Thursday, April 07, 2011
BARU SEKALI BUAT JAHAT, TAPI DAH KANTOI
Entri ini merupakan gambaran kekecewaan frustasi antara aku dan rakan- rakan seperjuangan ku yang lain.. sungguh malang nasib yang dialami oleh kitorang 8 sekawan ini..
Hari ni hidup aku sudah dimulakan dengan perkara yang kurang enak tak seperti hari- hari biasa yang aku lalui dengan penuh keceriaan.. aku telah bersengkang mata selama 2 jam hanya semata- mata untuk melihat pasukan feveret aku di kejohanan liga juara- juara eropah tewas di gelanggang sendiri.. sungguh mengecewakan bagi aku untuk menyaksikan perlawanan semalam..
Sebelum ingin pergi meneruskan rutin harian seperti biasa yang sentiasa aku jalani setiap hari iaitu melangkahkan kaki ke tempat praktikal, aku selalu lagi diuji.. kali ni kawan aku pulak yang mengalami sedikit masalah dalaman yang menyebabkan dia bangkit dari tidur pada pukul 7.15 pagi.. argghh !! tekanan perasaan aku dibuatnya.. sempat juga la aku membebel sorang diri sambil didengari oleh kawan aku yang telah siap lebih awal bersama dengan aku.. aku memang tak dapat pergi ke kelas dengan awal kerana rutin harian aku adalah pergi ke kelas dengan memboncengkan kawan aku yang terlajak tidur tadi..
Kenapa aku membebel ??
Aku perlu membebel kerana itu adalah luahan emosi yang tak rasmi.. kalau aku tak membebel, emosi aku tak akan dapat diluahkan punya..
Biasalah bila dah lewat.. kita selalunya x mahu kesalahan kita ni diketahui oleh pihak atasan kat tempat kita bekerja bukan.. idea-idea jahat pon mula la berputik seperti bunga sakura di musim bunga kat dalam otak ni..
Antara banyak- banyak idea yang ada, aku telah memilih untuk meminta bantuan kawan aku yang aku memang tahu yang dia dah sampai kat sana.. bukan mintak bantuan yang berat pon.. hanya perlu bermodalkan sebatang pen je.. hehe.. aku mintak dia tolong sign attendance bagi aku dan 4 orang kawan aku yang komfem memang kelewatan hari ni.. sejarah ni beb, x pernah lagi 5 orang sekaligus yang lewat.. memang melampaui batasan..
Ya, aku berasa happy setelah aku rasakan perkara tu mungkin dah dapat diselesaikan..
Tapi !!
Kusangkakan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari.. berlaku sedikit insiden yang sangat- sangat la tidak diharapkan.. permohonan bantuan aku dan rakan- rakan aku tadi tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.. rakan aku yang memang tengah sign untuk rakan- rakan aku telah ditangkap sewaktu melakukan aktiviti tidak bermoral itu.. macam mana la orang atasan boleh ada kat bawah pulak masa tu.. sebelum- sebelum ni jarang je kelihatan.. hari ni boleh pulak dia ada kat bawah..
Memang kitorang tak terlepas begitu sahaja.. 2 orang rakan aku telah dibawa ke muka pengadilan dan telah disoal siasat dan telah dileteri secara bertubi- tubi tanpa belas kasihan.. kitorang telah dituduh sebagai menabur pasir ke dalam periuk nasi in charge kitorang walaupun kita tak melakukan perkara sedemikian..
Itulah lumrah alam.. kalau budak baik buat jahat.. memang komfem akan kantoi punya.. cuba korang tengok kat budak yang tak berapa nak baik, buat la jahat banyak mana pon.. komfem tak kantoi.. pelik aku.. ilmu apa la yang diorang guna.. erm
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini