Monday, August 08, 2011
TOK IMAM FERRARI.. VA VA VROOM !!!
Kepantasan nya memang menakjubkan.. keperkasaan nya mempersonakan.. corak reka bentuk memikat hati setiap pria yang memandang.. tak perlu diwar- war atau dihebohkan lagi.. sekali pandang pasti mengetap bibir menahan nafsu untuk memiliki..
Itulah penangan sebuah kereta Ferrari terhadap sang arjuna dan sang pria..
So, kali ni aku tak nak ulas dan cakap banyak pasal kereta Ferrari ni.. aku tulis entri ni sebab aku rasa aku nak cerita pasal tok imam la malam ni.. elok juga lepas- lepas terawih macam ni cerita pasal tok imam kan.. hehe.. bukan nak mengumpat atau mengata, saja je nak berkongsi cerita..
Ada bermacam- macam jenis tok imam kat dalam dunia ni.. tapi, aku malas nak cerita pasal seluruh dunia, aku cuma nak fokus kepada golongan- golongan tok imam yang ada kat Malaysia ni..
Ada tok imam yang laju, sederhana laju dan tak berapa nak laju..
Kebiasaan nya, tok imam yang laju ni terdiri daripada golongan muda la.. kebiasaan nya yang baru balik dari Mesir ke.. walaupun diorang ni baca surah panjang, tapi diorang ni baca dengan laju dan tajam gitu.. hehe.. tak de nya nak meleret- leret.. kalau dapat tok imam yang macam ni memang tersangat lah gembira..
Bagi tok imam yang sederhana laju pulak, diorang ni kadang- kadang ada yang muda dan ada juga yang dah berusia.. diorang ni biasanya ada baca surah- surah panjang dan ada jugak yang baca surah lazim.. so, tak lama sangat lah kalau solat.. antara golongan- golongan tok imam favourite la di kalangan budak- budak sekolah ni.. hehe
Kategori tok imam yang terakhir ni yang paling mencabar sedikit tudas dia.. kadang- kadang tok imam dalam golongan ni memang tak diminati oleh golongan- golongan pelajar sekolah.. aku pon pernah termasuk dalam golongan pelajar yang kurang senang dengan kategori tok imam macam ni.. kategori tok imam yang terakhir adalah tok imam yang tak berapa nak laju.. biasanya tok imam- tok imam yang dah dalam kategori super senior la.. memang slow kalau solat dengan diorang ni.. kalau baca surah panjang lagi la.. memang tak laju- laju.. ish3..
Tentang tajuk kat atas tu, yang ni adalah kes special.. kalau dapat tok imam yang macam ni memang susah sikit.. korang pulak yang kena kejar tok imam tu.. memang laju betol dia solat.. korang je separuh jalan baca Tahiyat, diorang dah bagi salam dah.. merana korang nak kejar tu..
Kalau laju- laju sangat pon tak elok jugak kan, takut kurang pulak khusyuk dalam solat tu.. bagi aku la, sederhana laju pon dah ok.. kalau setakat baca surah lazim tu, tak payah la laju sangat macam Ferrari.. setakat kelajuan Myvi pon dah ok.. hehe
So, apa pandangan korang la terhadap tok imam yang solat laju macam Ferrari neh.. cer citer cket.. kongsi- kongsi la kan.. heh
Macam biasa, lepas dah komen tu, apa kata kalau korang review cket blog ni hanya dengan meng " klik " gambar kat bawah tu.. tulis review kat ruangan yang disediakan yer..
Holding Label :
Macam- macaM~
TOK IMAM FERRARI.. VA VA VROOM !!!
2011-08-08T22:38:00+08:00
FaKArePa!n
Macam- macaM~|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)