Haa.. meh sini aku nak terangkan sedikit bagaimana situasi berak bersama cacing ni boleh berlaku..
Korang semua mesti dalam seumur hidup ni pernah makan sejenis ubat yang dinamakan ubat cacing kan.. ubat cacing ni kebiasaan nya diberi makan kepada kita jika kita mengalami sakit perut yang melampau yang bukan disyaki akibat daripada keracunan makanan ataupun Taun..
Biasanya masa kecik je la kita makan ubat cacing ni.. so bila dah besar ni, kesedaran untuk menjaga perut kita tu semakin kurang.. memang tak makan dah ubat cacing ni..
Pakar kesihatan menasihatkan kita supaya makan ubat cacing ni 6 bulan sekali bagi menghapuskan kitaran hidup cacing tu kat dalam perut kita ni..
Ubat ni datang dalam 2 jenis.. 1 jenis cecair dan 1 jenis tablet.. kanak- kanak disyorkan untuk mengambil ubat jenis cecair manakala mereka- mereka yang sudah mencapai akil baligh disyorkan untuk mengambil ubat jenis tablet..
Ubat ni memang berupaya membunuh cacing di dalam perut kita..
Cacing- cacing yang telah dibunuh itu akan dibuang melalui tubuh badan kita sewaktu kita berak.. oleh sebab itulah, kita sering mendengar cerita- cerita daripada adik- adik kecil kita yang menyatakan bahawa mereka berak keluar cacing..
Contoh dialog yang selalu kita dengar ;
" Mak !!! Tadi kan, masa adik berak.. ada cacing keluar dari bontot adik la mak.. panjang woo cacing tu.. takut adik tengok.. "So, korang faham tak penjelasan ringkas aku tentang bagaimana berak bersama/ keluar cacing tu boleh berlaku.. harap- harap korang faham la yer..
P/ S : Aku dah makan ubat cacing untuk tahun ni, korang dah ke belum ??