- - September 2013 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, September 19, 2013

ANALISIS RINGKAS PEMAIN CHELSEA ATAS KEKALAHAN KEPADA FC BASEL

kekalahan ketiga berturut- turut
Kalah 2-1 kepada FC Basel

Semalam merupakan hari yang cukup suram buat peminat Chelsea di seluruh pelusuk dunia.

Chelsea kalah lagi !!

Ia adalah kekalahan ketiga berturut- turut buat Chelsea untuk musim 2013/2014. Kekalahan kepada FC Basel semalam menandakan berakhirnya rekod tanpa kalah Chelsea untuk perlawanan pembukaan Liga Juara- Juara Eropah untuk sekian lama.

Berikut adalah analisis ringkas pemain Chelsea sewaktu menentang FC Basel semalam.

Wednesday, September 18, 2013

( SUPER COOL ) PERDANA MENTERI RUSSIA DAN HOBI DI MASA LAPANG

Hobi waktu lapang
Inikah hobi beliau ?

Vladimir Putin.

Satu nama yang tidak asing lagi dalam pentas politik antarabangsa. Ramai yang senang dengan si empunya nama dan ramai juga yang kurang senang dengan segala tindak tanduk si empunya nama ini.

Vladimir Putin sememangnya mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat dunia. Sebagai seorang Perdana Menteri Russia, beliau adalah salah seorang daripada manusia yang cukup dibenci dan digeruni Amerika Syarikat. Beliau yang mempunyai personaliti yang dingin mampu membuat mereka yang berada di sekeliling beliau berasa tidak selamat dan selesa.

Walaupun begitu peribadinya, ternyata dia adalah seorang manusia yang unik. Hobi di waktu lapang nya juga kelihatan sangat unik dan cool.

Tuesday, September 17, 2013

( SUPER SURAM ) SISI DUNIA YANG DIRAKAM KERETA PERONDA GOOGLE

Masih banyak lagi tempat yang sedih, tidak bermaya dan suram yang masih wujud di atas muka bumi ini.

Perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh kereta peronda Google yang ditugaskan untuk merakam jalan yang bakal dimasukkan ke dalam Google Maps.

Terdapat tempat yang ditemui oleh pihak peronda yang mampu membuatkan anda tidak akan melalui kawasan itu secara berseorangan di waktu malam.

KEPUTUSAN PENUH BARCLAYS PREMIER LEAGUE 2013/2014 MINGGU #4

Keputusan perlawanan minggu #4
Keputusan perlawanan minggu #4

Barclays Premier League 2013/2014 telah memasuki minggu #4 pada hujung minggu baru- baru ini.

Banyak keputusan luar jangkaan yang berlaku. Ada yang meneruskan rekod tanpa kalah dan ada juga yang terpaksa berpuas hati dengan hanya satu mata.

Perlawanan minggu #4 juga banyak menyaksikan debutant melakukan penampilan sulung mereka selepas hari perpindahan tamat pada 2/9/2013 baru- baru ini. Antara bintang baru yang paling mencuri tumpuan ialah Mesut Ozil dan Christian Eriksen.

Monday, September 16, 2013

JADUAL PERLAWANAN KE- 5 PIALA MALAYSIA 2013

Malam esok 17/9/2013 akan berlangsung perlawanan ke-5 peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013.

jadual perlawanan piala Malaysia
Watsons Piala Malaysia
Perlawanan pada malam esok esok boleh dikatakan sebagai penentu untuk kebanyakan pasukan mengetahui nasib mereka samada layak atau tidak untuk meneruskan perjuangan di peringkat yang seterusnya.


LEE MIN HO YANG SEHENSEM AKU

Siapa ni?? ni nama orang ke?? lelaki ke perempuan?? kalau lelaki, siapa dia ni?? ada apa dengan mamat ni?? dengar cerita, semua awek- awek cute mute kat Malaysia ni minat kat dia.. huh..

Bagi merungkai semua persoalan tu.. aku pon guna la kuasa Google untuk mengetahui lebih lanjut dengan mamat ni..


Saturday, September 14, 2013

KEMBALI SETELAH 2 MINGGU MENGHILANG

Apa yang kembali ? ada barang yang hilang ke ? Ada penyakit yang dah hilang tapi datang kembali ke ?

Sebenarnya ianya bukanlah barang, penyakit atau masa yang hilang. Ianya adalah keghairahan dan ketaksuban kaki- kaki bola seluruh dunia terhadap liga- liga besar di Eropah.

Umum sudah mengetahui bahawa, hampir keseluruhan liga- liga gergasi di Eropah telah berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Brazil 2014.

Setelah selesai menabur bakti untuk tanah air masing- masing, para bintang akan kembali untuk berkhidmat dengan kelab masing- masing dan terus berjuang untuk semakin merancakkan liga yang kebanyakan telah menjengah perlawanan ke- 4.

Bagi pengusaha kedai- kedai mamak seMalaysia, sudah pasti senyum akan terukir sampai ke telinga kerana sudah pasti kedai- kedai mereka akan kembali dipenuhi kaki- kaki bola segenap lapisan yang datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Sudah hampir 2 minggu kedai mereka kosong pada malam hari dan bermula pada malam ini, perkara seperti itu sudah hampir pasti tidak mungkin berlaku lagi.

Thursday, September 12, 2013

JADUAL PERLAWANAN BARCLAYS PREMIER LEAGUE MINGGU #4

jadual perlawanan minggu #4
Barclays Premier League

Pada hujung minggu ni iaitu 14/9/2013 dan 15/9/2013 akan berlangsung perlawanan Barclays Premier League minggu ke- 4 bagi musim 2013/ 2014.

Berikut adalah jadual perlawanan nya.


Wednesday, September 11, 2013

MAJALAH UJANG BIKIN PANAS TEMAN SEBILIK

Antara koleksi majalah terbaik
Majalah Ujang

Siapa yang tak kenal dengan majalah Ujang yang tersangatlah famous dengan siri Lawak Antarabangsa nya.

Ramai dalam kalangan kita yang membesar dengan membaca majalah Ujang. Bahkan penuh satu almari di rumah dengan koleksi majalah Ujang.

Ternyata majalah Ujang mempunyai sisi dan ruang nya yang tersendiri dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Tapi tahukah anda bahawa majalah Ujang juga menjadi penyebab perbalahan antara dua orang teman sebilik.

Jom kita selami dan fahami bagaimana perbalahan itu boleh terjadi.


KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS CHINA (10/9/2013 )

Perlawanan persahabatan kelas A
Perlawanan persahabatan kelas A

Perlawanan persahabatan kelas A yang menemukan pasukan negara kita dengan pasukan China berkesudahan dengan pasukan China berjaya menewaskan pasukan kebangsaan kita dengan 2- 0.

Ini adalah perlawanan persahabatan kelas A yang pertama untuk pasukan kebangsaan setelah sekian lama. Ternyata FAM tidak hanya memberi omongan kosong kepada peminat bola sepak tempatan apabila menunaikan janji yang telah diberi tempoh hari.


Sunday, September 08, 2013

HARGA TAYAR MOTOSIKAL DI PASARAN MALAYSIA

Salam dunia buat semua.. hik99 .. Macam lagu M.Nasir tu..
kali ni aku nak citer pasal tayar motosikal lak. Ni merupakan sumbangan ikhlas dari aku untuk semua rakyat marhaen di Malaysia yang ada motosikal..

Mesti ramai orang yang ingat tayar ni tak memainkan peranan yang penting.. Aku ade collect sedikit cerita dari brader- brader di sekeliling tentang tayar ni.. Ni jawapan yang dorang bagi..

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

1- Abu, dari Bangi: "tayar ni kalu korang nak layan lap kena r pakai tayar yang best.. kalu pakai tayar yang cincai- cincai, alamat nye masuk hospital la.."

2- Mat, dari Klang: "kau guna la tayar apa- apa pon, janji selamat.."

3- Samad, dari Shah Alam: " kau pakai tayar yang mahal la..baru ade kelas..hahah.. "

Thursday, September 05, 2013

BENARKAH VITAMIN C BERI KEBAIKAN PADA KITA ?

Serius terfikir idea tentang entri ni masa tengah meneguk sebotol Tropicana Twister.

Iklan TV cakap yang bahawasanya Tropicana Twister ni kaya dengan vitamin C yang sangat diperlukan oleh badan manusia.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Dan diri ini memang pun percaya bulat- bulat apa yang dikhabarkan oleh TV tu. Oleh sebab itulah setiap kali berkunjung ke pasaraya Giant, pasti akan dirembat 2 botol Tropicana Twister. dekat  Giant diorang jual murah, 2 botol RM 5.79 kot kalau tak silap.

Sumber vitamin c
Sumber vitamin C

Tapi, benarkah vitamin C beri kebaikan pada kita ? Itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Adakah itu hanya mitos semata ?


Wednesday, September 04, 2013

KENAPA KITA PERLU PILIH UNTUK BERBASIKAL ?

Kelebihan basikal
Basikal bawa banyak kebaikan atau keburukan ?

Masa kecil dahulu, semua orang pasti idamkan untuk mempunyai sebuah basikal persendirian tanpa perlu dikongsi bersama adik- beradik yang lain.

Hal itu mungkin pasti bagi keluarga yang berkemampuan, tetapi bagi keluarga yang kurang berkemampuan pula, mempunyai sebuah basikal untuk dikongsi beramai- ramai bersama- sama anggota keluarga yang lain juga sudah cukup indah.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Tetapi kenapa apabila kita sudah meningkat dewasa, basikal itu kita pandang enteng sahaja. Sudah lupakah kita akan jasa dan kenangan serta kebaikan yang ada pada basikal sewaktu kita kecil dahulu.

Kita lebih memilih untuk menaiki motosikal berbanding basikal walaupun hanya sekadar untuk ronda- ronda di taman perumahan. Untuk ke kedai yang 200 meter dari rumah pun kita masih mahu menggunakan motosikal. Tidakkah anda semua pernah terfikir bahawa itu adalah pembaziran tanpa sedar ?

Monday, September 02, 2013

KUNCI KEJAYAAN ? SESUNGGUHNYA SUDAH TERTULIS PADA NAMA

Rahsia kejayaan
Kunci kejayaan

Berikut adalah senarai nama syarikat terkemuka dan bagaimana mereka boleh mendapat nama berkenaan. Anda tak perlu tahu pun pasal perkara ini, tapi jika anda tahu ia akan jadi satu ilmu yang berguna dan boleh berlagak dengan rakan-rakan.. hohoho..


1- Google asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.

2- Adidas – diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler.

3- McDonald’s – diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.

4- Nike – diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek.


Sunday, September 01, 2013

ENTRI MERDEKA: INDAH LAGIKAH BAHASA MALAYSIA ?

Logo kali yang ke-56
Logo Kemerdekaan tahun 2013

Kita memang sedia maklum yang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia, mempunyai persamaan dengan Bahasa Indonesia.. tapi, ade satu perkara yang kita tidak perasan dan telah lama tersembunyi dalam kedua- dua bahasa tersebut..

Tahukah anda bahawa bahasa percakapan kita di Malaysia sudah banyak dirojakkan dan diringkaskan?? Adakah anda perasan sume tu??

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Untuk makluman anda, Bahasa Indonesia lebih puitis dan mendalam maksudnya dari bahasa Malaysia.. jadi tidak hairan la mengapa bahasa Indonesia lebih digemari oleh pengkaji- pengkaji bahasa di dunia.. Itulah realiti yang dialami sekarang..

Bukan tujuan saya untuk mengagung- agung kan bahasa Indonesia dan memperkecilkan bahasa Malaysia.. saya hanya ingin cuba menceritakan fenomena sebenar yang berlaku sekarang ini..

Bahasa Indonesia lebih puitis daripada bahasa Malaysia kerana setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri.. Konsep ini adalah sama seperti bahasa Arab di mana setiap kalimah membawa maksud berlainan.. oleh sebab itulah jika kita tersilap membaca Al- Quran, kita dikhuatiri boleh mendapat dosa free je..

Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!

Contoh yang boleh diambil dari bahasa Indonesia adalah perkataan cantik.. jika dilihat kepada percakapan orang Malaysia.. Cantik itu diguna pakai untuk semua benda yang elok paras nya.. kucing cantik, rumah cantik, awek cantik, kereta cantik dan sebagai nya lah.. tapi bahasa Indonesia pula, cantik itu khusus untuk pemandangan.. kalau untuk orang, perkataan yang digunakan adalah jelita, elok dan rupawan.. berbeza bukan??

Selain itu, perkataan pening juga digunakan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia.. pening untuk sakit kepala la, pening memikirkan masalah la, dan macam- macam pening lagi la.. Di Indonesia, pening itu membawa maksud kesusahan memikirkan sesuatu perkara.. Indonesia tidak gunakan pening itu untuk sakit kepala.. untuk sakit kepala, perkataan yang digunakan adalah kepala pusing.. mungkin perkataan tersebut membawa erti lain bagi rakyat Malaysia.

Selain itu juga, perkataan tolak juga digunakan secara bersahaja di Malaysia.. Kita pakai tolak untuk semua perkara.. menolak kotak, menolak pelawaan dan sebagainya lagi la.. Indonesia hanya menggunakan tolak itu sebagai perkataan yang digunakan untuk menolak pelawaan.. bagi menggambarkan perbuatan menolak barang, perkataan yang digunakan adalah dorong.. Malaysia juga ada perkataan ini, tapi diguna pakai untuk maksud yang lain.. contohnya adalah seperti penyebab untuk kita melakukan sesuatu.. contoh ayat " saya terdorong untuk melakukan nya kerana pengaruh kawan ".. berbezakan konsepnya dengan bahasa Indonesia..


In Accordance With with Thumbnails