Sunday, April 10, 2011

YANG AKU TAHU SUSUK TU HARAM !!

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.  






Sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak sudah dalil- dalil yang ada untuk menyatakan bahawa susuk ni haram.. tapi kenapa salah satu akhbar yang dimiliki oleh kerajaan mengeluarkan artikel yang seolah- oleh menceritakan kebaikan susuk.. adakah penulis itu terlalu tinggi agama nya sehingga boleh mengubah dalil- dalil yang ada ?? apakah yang sedang difikirkan oleh penulis tersebut ??



Tadi memang aku ada terbaca artikel tentang susuk yang telah diceritakan dengan berkobar- kobar dalam akhbar tersebut.. artikel tersebut ada menceritakan tentnag pantang larang susuk, cara memakai susuk dan susuk yang sesuai untuk dipakai.. sewaktu membaca artikel tersebut.. aku seolah- olah menjadi bingung.. adakah perkara yang diajar oleh ustaz aku sewaktu aku masih menuntut di alam persekolahan dulu adalah salah ?? adakah susuk itu tidak haram ??






Setahu aku la kan.. ustaz aku beria- ia memberitahu kepada semua pelajar nya dulu bahawa hukum pemakaian susuk ni adalah haram.. korang tahu kenapa susuk tu haram ?? susuk tu sebenarnya mempunyai unsur sihir dan sihir itu boleh membawa kepada unsur syirik yang sangat- sangat dimurkai oleh Allah S.W.T.. 


Jadi kenapa akhbar itu menceritakan kebaikan susuk ??






Artikel tu terletak dalam satu kolum yang diberi nama " Alternatif Untuk Sihat ".. wah2.. aternatif untuk sihat kata nya bila pakai susuk.. aku rasa baik dia tukar nama jadi alternati untuk masuk neraka lagi bagus.. apa ke bodohnya pakai susuk untuk sihat.. tak belajar biologi ke masa kat sekolah dulu si penulis ni.. mungkin dia amik sastera masa menengah atas dulu.. sebab tu tak berapa tahu sangat pasal kesihatan yang sebenar dan yang mana berlandaskan syarak..


Dah la kat dalam artikel tu siap letak gambar lagi cara- cara pemakaian susuk.. seolah- olah si penulis ni sedang menarik minat orang ramai yang naif tentang hal ni bahawa susuk ni boleh dipakai tanpa sebarang rasa ragu- ragu dan was- was.. ada jugak gambar tukang pakai susuk ni.. seolah- olah boleh bangga bila melakukan perkara sebegitu.. dia siap cakap lagi ada susuk yang halal dan haram untuk dipakai.. mungkin sebab aku ni tak belajar ilmu agama tinggi- tinggi.. jadi aku hanya tahu yang susuk itu haram je.. mungkin dia ada jumpa yang pakai susuk ni halal kot dalam Al- Quran..






Aku tak tahu la apa nak jadi sekarang ni... perkara yang haram seolah- olah cuba untuk dihalalkan.. aku tahu yang aku ni tidaklah mempunyai ilmu agama yang tinggi.. aku bukanlah budak sekolah pondok yang hafaz Al- Quran dan aku juga bukanlah seorang pelajar di sekolah agama yang belajar tentang Tasawwur dan Al- Quran dan Sunnah ni.. tapi sekurang- kurang nya aku tahu la jugak apa yang Halal dan Haram..


Aku tak nak la fikiran- fikiran orang ramai kat luar sana diracuni dengan artikel- artikel sampah sebegini.. mengarut semua nya,, so, korang fikir- fikir kan lah sendiri..
 

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini