- - HUKUM SOLAT DENGAN BAJU LENGAN PENDEK ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, July 31, 2013

HUKUM SOLAT DENGAN BAJU LENGAN PENDEK

Boleh ke solat dengan baju lengan pendek?



Kadang- kadang selalu sahaja kita ambil sambil lewa tentang pakaian ketika bersolat. Ada yang berbaju, dan ada juga yang topless. Selalu juga kita lihat mereka yang bersolat dengan baju melayu dan ada juga yang bersolat hanya dengan mengenakan T-Shirt lengan pendek sahaja. 

Jadi adakah terdapat hukum khusus dalam kod pakaian ketika bersolat ini?

Maka jawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lengan pendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat dengan berlengan panjang.


( VIDEO ) PANDUAN MUDAH KHUSYUK DALAM SOLAT


Sebab itu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukan daripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok- tok guru kita yang menitik beratkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturan sebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang.

Tidak ada ulama’ yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek, bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju cuma meletakkkan kain di atas bahu.



Berkaitan dengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendek semasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama’- ulama’ mengatakan makruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabi S.A.W bersabda “siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya”. Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itu juga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujud juga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak , seolah-olah kaku.


Nabi tidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama’ qias dengan hadis ikat rambut itu dengan melipat lengan baju semasa solat, jadi ulama’ kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidak bergeraklah.

Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.

Credit entri 100% kepada : SahabatMusleem











In Accordance With with Thumbnails