Wednesday, April 13, 2011

KALAU SUAMI KAU SETAN, BUAT APA NAK SAYANG LAGI ..

Dia dah pukul kau.. dia dah berurinate atas muka dan badan kau.. kau masih sayang lagi suami berperangai binatang dan cetek akal macam ni..

Tadi aku ada terbaca dalam akhbar yang kebanyakan rakyat Malaysia telah memilih nya sebagai akhbar no. 1 kat Malaysia.. apa lagi kalau buka Harian Metro kan.. aku ada baca cerita tentang seorang suami yang aku rasa dah hilang akal, kurang waras ataupun terkena serangan sawan babi dan mungkin jugak dia mengalami krisis keinginan untuk berkahwin lagi sekali pada tahap yang sangat menjelekkan bagi seorang lelaki yang dah tua dan memerlukan tongkat untuk berjalan..



Didn't you all read the story guys ?? it can give you a hot temper in just a minute..

Sebab lelaki tua tu pukul isteri dia ?? berang sebab disuruh buang sampah.. hahah.. it's just a fucking reason to hit your one and only wife in the world man.. wahai lelaki yang dah tua kerepot dan sedang menunggu masa untuk check in di Grave Hotel, anda sedar tak yang anda dah kahwin dengan isteri anda tu 26 tahun.. kalau anda dan keturunan anda tak mandul.. sudah tentu anda sudah mempunyai cucu.. takkan kerana selonggok sampah, usia perkahwinan selama 26 tahun tidak bermakna sedikit habuk pon kepada anda sehingga melayakkan anda memukul seseorang yang telah menyiapkan makan dan minum anda selama ini ??

Korang berdua berkahwin atas dasar apa selama 26 tahun ni ?? kalau diikutkan logik akal manusia yang waras, sudah pasti korang berdua berkahwin atas dasar cinta sehingga mampu mempertahankan masjid yang dibina selama 26 tahun.. takkan selepas 26 tahun kau dah lupa tanggungjawab kau sebagai suami.. wake up old man !!

Seorang suami seharus nya menjaga dan menyayangi isterinya.. bukan nya menyakiti sehingga sanggup menyepak memukul dan menjatuhkan maruah isteri sendiri sehingga sanggup kencing di atas isteri sendiri..

Bahkan Al- Quran sendiri ada menjelaskan yang memukul adalah hukuman terakhir yang kamu boleh lakukan terhadap wanita setelah kamu menasihati nya.. itu pun sekiranya wanita itu ada melakukan kesalahan, baru kamu boleh memukul nya.. tapi kau wahai orang tua yang sungguh ganas pekerti mu.. apakah permintaan isteri mu untuk membantu nya membuang sampah adalah satu kesalahan yang besar sehingga anda boleh memukul nya dengan sewenang- wenang nya.. ajaran mana yang kamu ikut ni ??
4-34:" Laki-laki adalah pemimpin bagi perempuan-perempuan lantaran Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) daripada yang sebahagian (perempuan-perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan harta mereka. Perempuan ‘salihah’ (yang salih) ialah yang taat, yang memelihara perkara-perkara yang tersembunyi dengan cara yang dipeliharakan Allah. Dan perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan ‘nusyuz’ (kederhakaan)nya, maka ajarilah mereka dan pisahkan diri daripada tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka kembali taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan buat menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Aliy (Maha Tinggi), lagi al-Kabir (Maha Besar). " Surah An- Nisa, Ayat 34

Islam memang jelas serta terang lagi bersuluh melarang seorang suami melakukan kekasaran terhadap isterinya.. Islam bukan lah satu agama yang mengamalkan keganasan dalam rumah tangga.. Islam adalah agama yang indah.. bahkan perkahwinan itu adalah satu perkara yang indah dalam Islam..

Korang ingat tak lagi dengan kisah- kisah pergaduhan yang popular di Malaysia satu ketika dahulu.. kalau suami isteri gaduh je, mesti ada main simbah- simbah asid punya.. dah jadi macam satu trend yan popular lak kat Malaysia gaduh pakai asid ni.. boleh kata hampir setiap minggu ada je kes pergaduhan dalam rumah tangga yang menggunakan asid sebagai suspek utama.. what a low minded people..

Mungkin si suami yang suka main simbah asid ni tak sempat nak belajar Kimia masa zaman sekolah dulu kot.. sebab tu bila dia tau yang cuka getah ni merupakan ahli keluarga asid, tu yang dia try simbah kat isteri dia tu.. yela, dia nak tau jugak macam mana efek dia sebab ramai orang cakap asid ni menghakis kan.. so, bila lelaki berotak udang ni simbah, baru la dia tau macam mana kesan nya.. isteri yang berwajah cantik macam Han Ga In pon boleh jadi hodoh.. bodoh punya laki..

Tapi kalau setakat menyakiti isteri pon kita sebagai rakyat Malaysia yang memang dikenali dunia sebagai rakyat yang prihatin dah rasa sakit hati dan geram.. rasa macam nak pergi tumbuk je muka suami wanita itu kan.. habis segala jenis sumpah seranah kita hamburkan kepada si suami tu kan.. tu tak masuk yang si suami turut menyakiti si anak sekali.. boleh jadi macam gajah naik minyak rakyat Malaysia.. tentu ramai yang rasa macam nak bunuh si suami tu kan..

Tapi antara dua kes kat atas ni, ada satu persamaan yang ketara antara 2 wanita ini.. persamaan ini memang menunjukkan kerapuhan seorang insan yang bernama wanita..

Kedua- dua isteri ni masih sayangkan si suami.. biarlah suami dia pijak terajang pon.. rasa kasih dan sayang tu tetap tak luntur..  cuba korang bayangkan perasaan si isteri yang dah mendirikan rumah tangga selama 26 tahun apabila diperlakukan seperti binatang oleh si suami.. sudah tentu hancur luluh hati dia kan..

Si isteri ni masih tak mahu laporkan perbuatan suami dia yang macam setan tu kat pihak polis kerana terlalu sayang kan suami dia tu.. love is a most painful torment guys.. kerana cinta, si isteri rala menanggung derita.. tapi apakah suami setan tu masih cintakan isteri dia ??

Pada pendapat aku la..

Kalau suami korang dah sanggup buat macam- macam perkara yang tak boleh diterima akal.. buat apa korang nak sayangkan dia lagi.. sejauh mana korang sanggup menanggung penderitaan.. korang rasa suami korang ada fikirkan perasaan korang ke masa dia memukul korang.. mungkin kalau sekali dua tu takpe la lagi.. tapi kalau dah tiap- tiap hari badan korang dilibas dengan tali pinggang.. korang rasa itu cinta ke.. it's not worth it.. tak berbaloi korang berpaut pada suami macam tu.. ramai lagi lelaki kat luar sana yang boleh menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang sebenar kat luar sana..

So, apa pendapat korang.. adakah cinta membenarkan si suami bertindak ganas ?? perlu ke korang bertahan kalau setiap hari suami korang duk mendera korang ?? Mahukah kita melihat lebih banyak lagi kes- kes pergaduhan rumah tangga yang dasyat masuk akhbar ??

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini