

Purdah ?? siap yang tak kenal dengan purdah ni kan.. ini lah salah satu daripada pakaian kaum Muslimat kat muka bumi ni..



Purdah ni kalau ditengok balik, memang sesuatu pakaian yang memenuhi tuntutan syarak.. purdah bukanlah seperti kebanyak fesyen tudung yang ada sekarang ni yang dah bermacam- macam jenis.. ada fesyen Hana Tajima la, ada tudung Ariani la.. aku sendiri pon tak berapa kenal dengan tudung- tudung ni semua..

Berminat nak pakai purdah ?? Lupakan lah niat korang tu...

Kenapa aku kata begitu ?? jom baca apa apa yang aku nak katakan ni..

Monday, April 11, 2011

KERANA CINTA, NYAWA LELAKI INI DIPISAHKAN OLEH KERETAPI

Sungguh tragis.. itulah penangan sebuah cinta yang tak berbalas.. nyawa yang begitu bernilai sekali di dunia ni pon boleh dibuang dengan begitu sahaja..



Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sanggup membunuh diri setelah cinta yang dia curahkan sepenuh jiwa dan raga nya tidak dibalas oleh sang wanita.. lelaki itu telah sanggup melakukan pelbagai perkara yang tak masuk dek akal.. lelaki ini sanggup mengheret piano berkilo- kilo meter jauhnya dari rumah dia ke rumah si gadis ni semata- mata nak menghiburkan wanita tersebut..

TERIMA KASIH KEPADA RAKAN BLOGGER SEKALIAN !!!

Terima kasih wahai sahabat blogger sekalian..

Itu saja yang mampu aku ucapkan di saat korang semua menghaburkan segala kritikan dan komen- komen yang berguna kepada aku.. aku memang menghargai setiap bait- bait perkataan yang korang conteng di comment form aku.. aku berasa terharu..

Aku sedikit pon tidak mengambil hati dengan setiap komen dari kalian semua.. bahkan aku lebih merasa kegembiraan dari kedukaan.. aku tak tahu yang akan ada orang akan komen dan beri nasihat kepada aku melalui blog aku ni..

Aku sedar yang aku banyak kekurangan.. mungkin tindakan aku yang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu lebih banyak mengundang persepsi negatif dari positif.. aku memang tak sempurna.. mungkin dari sedikit keaalpaan aku sahaja aku telah menaikkan api kemarahan rakan- rakan sekalian..

Aku akan cuba berubah untuk menjadi insan yang akan berfikir tentang sesuatu perkara tersebut sebelum aku melakukannya.. aku tak akan bertindak dengan melulu..

Terima kasih sekali lagi buat rakan blogger sekalian atas nasihat anda semua..


P/S : AKU TELAH BUANG SEMUA GAMBAR PADA ENTRI " AKU TAK TAHAN TENGOK WANITA BERTETEK BESAR " ATAS NASIHAT SEMUA.. TERIMA KASIH.. =)

AKU TAK TAHAN TENGOK WANITA BERTETEK BESAR ...

Aku tau ramai lelaki yang mempunyai dilema yang dialami seperti aku ni.. memang tak dapat dinafikan.. bila nampak je " benda " tu, komfem lelaki ni akan lemah selonglai- longlai nya.. memang dah lumrah alam macam tu..




Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Apa yang tersembul tu korang faham- faham sendiri la..

 

Sunday, April 10, 2011

( VIDEO ) IKLAN TV PETRONAS PRIMAX95 EXTRA

Inilah hasil keluaran terbaru Petronas Dagangan Berhad.. Petronas Primax95 Extra bakal menggantikan Petronas Primax 95 yang sedia ada di semua stesen minyak petronas bermula hari ni..



Minyak ini telah dikatakan dari penyelidikan team R & D Petronas daripada teknologi F1.. ternyata penglibatan Petronas dalam arena F1 bukanlah usaha yang sia- sia..

Minyak hebat ini yang dikatakan mampu memberikan lebih kuasa pecutan serta lebih menjimatkan ini masih lagi mengekalkan harga petrol Ron 95 yang sedia ada iaitu RM 1.90..

Mungkinkah minyak ini setaraf dengan minyak Shell V- Power Racing yang memang aku akui sangat- sangat menjimatkan..huhu

Apa- apa pon, layan iklan TV ni dulu..



SUMBER : ARENAKERETA.COM

YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.  






Sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak sudah dalil- dalil yang ada untuk menyatakan bahawa susuk ni haram.. tapi kenapa salah satu akhbar yang dimiliki oleh kerajaan mengeluarkan artikel yang seolah- oleh menceritakan kebaikan susuk.. adakah penulis itu terlalu tinggi agama nya sehingga boleh mengubah dalil- dalil yang ada ?? apakah yang sedang difikirkan oleh penulis tersebut ??

SAYONARA SAHABATKU

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. mungkin itulah yang akan terjadi pada kita semua apabila meninggalkan alam persekolahan.. semua orang pasti akan memilih haluan yang akan dituju selepas dari alam persekolahan yang banyak suka dan duka.. mungkin kerana sudah terlalu bersama sewaktu di sekolah dulu, muncul ikatan kekeluargaan yang sukar dipisahkan.. bak kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus.. begitu jugalah persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama..

Pada malam tadi, tepat jam 11:30 malam.. salah seorang dari kawan aku telah pergi untuk berjuang mencapai cita- cita nya menimba ilmu di menara gading di negara matahari terbit, Jepun..

Berada dalam kumpulan teknikal Jepun, kawan aku ni telah merpersiapkan diri selama 2 tahun di International Education Center yang terletak di UITM, Shah Alam.. pelbagai azab dan seksa telah dilaluinya sewaktu belajar di sana.. daripada seorang yang mungkin hanya reti beberapa patah je perkataan Jepun kepada seorang yang cakap Jepun macam Genji dalam cerita Crow Zero.. dasyat bukan pencapaian dia..

ADIK DAN ABANG SAMA HEBAT !!

Memang ternyata benar pepatah orang tua, ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi.. mungkin inilah contoh terbaik yang boleh diberi kepada dua pasangan adik beradik yang sememang nya handal di medan perang masing- masing..



T- Team dan Terengganu, masing- masing telah mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing- masing pada perlawanan liga super yang berlangsung sebentar tadi..

Saturday, April 09, 2011

PENGEMBARAAN KE KLIA BERMULA..

Fuhh !! tak sabar rasanya hati ini.. sungguh excited dirasakan perasaan yang bergolak dalam jiwa aku sekarang ini..



Kenapa ??

Kerana sebentar lagi aku akan memulakan pengembaraan yang tidak kenal erti penat lelah.. aku rela berhabis duit demi pengembaraan ini.. pengembaraan ini akan mamu mengurangkan lagi jurang sosio budaya rakyat di negara kita yang aman damai ini.. tidak akan ada sebarang konspirasi yang akan berlaku.. yang ada hanyalah satu impian sekumpulan pelajar yang ingin mencapai cita- cita nya menuntut ilmu di menara gading..

SATU GAMBAR MEMBAWA SERIBU MAKNA DAN PERKATAAN

Memang benar kata orang bahawa satu gambar mampu membawa seribu makna.. satu gambar mampu menceritakan segalanya melalui emosi yang ada di dalam gambar yang mampu dizahirkan oleh seseorang jurugambar itu.. gambar mampu membuatkan hati korang yang rapuh bak kapas menangis serta ketawa terbahak- bahak..



Seorang artisan daripada Sepanyol telah melakukan kelainan terhadap foto- foto yang ada padanya.. dia telah menjadikan cantuman beratus ribu hurf menjadi satu gambar yang cukup sempurna.. Juan Osborne  telah menggunakan huruf yang ada pada ucapan, lirik dan buku yang berkaitan dengan subjek gambar nya.. dia hanya menggunakan sebuah netbook dan perisian rekaan nya sendiri untuk menghasilkan gambar- gambar ini..



Jom kita layan keajaiban yang telah dihasilkan oleh Juan Osborne melalui foto- foto ini..

JUSTIN BIEBER MENJALANI LATIHAN BERSAMA BARCELONA.. TENGOK GAMBAR NI KALAU TAK PERCAYA

Sila buang anggapan korang yang Justin Bieber ni hanyalah seorang remaja lelaki yang lembik dan tidak tahu bersukan serta seorang yang kaki bangku..



Aku berkata begini setelah melihat sendiri video Justin Bieber menjalani latihan bersama pasukan Barcelona..

Justin Bieber yang sedang dalam tour nya di Eropah telah dijemput oleh pasukan Barcelona untuk menjalani latihan bersama mereka setelah dia telah di sneak peak oleh jurugambar bermain bola sepak dengan mengenakan jersi pasukan Barcelona..

Friday, April 08, 2011

MAMPUKAH MANUSIA BERSUARA KUDA ??



Mampukah seorang manusia dengan bentuk fizikal yang cukup lengkap serta normal bersuara seperti seekor kuda jantan yang hendak mengawan ??

Jawapan nya ada lah YA..

Hal ini telah dibuktikan dengan jayanya oleh salah seorang peserta Pilipinas Got Talent apabila dia telah mampu untuk mengeluarkan suara kuda yang cukup sempurna.. BM atau nama sebenar nya Big Mouth telah mampu memukau kesemua juri yang ada dengan suara kuda jantan nya yang ckup macho lagi bergaya itu..

Thursday, April 07, 2011

BARU SEKALI BUAT JAHAT, TAPI DAH KANTOI



Entri ini merupakan gambaran kekecewaan frustasi antara aku dan rakan- rakan seperjuangan ku yang lain.. sungguh malang nasib yang dialami oleh kitorang 8 sekawan ini..

Hari ni hidup aku sudah dimulakan dengan perkara yang kurang enak tak seperti hari- hari biasa yang aku lalui dengan penuh keceriaan.. aku telah bersengkang mata selama 2 jam hanya semata- mata untuk melihat pasukan feveret aku di kejohanan liga juara- juara eropah tewas di gelanggang sendiri.. sungguh mengecewakan bagi aku untuk menyaksikan perlawanan semalam..

Wednesday, April 06, 2011

TEKA TEKI KETAWA BERDEKAH- DEKIH #3

Hai semua.. ini adalah entri ringkas sebelum tido.. malam ni aku nak tido awal cket sebab aku bakal mengejutkan diri aku dengan ganas pada pukul 2.45 pagi nanti..

Aku nak bagun study pukul 2. 45 nanti.. hehe.. ( tipu ).. aku sebenarnya bangun sebab nak tengok clash of the season.. hehe.. Chelsea VS Manchester United untuk suku akhir kejuaraan liga juara- juara eropah..

Sebelum aku pergi beradu, aku nak tinggalkan korang dengan satu soalan yang hanya manusia yang mempunyai IQ setaraf dengan Albert Einstein je boleh jawab ni..

" Apa benda yang bila ditekan sakit dan tak ditekan pon sakit jugak ?? "

Haa.. cuba la guna otak belah kiri nak jawab.. tengok samada korang boleh jawab ke tak teka- teki yang setaraf dengan E= Mc2 ni.. hehe

Macam biasa, jawapn tinggal kat komen yer..

( GAMBAR ) YAMAHA 135LC 5- SPEED YANG JAUH LEBIH MACHO

Semakin ramai kaki- kaki motosikal yang berpoket tebal di Malaysia ternanti- nanti akan bila keluar nya motosikal ini dari kilang Yamaha dan mula mendirikan rumah tangga dengan kedai- kedai motosikal yang ada di seluruh Malaysia ini..

Usaha Hong Leong Yamaha Malaysia ( HLYM ) dalam menangguhkan dahulu penjualan model 135LC 5 kelajuan ini telah berjaya membuatkan kaki- kaki motosikal ini naik stim dan sangap terhadap 135LC 5 kelajuan ini..

Kawan aku yang baru sahaja membeli motosikal model 135LC 2011 4 kelajuan bernombor pendaftaran BLE, pasti akan menitiskan air mata apabila melihat gambar- gambar studio yang telah diedarkan ke seluruh pasaran Malaysia oleh HLYM bagi mempromosikan lagi 135LC 5 speed ini..

Jom kita layan foto- foto studio yang menarik daripada HLYM ini..

Tuesday, April 05, 2011

BACA BLOG NI TERUS HILANG RASA SERAM



Amaran : Jangan biarkan hidup anda yang sementara cuma ini diselubungi misteri dari alam angker !!

Hidup aku pada setengah jam yang lalu memang diselubungi keseraman yang sangat melampau bagi seorang insan yang penakut dengan segala jenis makhluk dari alam angker ni.. aku memang akui yang aku mempunyai tahap ketahanan mental yang cukup lemah terhadap perkara- perkara mistik ni.. tak leh tahan dow.. hehe

Kenapa hidup aku diselubungi  misteri pada setengah jam yang lalu ??

Pada pukul 9.45 malam, 5 April 2011, aku telah menapakkan kaki aku secara atas talian di blog yang penuh dengan unsur- unsur alam yang berwarna merah.. korang tentu kenal dengan blogger yang sememang nya sangat obses ni bukan.. siapa lagi kalau bukan si cantik, manis dan famous ni..  the one and only Red Mummy in Malaysia..

Aku ada membaca entri terbaru yang keluar dari blog RM ni.. entri ni berkisar pasal kisah alam angker cket.. seperti yang aku akui di awal- awal entri.. aku ni memang tak boleh nak kawal rasa takut dari dalam diri aku ni dari meletup.. tapi entri yang baru keluar di blog RM ni boleh tahan la.. rasa takut tu tak lah banyak sangat berputik dalam diri aku ni.. hanyalah 40 % je.. tapi still boleh rasa juga perasaan seram yang cuba dizahirkan oleh entri tersebut..

Aku ni gatal tangan macam kena scabies la pulak.. aku boleh pulak pergi korek blog RM tu dan cari lagi cerita dari alam angker yang ada kat blog RM tu.. dan hasil daripada pencarian aku yang mengada- ngada.. aku temui satu cerita yang telah membangkitkan rasa seram dalam diri aku yang kurang hensem cket malam ni ke tahap paling maksimum.. amik kau, nak sangat kan..

Meremang bulu roma yang ada kat pipi aku ni bila baca sebuah cerita yang diberi nama " rambutnya hitam panjang bu.. ".. kisah ni adalah berkali- kali ganda lebih seram daripada kisah rumah sewa berhantu kat seksyen 2, Shah Alam tu.. terasa macam ada makhluk lain yang turut membaca entri ni bersama- sama aku kat dalam bilik ni.. dah la masa tu aku hanya keseorangan je dalam bilik ni.. seram sejuk di buat nya.. aku ingat nak tidur terus je lepas baca entri tu.. huhu

Lepas aku selesai meninggalkan blog RM dengan penuh ketakutan tu.. aku singgah la blog aku ni kejap.. nak tengok kot- kot ada la rakan- rakan blogger yang ada meninggalkan komen kat mana- mana entri aku yang memang tak setaraf dengan entri Yuyu Zulaikha.. huhu..

Tiba- tiba !!

( GAMBAR EXCLUSIVE ) CESC FABREGAS DITIMPA KECELAKAAN JALAN RAYA



Adakah ini berita yang paling malang buat penyokong The Gunners selepas daripada kekalahan pasukan mereka dalam perebutan 3 piala dalam satu minggu ??

Cesc Fabregas telah ditimpa kecelakaan jalan raya !!

Dia ditimpa kecelakaan itu sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat latihan pasukan yang famous dengan gelaran The Gunners iaitu Arsenal..

Fabregas yang sememangnya menjadi tulang belakang pasukan Arsenal selama ini telah mengakibatkan seluruh kem latihan Arsenal menjadi sunyi sepi setelah mendapat berita tentang kecelakaan jalan raya yang menimpa kapten pasukan mereka itu..

Adakah awan mendung bakal sekali lagi menyelubungi Arsenal ??

Monday, April 04, 2011

TIPS NAK BUKA SCREW.. KORANG NAK BELAJAR TAK ??

Dikarang entri ini selepas menonton kisah kartun yang penuh dengan suka- duka, cabaran dan konflik iaitu Yakitate Japan yang berkisar tentang kisah seorang remaja yang ingin memperkenalkan roti buatan nya ke mata dunia yang diberi nama sebagai Japan ..

Hari ni aku sebagai seorang lelaki yang selalu bertungkus lumus dengan minyak dan grease serta selalu bermandikan titis- titis peluh jantan akan berkongsi teknik- teknik dan tips- tips yang sesuai kepada satu kaum manusia yang merasakan dirinya seorang jantan sejati yang macho dan perkasa yakni seorang lelaki yang tidak kenal erti kotor, penat dan lelah..

Tips yang aku ingin kongsikan bersama rakan taulan sidang pembaca blog picisan karangan seorang remaja yang masih belasan tahun dan bakal menginjak ke angka puluh pada tahun ini adalah berkaitan dengan teknik- teknik yang betul untuk membuka screw..

Philips screw


Mungkin ramai diantara kita di luar sana terutama nya kaum Adam yang sudah lumrah mempunyai lebih kekuatan fizikal berbanding kaum Hawa mempunyai minat dalam aktiviti pertukangan atau pun kerja baiki- membaiki ni.. mungkin sewaktu mana korang melakukan aktiviti yang korang gemari separuh hidup korang tu, korang akan berhadapan masalah dengan screw.. banyak masalah yang boleh dilahirkan oleh sesuatu objek yang tirus dan mempunyai benang yang diberi nama sebagai screw ini.. salah satu masalah yang bakal merencatkan kerja korang tu adalah screw tu susah untuk dibuka.. nak tahu penyelesaian bagi masalah tersebut.. layan tips berguna daripada Ir. Mohd Fakhurudin Rosli kat bawah ni..

TERIMA KASIH NESCAFE AIS ...



Entri ini dibuat khas untuk sesuatu yang telah menyelamatkan aku dari mengalami kondisi dehydration yang melampau..

Jam di handphone lipat jenama Sony Ericson ku telah menunjukkan pukul 3.30 petang.. cuaca petang ini begitu terik ditambah pula dengan angin yang seperti malu untuk berhembusan seperti biasa.. keadaan nya begitu kering sekali sehinggakan bibir ku yang tidak lah munggil seperti bibir Angelina Jolie ini merekah dengan sungguh ekstrim seperti baru dilanda gempa bumi..

Masih ada 30 minit lagi sebelum waktu rehat yang tidak official tiba.. untuk makluman anda semua, waktu rehat yang telah diputuskan oleh lembaga- lembaga pengarah kat tempat praktikal aku ni adalah pada pukul 4.15 petang.. kebiasaanya, otai- otai kat tempat praktikal aku ni akan rehat 45 minit lebih awal daripada waktu rehat yang telah ditetapkan.. hehe.. aku sebagai junior di situ turut kadang kala mempraktikkan amalan yang kurang sihat ini.. hehe.. alah, aku praktikal bukan ada orang bayar gaji pon.. so, buat slumber je la kan..