Tuesday, April 12, 2011

SIAPAKAH PUAN NORLIDA ??

Getaran dan bunyi ringtone telefon ku menambah lagi irama kebisingan yang sedang rancak bersiul- siulan antara satu sama lain.. ku angkat telefon ku dengan tangan yang dipenuhi dengan kekotoran tanpa memikirkan lagi soal kebersihan telefon ku.. inilah yang akan terjadi sekiranya aku menerima sesuatu panggilan dengan tangan yang kotor.. akan ku jawab panggilan itu walaupun tangan kotor.. aku tidak akan menghampakan si pemanggil..



Di dalam kesamaran sewaktu aku menerima panggilan tadi.. kelihatan satu nombor telefon yang cukup asing bagi ku.. sesungguhnya aku tidak kenal akan nombor itu.. " siapa pulak yang call aku ni ?? " desis hati kecil ku..


" Hello, selamat pagi.. " terdengar suara perempuan menyapa ku..

" Hello, selamat pagi.. " aku membalas dengan penuh curiga..

" Boleh bercakap dengan Puan Norlida ?? " perempuan itu bertanya..

" Alamak, sori cik.. cik dah salah nombor ni.. " jawab ku dengan penuh kemesraan..

" Oh, yeke.. mintak maaf ye encik.. " perempuan itu meminta maaf seraya memutuskan panggilan..

Aku ketawa kecil keseorangan mengenangkan peristiwa tadi.. sudah berapa ramai yang telah tersalah melakukan panggilan ke nombor ku.. aku tidak kisah.. kadang- kadang aku rasa seronok melayan panggilan mereka.. bermacam- macam jenis panggilan ada.. ada dari pihak bank, dari kawan- kawan tetapi ada jugak yang call je terus nak marah- marah.. hehe.. macam- macam karenah manusia ni kan..

Sewaktu aku sedang beratur untuk membeli sarapan pagi di kantin tempat terjadi nya peristiwa aku dan nescafe ais.. sekali lagi telefon aku berdering menandakan ada satu lagi panggilan yang harus aku jawab.. nombor yang menelefon aku kali ini seakan- akan aku sudah familiar..

" Hello.. Hello.. Hello " aku menyapa sebanyak 3 kali kerana pemanggil seolah- olah tidak perasan yang aku telah menjawab panggilan..

" Hello.. boleh bercakap dengan Puan Norlida ?? " soalan yang sama ditanyakan kepada ku..

" Hehe.. cik dah salah dail nombor sekali lagi lah.. " jawab ku sambil tergelak..

" Ops.. sori, sori, sori encik.. tak perasan tadi.. saya mintak maaf sangat- sangat kerana menggangu encik sebanyak dua kali pada hari ini.. " perempuan itu meminta maaf kepada ku..

" Takpe.. saya tak kisah pon.. " aku menjawab dengan penuh hormat..

Kejadian ini membuatkan aku berfikir sejenak.. siapakah Puan Norlida yang dicari- cari ni.. adakah panggilan ini begitu penting.. adakah panggilan ini melibatkan perihal hidup dan mati seorang insan.. erm.. tak henti- henti otak aku memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi..

Kalau ada pembaca blog ni yang bernama Puan Norlida.. sila tinggalkan komen anda di comment form yer..

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini