Monday, April 04, 2011

TIPS NAK BUKA SCREW.. KORANG NAK BELAJAR TAK ??

Dikarang entri ini selepas menonton kisah kartun yang penuh dengan suka- duka, cabaran dan konflik iaitu Yakitate Japan yang berkisar tentang kisah seorang remaja yang ingin memperkenalkan roti buatan nya ke mata dunia yang diberi nama sebagai Japan ..

Hari ni aku sebagai seorang lelaki yang selalu bertungkus lumus dengan minyak dan grease serta selalu bermandikan titis- titis peluh jantan akan berkongsi teknik- teknik dan tips- tips yang sesuai kepada satu kaum manusia yang merasakan dirinya seorang jantan sejati yang macho dan perkasa yakni seorang lelaki yang tidak kenal erti kotor, penat dan lelah..

Tips yang aku ingin kongsikan bersama rakan taulan sidang pembaca blog picisan karangan seorang remaja yang masih belasan tahun dan bakal menginjak ke angka puluh pada tahun ini adalah berkaitan dengan teknik- teknik yang betul untuk membuka screw..

Philips screw


Mungkin ramai diantara kita di luar sana terutama nya kaum Adam yang sudah lumrah mempunyai lebih kekuatan fizikal berbanding kaum Hawa mempunyai minat dalam aktiviti pertukangan atau pun kerja baiki- membaiki ni.. mungkin sewaktu mana korang melakukan aktiviti yang korang gemari separuh hidup korang tu, korang akan berhadapan masalah dengan screw.. banyak masalah yang boleh dilahirkan oleh sesuatu objek yang tirus dan mempunyai benang yang diberi nama sebagai screw ini.. salah satu masalah yang bakal merencatkan kerja korang tu adalah screw tu susah untuk dibuka.. nak tahu penyelesaian bagi masalah tersebut.. layan tips berguna daripada Ir. Mohd Fakhurudin Rosli kat bawah ni..



1- Gunakan saiz screw driver yang betul

Screw driver ni datang dalam pelbagai saiz sama seperti pakaian seharian kita.. tapi ia bukanlah datang dalam saiz seperti S, M, L, XL dan sebagainya.. ianya datang dalam saiz berangka.. kebiasaan yang kita temui di pasaran tempatan mahupun di luar negara adalah saiz 1, 2, dan 3.. saiz yang paling biasa digunakan bagi aku adalah saiz no. 2 kerana kebanyakan peralatan yang mempunyai screw menggunakan saiz ini.. daripada pemerhatian aku pula, kebanyakan peralatan elektronik menggunakan saiz no 1.. saiz yang betul amat penting bagi mengelakkan kerosakan kepada kepala screw tersebut..

2- Gunakan jenis screw driver yang betul

Screw driver datang dalam pelbagai jenis.. yang famous dan paling dikenali oleh rakyat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ni adalah jenis Philips dan Plain.. Philips ni bentuk dia seperti lambang red cross tapi tirus ke atas.. Plain ni pulak bentuk dia hanyalah seperti satu garisan lurus.. kebanyakan pengguna screw driver ni telah banyak melakukan kesalahan yang dapat dilihat melalui pemilihan jenis screw driver.. mungkin pada pandangan anda bahawa ianya tidak salah untuk menggunakan Plain screw driver untuk screw yang berkepala Philips.. ianya adalah satu work habit yang tidak sesuai untuk diamalkan kerana untuk jangka masa yang panjang, tabiat ini akan merosakkan kepala screw tersebut..

Philips screwdriver


Plain screwdriver

3. Amalkan sudut 90 darjah

Apa itu sudut 90 darjah yang dimaksudkan ?? sudut 90 darjah yang dimaksudkan di sini ialah sudut screw driver anda dengan screw.. hal ini amat penting bagi memastikan screw driver anda mendapat cengkaman yang kukuh seperti brake disc jenama Brembo daripada screw tersebut.. cengkaman yang kukuk amat penting bagi mengelakkan screw driver anda slip daripada screw sewaktu anda sedang memutar nya.. hal ini amat- amatlah dilarang sewaktu anda bekerja dengan screw kerana hal ini akan kepala screw tersebut menjadi bulat atau istilah yang diguna pakai mekanik sedunia, rounded.. screw yang sudah rounded memang sudah tidak boleh di pakai..

4. Bersihkan kepala screw yang kotor

Hal ini merupakan habit kerja yang paling elok untuk dilakukan.. selain daripada menggambarkan anda ini mempunyai ciri- ciri seorang yang mengamalkan kebersihan tahap tinggi, ia turut akan membantu anda untuk bekerja dengan screw tersebut.. kebiasaannya, kepala screw yang kotor amat sukar dimasuki oleh kepala screw driver.. ambillah satu objek yang tajam untuk membersihkan kepala screw tersebut.. hal ini akan mendalamkan lagi kepala screw itu.. kepala screw yang dalam akan memberikan lebih cengkaman kepada screw driver..

5. Buka secara perlahan- lahan ( tapping )

Anda pernah main hoki ?? pernah dengar istilah tapping ?? tapping untuk hoki adalah berlainan sama sekali dengan tapping untuk screw.. tapping untuk screw kebiasaan nya digunakan untuk membuka screw degil yang ketat gila vavi.. hal ini lah perkara yang paling dibenci oleh pelatih juruteknik rendah seperti aku ini.. kesusahan nya memang mampu membuatkan anda sakit hati dan berdendam kesumat sehingga ke langit ke tujuh terhadap screw tersebut.. tapping ini dilakukan bertujuan untuk memberikan sedikit gegaran kepada screw tersebut.. gegaran ini akan dapat menghasilkan sedikit ruang antara screw dengan permukaan yang di screw.. apabila ruang sebesar zarah ini wujud, kesukaran anda untuk membuka screw tersebut akan berkurang dengan jaya nya..

6. Gunakan speedy

Korang kenal tak apa speedy ni ?? kalau tak kenal, kat bawah tu ada gambar.. mungkin korang pernah lihat benda ni di kedai- kedai hardware berhampiran kawasan kejiranan anda yang ala- ala Beverly Hills tu.. speedy ni merupakan senjata utama bagi aku sebagai pelatih juruteknik rendah dalam bidang aviation ni.. speedy ni dapat membantu memberikan anda kekuatan yang luar biasa seperti John Cena untuk membuka screw.. selain itu, speedy ini juga mampu mempertingkatkan tahap kelajuan anda membuka screw kepada tahap kelajuan had laju di lebuh raya Malaysia iaitu 110 km/ h ( ini adalah auta ).. speedy ini memang akan sangat membantu menjimatkan masa jika anda terpaksa membuka screw yang sangat- sangat- sangat- sangat banyak..

Speedy


So, amacam dengan tips dan teknik kelas pertama yang telah dikongsi bersama anda ni ?? boleh ke anda praktikkan.. aku berkongsi tips ni dengan korang sebab aku tak nak korang kelihatan janggal sewaktu membuka panel dashboarb kereta ataupun coverset motosikal korang tu.. kita kalau buat kerja mestilah nak kelihatan professional dan smart.. barulah orang akan pandang tinggi kat kita.. betol tak ??

Aku harap apa yang aku kongsikan dengan korang ni boleh menjadi ilmu yang berguna buat korang..

P/S : DAPAT IDEA NAK TULIS NI SEWAKTU SEDANG BERURUSAN DENGAN BANK DI DALAM TANDAS

4 comments:

  1. Jenuh baca p/s tu .. rasa menyesal la sungguh sungguh nak baca

    ReplyDelete
  2. Jenuh baca p/s tu .. rasa menyesal la sungguh sungguh nak baca

    ReplyDelete
  3. ni nk buat cerita kelakar atau brkongsi ilmu dgn sebaiknye... bab tapping tu cuba jelaskn dengan prkataan lebih mudah...

    ReplyDelete
  4. ni nk buat cerita kelakar atau brkongsi ilmu dgn sebaiknye... bab tapping tu cuba jelaskn dengan prkataan lebih mudah...

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini